11/08/2026
๐ฉบ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐
๐
Tarikh: 11 Ogos 2026 (Selasa)
๐ Tempat: Parking Lori Wakaf MUIS
Alhamdulillah, Bahagian Wakaf, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah menerima Lawatan Penanda Aras Kenderaan Klinik Bergerak Wakaf MUIS daripada Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pihak Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort mengenai konsep, reka bentuk serta pengoperasian Klinik Bergerak Wakaf MUIS yang menjadi salah satu inisiatif wakaf dalam menyediakan perkhidmatan dan manfaat kepada masyarakat.
Sesi penanda aras ini turut menjadi platform perkongsian pengalaman dan maklumat berkaitan pengurusan serta pengoperasian kenderaan klinik bergerak, di samping membuka ruang kepada pertukaran pandangan mengenai potensi pelaksanaan inisiatif seumpama ini pada masa akan datang.
Bahagian Wakaf MUIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort atas kunjungan dan minat yang diberikan terhadap inisiatif Klinik Bergerak Wakaf MUIS.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat serta menjadi pemangkin kepada usaha memperluaskan manfaat wakaf dalam bidang kesihatan demi kesejahteraan masyarakat.
Penglibatan:
โข Bahagian Wakaf, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
โข Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort
๐ "Berwakaf Hari Ini, Menuai Ganjaran Abadi."