18/04/2024
Hari ini saya ingin ceritakan tentang kehebatan daun durian belanda yang ramai masyarakat kita tak tahu! Orang ingat buah durian belanda ini digunakan untuk mencegah/merawat kanser tetapi anda silap.. antara daun dan buah durian belanda daunnya jauh lebih bermanfaat dan berkhasiat.
Antara khasiat daun durian belanda yang sangat mujarab untuk penawar penyakit
Kencing Manis
Kolestrol
Demam
Darah tinggi
Ubat kanser
Buah pinggang
Jantung
Kulit
Sakit gout
Cyst
Selain daripada ini daun durian belanda juga sangat mujarab untuk mengubati sakit saraf atau sendi. Kenapa saya kata begitu? Ya, kerana saya sendiri telah merasakan keajaiban daun durian belanda ini.
Saya sendiri mengalami sakit/sengal pada tulang paha sebelah kiri. Tanpa sebab, sengal pada tulang paha tiba-tiba datang sehingga saya tidak boleh duduk,baring dan tidur.. saya rasa sangat tidak selesa,sakitnya sangat mencucuk-cucuk sehinggakan hendak berjalan pun saya terpaksa memegang paha kiri saya. Saya juga tidak tahu dimana puncanya,mengapa sengal ini terjadi?saya tiada jatuh,tiada terseliuh,dan tidak buat kerja-kerja berat.
Saya tidak ingin ambil ubat tahan sakit walaupun saya tahu ia akan menghilangkan rasa sakit saya dan saya boleh bekerja seperti biasa. Kebetulan rumah jiran sebelah ada tanam pokok daun durian belanda,saya kesana dan minta beberapa helai.. Saya rebus dan minum selama 3hari,masih terasa lagi sengalnya namun saya faham perubatan herba bukan seperti ubat tahan sakit dan ia memamng perlukan masa,ya saya cukup faham sebab saya sudah dalam bidang ini. Tapi rasa sakitnya masih belum berkurang dan saya perlu bekerja dan ini sangat membataskan kerja-kerja saya.
Tetapi saya masih istiqomah minum air daun durian belanda selama 3hari walaupun sakitnya masih belum berkurang, jadi saya fikirkan alternatif kedua untuk mendapatkan lebih lagi khasiat dan keistimewaan daun durian belanda kerana saya tahu daun durian belanda ini sangat mujarab untuk sakit sendi ini kerana saya melihat sendiri arwah atuk saya yang selalu mengamalkan daun durian belanda sehingga berumur 81 tahun dan beliau tidak pernah rasa sakit sendi!
Saya baru amalkan 3hari dan berharap untuk dapat mengurangkan rasa sakitnya...Biasalah bila sakit ini apa yang kita nak adalah untuk buang rasa sakit itu secepat mungkin.
Tiba-tiba saya teringat cara arwah atuk saya dulu semasa mengamalkan daun durian belanda, arawah ambil beberapa helai daun durian belanda dan arwah keringkan dibawah sinaran matahari. Kemudian setelah daunnya betul-betul kering arawah ambil daun durian belanda dan giling sehingga jadi serbuk halus kemudian arwah campurkan kedalam air dan minum sekali sehari.
Beberapa kali saya tanya atuk, "air apa tu atok??" atuk jawab sambil minum "air ubat ni haa kau nak rasa ke?" "Air ubat?ubat apa tok?" orang-orang tua di pantang kalau tengah makan atau minum air ada budak banyak tanya! Tak habis airnya itu diberinya suruh aku minum sampai habis! "Nah!!kau minum ni sampai habis, air ni bagus untuk tubuh kau" Saya ambil dan minum seteguk, tinggal tak banyak pun lebih kurang 2teguk sahaja, Saya minum sampai habis.. "tak rasa apa pun atuk?!!" Huh, atuk Saya tak layan,terus dia ambil cangkul dan pergi ke kebun,masa tu saya umur 7 ke 8 tahun.
