07/09/2026
Nak Bangunkan Tanah? Jangan Terus Bina!
Ramai pemilik tanah terus memikirkan pelan bangunan, kontraktor dan kos pembinaan tanpa membuat semakan awal terhadap status serta keadaan sebenar tanah terlebih dahulu. Hakikatnya, perancangan yang betul dari awal boleh membantu mengelakkan kesilapan, menjimatkan masa dan mengurangkan risiko kos tambahan pada kemudian hari.
Sebelum memulakan sebarang pembangunan, pastikan anda mengikuti 3 langkah penting ini:
1️⃣ Semak status tanah
Kenalpasti 3 perkara penting iaitu Jenis Hakmilik, Sekatan Kepentingan (jika ada), dan Syarat nyata tanah.
2️⃣ Tentukan sempadan sebenar
Sempadan di atas tanah tidak semestinya sama seperti pagar, pokok, parit atau tanda lama yang sedia ada.
3️⃣ Dapatkan nasihat Juruukur Tanah Berlesen
Semakan profesional membantu anda memahami keadaan sebenar lot dan merancang pembangunan berdasarkan rekod rasmi. Contoh, Juruukur Tanah Berlesen boleh menentukan aras tanah, bentuk muka bumi dan kuantiti tanah diperlukan untuk menambun bagi meratakan lot tersebut.
🤔 Tak pasti bagaimana nak mula?
IKON Geomatics sedia membantu anda!
📲 Hubungi IKON Geomatics sekarang untuk semakan awal!