16/03/2022
Sesi bercerita sempena hari hujan di malam hari sambil kita kupikupi
Tibatiba datang mood si amai ini malam mo bercerita, jadi kita bagi pindik saja kio.
Topik kita pada hari ini adalah ;
PEMBELIAN RUMAH SEBAGAI 1 KEPERLUAN DAN 1 PELABURAN
Sia tahu itu kan, ramai di luar sana yang confuse atau bingung mengenai pemilikan rumah ini. Ramai yang beranggapan bahawa gaji mesti mau besar baru boleh try loan rumah. Jadi dengan mindset begini, ramai yang pi beli kereta dulu dan teruskan menyewa sampai beranak pinak. Hujung-hujung bila datang niat membeli, terbeli sudah rumah yang siap dan berharga dekat 2x ganda dari harga sebenar duluuuu masa mula-mula kena iklan.
Dengan kata lain, beli semasa pembinaan baru dimulakan, dalam tempoh ini, kamu akan dapat harga yang jauh lebih murah, banyak offer dan mungkin juga ada diskaun yang bikin kotigog itu hati.
Dari sudut keperluan, rumah adalah tempat berlindung 1 keluarga. Bagus lagi kita tiada kereta daripada tiada rumah. Kereta boleh saja beli 2nd hand, jauh lebih murah. Namun kalau rumah 2nd hand, dia akan makin mahal. Kita boleh naik bas, ada grab, ada banyak ehailing sudah, maju sudah kita sekarang jika kereta tiada. Jika tiada rumah? Mungkin sampai bila-bila kita akan tetap tinggal menyewa, yang ada rumah pusaka, hargailah sebab kamu sudah dapat 1 aset yang sangat tinggi nilai dia.
Sekejap ya, sia hirup dulu kupi......
Ok, dari sudut pelaburan. Ini paling senang. Rumah jika kita beli pada harga yang jauh lebih murah, makin lama, makin naik harga. Jika kita sewakan sama orang, tidak mustahil sewa tersebut mampu menampung bayaran pinjaman bulanan dan ada lebih sikit lagi untuk kita pakai. Menarik kan?
Atau jika ada orang yang offer mau beli itu rumah dalam tempoh beberapa tahun, pasti rumah tersebut kamu jual dengan ada untung beberapa puluh ribu.. duit sekelip mata. Boleh sudah belanja si amai ini pergi mimboduk.
Kita sambung lagi besok ya...
Oh, kasih selit sikit. Manatahu terbuka hati kamu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembelian rumah secara full loan, boleh saja PM atau whatsapp sia kio.
Kalau layak, kita kasih jadi itu full loan kamu. Goyang kaki saja dapat rumah baru.
Kotouhuadan kio. Kita jumpa besok ๐
*gambar hiasan dari internet*
*Pictures for illustration purpose only*