Hairani Property

Hairani Property InsyaAllah setiap urusan diurus dengan amanah dan profesional.

Agen hartanah berdaftar di bawah MAXXAN REALTY, sedia membantu anda dalam urusan jual beli dan sewaan hartanah dengan telus, beretika dan berfokus kepada keperluan klien.

Tahniah ala kulli haal buat semua Top 50 Top Producer Q2 2026! 🏆Semoga terus bersemangat, lebih kuat dan terus membantu ...
10/07/2026

Tahniah ala kulli haal buat semua Top 50 Top Producer Q2 2026! 🏆

Semoga terus bersemangat, lebih kuat dan terus membantu lebih ramai yang memerlukan dalam memiliki kediaman impian mereka. Terus melangkah dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Dan buat pemilik rumah atau tanah yang ingin let go aset anda, insyaAllah kami sedia membantu dari proses pemasaran sehingga berjaya dipindah milik kepada pemilik baharu. 🏡🤝

07/07/2026

Aktiviti REN petang : 07July2026

Alhamdulillah, hari ini berpeluang membawa klien bertemu kontraktor untuk membincangkan pelan rumah mengikut citarasa dan keperluan mereka. 🤲

Melihat impian pelanggan mula diterjemahkan ke atas pelan adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Insya-Allah, saya membantu anda dari awal hingga akhir:
✔️ Pemilihan rumah yang sesuai
✔️ Pemilihan tanah
✔️ Semakan kelayakan pinjaman
✔️ Urusan dokumentasi & peguam
✔️ Rekabina rumah di atas tanah sendiri sehingga proses pembinaan

Matlamat kami bukan sekadar membina sebuah rumah, tetapi membantu anda membina sebuah aset yang memberi manfaat untuk masa depan keluarga. Semoga setiap langkah dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

Ada tanah? Jom bincang bagaimana kita boleh merealisasikan rumah idaman anda.

📞 Hairani Property
011-60818171

05/07/2026

Masih ada peluang untuk memiliki unit ARIKA yang direka seperti hotel dengan harga istimewa! 🥰

Dari jauh pun sudah kelihatan begitu gah dan eksklusif. Bayangkan apabila siap sepenuhnya nanti, suasananya pasti seperti menginap di hotel mewah setiap hari!

Jangan lepaskan peluang ini sementara diskaun masih ditawarkan. Jadikan ia kediaman impian anda dengan konsep hotel di Kelantan. 🫶🏻🏡

03/07/2026

🏡 2 Lot Tanah status Banglo Untuk Dijual
📍Kg Hutan Rebana, Machang

Salam Jumaat, penghulu segala hari. 3 Julai 2026, pagi ini sempat saya meninjau tanah untuk dijual di Kg Hutan Rebana.

Impian memiliki rumah sendiri bermula dengan memilih tanah yang sesuai.

Tak pasti nak mula dari mana?

Saya sediakan perkhidmatan lengkap:�✔️ Reka bina rumah�✔️ Urusan peguam (Lawyer)�✔️ Semakan & urusan LPPSA / Pinjaman Bank

Tanya saya, insya-Allah saya jawab dan bantu sehingga selesai.

📩 PM saya untuk maklumat lanjut, pelan lokasi tepat dan semakan kelayakan.

#

01/07/2026
28/06/2026

🏡 Kenapa perlu miliki Banglo Kg Chekok, Panji ini?

✅ Lokasi strategik di Kota Bharu
✈️ Hanya 10 minit ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
🏙️ Hanya 5 minit ke pusat bandar Kota Bharu

Rumah ini dah siap fully renovated, hanya bawa masuk barang sahaja!

✨ Kelebihan rumah:

* 5 bilik tidur, 4 bilik air
* 2 dapur
* Kipas di setiap ruang
* 6 unit penghawa dingin
* Water heater
* Bekalan elektrik TNB 3 fasa
* Table top & kabinet dapur siap dipasang

Rumah yang sangat sesuai untuk keluarga besar atau mereka yang mahukan keselesaan dengan lokasi yang dekat ke semua kemudahan.

📲 Berminat nak review rumah? Hubungi Hairani Property di 011-6081 8171 untuk temujanji. 🏡

Address

Kota Bharu

Telephone

+60105210005

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hairani Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category