TriShaz Roomstay Airport View

TriShaz Roomstay Airport View Roomstay Airport View Kota Bharu

24/07/2026




Wahh makin meriah airport Kota Bharu nanti
18/04/2026

Wahh makin meriah airport Kota Bharu nanti



KOTA BHARU - Rakyat di negeri ini boleh terbang terus ke Korea dan China apabila projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)...

13/03/2026

Penerbangan Kota Bharu- Jakarta Bemula 16 Jun.

1. AirAsia bakal membuka laluan penerbangan baru dari Sultan Ismail Petra Airport ke Soekarno–Hatta International Airport bermula 16 Jun 2026.

2. Laluan Kota Bharu – Jakarta ini akan beroperasi empat kali seminggu (Ahad, Selasa, Khamis dan Sabtu) dengan masa penerbangan sekitar 2 jam 40 minit sahaja.

3. Penerbangan AK2353 akan berlepas dari Kota Bharu pada jam 10 pagi dan tiba di Jakarta pada jam 11.40 pagi waktu tempatan.

4. Manakala penerbangan pulang AK2354 dijadualkan berlepas dari Jakarta pada 12.10 tengah hari dan tiba semula di Kota Bharu pada 3.50 petang.

5. Pembukaan laluan ini bukan sahaja memudahkan rakyat Kelantan ke Indonesia, malah membuka lebih banyak peluang untuk pelancongan, perniagaan dan ziarah keluarga antara dua negara serumpun.

6. Menariknya, tiket bagi laluan baharu ini sudah mula dijual sejak 9 Mac 2026 melalui laman web rasmi AirAsia.

7. Bagi warga Pantai Timur, ini satu perkembangan positif kerana sebelum ini penerbangan antarabangsa kebanyakannya perlu transit di Kuala Lumpur terlebih dahulu.

8.Kini dari Kota Bharu terus ke Jakarta, lebih cepat, mudah dan menjimatkan masa.
[IKLAN]

Dekorasi raya nampak lebih cantik tanpa Dengan Lampu Raya Solar

Jimat dan mudah, pasang dan terus bersinar setiap malam.

Dapatkan Lampu Solar Raya di sini>>https://s.shopee.com.my/gL7rCs6Pq

Wah...makin meriah lah airport KB lepas nihnak book bilik utk transit tak jauh dengan airport kb boleh tgk di TriShaz Ro...
19/02/2026

Wah...makin meriah lah airport KB lepas nih

nak book bilik utk transit tak jauh dengan airport kb boleh tgk di TriShaz Roomstay Airport View

16/02/2026

All new at Airport Kota Bharu

nak cari bilik dekat dengan airport boleh cari di
TriShaz Roomstay Airport View

mercutanda baru kelantan khususnya di pengkalan  chepa@TRISHAZ ROOMSTAY AIRPORT VIEW
07/02/2026

mercutanda baru kelantan khususnya di pengkalan chepa@TRISHAZ ROOMSTAY AIRPORT VIEW

03/02/2026

KOTA BHARU – Selepas sedekad, acara ikonik Walkathon D’Raja, Walk With Me kembali mewarnai negeri ini dengan kehadiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bersama Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, yang bakal mencemar duli berjalan kaki bersama rakyat pada 14 Februari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, acara kemuncak edisi keenam itu akan bermula di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 7.30 malam dan dijangka menarik lebih 15,000 penyertaan.

“Program Walkathon D’Raja, Walk With Me dianjurkan bagi menghidupkan semula acara kebersamaan sultan dan rakyat selepas kali terakhir diadakan pada 2016.

“Program ini merupakan cetusan idea Sultan Muhammad V sendiri dengan matlamat untuk merapatkan hubungan baginda dengan rakyat di samping memupuk gaya hidup sihat serta memperkukuh silaturahim masyarakat Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kompleks Darul Naim di sini pada Selasa.

Tengku Mohamed Faziharudean berkata, program itu membawa tema istimewa 'In The Memory of Dato’ KY' sebagai penghormatan mengenang jasa Allahyarham Datuk Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissal, bekas Bendahari Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi, yang banyak menyumbang tenaga sejak program tersebut diperkenalkan pada 2011.

Katanya, program itu dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, dan pendaftaran penyertaan dibuat secara dalam talian menerusi https://walkwithme.my.

Selain acara kemuncak walkathon sejauh 3.2 kilometer, pelbagai pengisian menarik turut disusun menerusi Karnival Walkathon D’Raja yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 12 Februari ini.

“Antara aktiviti yang dirancang termasuk festival makanan, pameran agensi kerajaan dan swasta, pertunjukan gajah, serta pengisian keagamaan seperti tahlil dan ceramah.

“Selain itu, aktiviti kebudayaan dan sukan turut diadakan, melibatkan senamrobik, pertandingan memasak, mewarna kanak-kanak serta pertunjukan teh tarik,” katanya.

Acara kemuncak perasmian oleh Sultan Muhammad V pada malam 14 Februari itu turut akan diserikan dengan pertunjukan 350 dron bercahaya yang dijangka menjadi tarikan utama pengunjung.

“Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM45 bagi individu, badan kerajaan dan swasta, manakala RM30 bagi pelajar.

“Setiap peserta berdaftar akan menerima baju rasmi program untuk dipakai semasa acara berjalan kaki selain sijil penyertaan,” katanya.

Tambah beliau, program Walkathon D’Raja sebelum ini pernah mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan walkathon diraja terbesar pada 2011 dengan penglibatan lebih 30,000 individu.

Dah nak operasi sepenuhnya🦾🦾
31/01/2026

Dah nak operasi sepenuhnya🦾🦾

Projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kini melangkah ke peringkat akhir pembinaan fasa kedua.

Artikel penuh di ruangan komen 👇

Address

Lot 678-E Batu 6 1/2, Jalan Sabak, Pengkalan Chepa
Kota Bharu
16100

Telephone

+60139321087

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TriShaz Roomstay Airport View posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category