Apabila teringatkan cara atuk saya, saya cuba buat... sama seperti atuk saya jadikan daun durian belanda sebagai sebruk tetapi tidak gilinglah mana saya nak cari giling batu yang besar tu.. Saya keringkan dan masukkan dalam mesin kisar kering, saya kisar dan saya campurkan dalam air suam.Saya minum 3kali sehari.
Hari pertama saya minum pada waktu pagi sakitnya semakin kuat!! Allahu, kenapa p**a semakin kuat ini, saya katakan dalam diri "mungkin ini tidak balasnya" saya istiqomah dan minum kali ke2 pada waktu tengah hari,sakitnya masih belum hilang dan berkurang. Saya husnuzon lagi, "alah baru 2kali minum lagip**a ini bukan ubat tahan sakit!!''Waktu petang saya ambil lagi sekali,walaupun saya tahu untuk mendapatkan khasiat herba ini harus istiqomah tetapi bila dalam keadaan sakit ini hendak je rasa ke klinik dan cucuk ubat tahan sakit!
Tanpa disangka, pada waktu maghrib saya dapati sakit saya hilang sepenuhnya. Ya! hilang sepenuhnya, saya terkejut! saya berlari-lari anak untuk test betulke sengal ni dah hilang?! "eh memang betullah,sengal tulang ni dah hilang" Saya lipat kaki(seperti iktidal),aikk mana rasa sakit tadi? Hilang?!.Allahu besar sungguh kuasanya, benar bagai dikata tiada satupun ciptaan mu dibumi ini yang tidak memberikan manfaat,sekiranya Engkau berkehendak maka mujarablah untuk diriku.
Setelah itu saya selalu amalkan seminggu sekali air daun durian belanda.Saya beritahu kepada orang kampung dan sanak saudara manfaat daun durian belanda yang saya rasa sendiri.Tapi orang kita malas sikit,semua nak kerja mudah.Jadi, saya cari daun durian belanda, saya keringkan sendiri dan kisar kemudian saya jualkan kepada orang kampung.Memang kena bayarlah harga sebuah kemalasan,dah kita penat-penat pergi cari lepas tu cuci sehelai-helai,keringkan lagi dan upah kisar lagi..Eh masih ada bunyi lagi,"ala tak boleh nak telanla jenis serbuk camni,tak boleh ke kau buat cara lain selain dari serbuk macamni bersepah aku rasa"Ye jugak kan, tak semua orang boleh telan jenis minuman serbuk herba ini.
Hasil daripada omelan orang kampung maka saya masukkan serbuk kisaran daun durian belanda ini kedalam kapsul,kemudian saya buat lagi jenis teh. Ambil dan rendam sahaja kedalam air panas, xpayah susah-susah nak cari,nak keringkan dan kisar, ambil 1uncang masukkan dalam gelas air panas tunggu sehingga suam dan boleh minum,lebihan serbuknya nanti boleh ditampal pada sendi yang bengkak!
Ini adalah testimoni saya sendiri,dan syaa ingin sebarkan khasiatnya supaya ramai tahu kerana ramai orang ingat daun durian belanda ini untuk kanser dan kencing manis sahaja.Namun kesan setiap orang berbeza-beza,mungkin cepat untuk saya sebab saya tiada penyakit lain.
Anda boleh beli serbuk daun durian belanda yang sudah siap diproses tanpa sebarang campuran di kedai saya, klik link dibawah.
https://wa.link/olqeoi
Ada pelbagai jenis herba lagi yang kami ada, semuanya sudah melalui proses ujian makmal untuk memastikan tiada kandungan mikrobal merbahaya dan juga logam berat dan selamat untuk dijadikan makanan tambahan harian. Ujian makmal dibuat setiap batch serbuk kisaran,bukan sekali buat sahaja.
https://wa.link/olqeoi
cod disediakan barang sampai baru bayar