04/02/2023
Semua klau boleh nak duduk rumah landed kan
Ada lg ka rumah landed RM250k dkt kk?
Masih ada subsale teres 250k
Anggaran bulanan bank dalam 1200
Berapa gaji bersih yang layak?
Nak kira kelulusan kena kira ikut formula DSR
DSR = (Komitmen bulanan semasa + installment rumah baru) / pendapatan bersih
Installment pinjaman sedia ada merujuk kepada komitment bayaran hutang bulanan yang tuan puan sedia ada. Ini termasuklah:
โ
Pinjaman kereta
โ
Pinjaman peribadi
โ
PTPTN
โ
Kad kredit
โ
Lain-lain
Tapi beli rumah subsale ada lg banyak kos lain2:
โ
Deposit pendahuluan 10% kena sediakan (RM25,000)
โ
Yuran Guaman 1% bagi 500k pertama (RM2,500)
โ
Duti Setem SPA 1% bagi 100k pertama dan 2% pada baki sehingga max 500k (RM4,000)****
โ
Yuran guaman pinjaman perumahan (cth loan approved hanya 90% 225k) 1% bagi 500k pertama (RM2,250)
โ
Duti Setem perjanjian perumahan 0.05% (RM1,125)****
โ
Yuran penilaian hartanah valuation berdasarkan harga rumah 250k (RM550)
โ
Insuran Perumahan (pelan insurans perumahan iaitu MRTT/MRTA atau MLTT/MLTA. Salah satu tujuan utamanya adalah untuk membantu melangsaikan hutang pinjaman bank sekiranya pemilik telah tiada sama ada meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal)
โขโขโขโขdikecualikan bagi pembeli rumah pertama hingga Dis 2025
Repair cost juga tinggi,
Jarang ada rumah subsale murah kondisi bagus boleh masuk terus, biasanya perlukan sedikit renovation, repair itu ini, elektrik dan perpaipan dia lagi.
Tapi bagi yang bijak mencari rumah subsale di bawah harga pasaran anda dapat minimumkan kesemua kos membeli rumah subsale!
Jadi, kalau nampak yang berkenan tu, hubungi saja ejen hartanah dan kami akan bantu anda kira-kira semua. Kalau tak jadi beli pun, anda dah usaha kan?
Semoga berjaya!
RENT | SALE | INVESTMENT
Siti Suharijan
REN 61977
IQI REALTY SDN BHD E (1)1584
wasap.my/60128800514