29/06/2021
MENGHINDARI PERCAKAPAN SECARA PERIBADI DENGAN LELAKI LAIN
Perkara lain yang menimbulkan masalah antara suami dan isteri adalah apabila isteri bercakap atau bermesej dengan lelaki lain secara peribadi atau melalui telefon.
Ini adalah kesalahan besar isteri yang selalu mengakibatkan kehancuran.
Ingatlah, seorang lelaki dapat menerima setiap kesalahan dari isterinya, kecuali sifatnya yang tak menjaga batas hubungan.
Oleh itu, jauhkanlah diri dari merasa keperluan untuk melakukan perbualan dengan lelaki lain sama seperti seseorang atau kanak-kanak yang panik apabila melihat seekor singa yang bebas berkeliaran.
Oleh itu, selalu elakkan bercakap dengan lelaki lain secara tertutup, pastikan untuk menjaga akhlak anda agar tak tercela.
Pada masa yang sama, apabila seorang suami mengetahui bahawa isterinya soleh maka dia dapat menerima dengan senang perangai isterinya yang panas baran.
Tidakkah anda lihat, berapa banyak gadis cantik yang bercerai. Daya tarikan mereka sendiri menjadi masalah bagi gadis-gadis ini. Ini adalah kerana, gadis cantik ini menarik panggilan dan mesej dari lelaki yang berbeza.
Setiap kali suaminya mendapat tahu, maka perkara ini akan menimbulkan suasana dingin antara suami dan isteri.
Shaykh Hafiz Maulana Engr. Zulfiqar Ahmad Naqshbandi Mujaddidi Db
Menghilangkan masalah keluarga: P146