Escape Suites

Escape Suites modern + minimalist concept of Air bnb. its time to chill and relax with EscapeSuites.bki

24/11/2025

7 hari lagi menuju ke hari pengundian. Kempen akan diteruskan, in syaa Allah sekiranya terpilih, saya konsisten akan turun ke padang dan bukan muncul “5 Tahun sekali”.

Kepada Allah saya berserah. Ayuh Bugaya-ku!

Jangan lupa, UNDI Calon No.5:
29 November 2025
Calon No.5 N66 Bugaya
Mohd Taha Bin Mohd Dara

BERSAMA BUGAYA, UNTUK BUGAYA.

24/11/2025

MANIFESTO DEKAT DI HATI, BUKAN SEKADAR JANJI.

Assalamualaikum Orang Bugaya, Saya kongsikan apa sebenarnya yang saya ingin perjuangkan di Bugaya.

Saya pecahkan Manifesto saya mengikut abjad B.U.G.A.Y.A.

( B ) BERSIH DAN INTEGRITI

✅Sentiasa peka dengan permasalahan orang kampung.

✅Memberi laporan berkala kepada rakyat tentang projek, peruntukan dan kemajuan pembangunan di Bugaya — secara Berintegriti, anti-rasuah, dan mengamalkan konsep keterbukaan.

✅Sedia menjawab dan sedia memperbetulkan kesilapan.

(U) Ukhuwah Diperkukuh

✅Rakyat diajak terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan program setempat supaya wujud rasa memiliki dan kebersamaan.

✅Pemimpin mudah dihubungi, mendengar aduan secara telus, serta menyediakan saluran komunikasi yang memudahkan rakyat berinteraksi dengan cara mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat.

✅Komitmen untuk membina hubungan baik antara penduduk tanpa mengira latar belakang, suku, agama atau fahaman. Pemimpin menjadi jambatan, bukan pemisah.

(G) Gerak Ekonomi

✅Menambah peluang kerja untuk anak-anak Bugaya melalui program kemahiran dan sokongan usahawan tempatan.

✅Menghidupkan semula ekonomi kecil seperti nelayan, peniaga pasar, dan petani dengan bantuan serta latihan bersasar.

✅Pemberdayaan ekonomi ibu tunggal; Kursus menjahit moden, bakeri, digital marketing & bisnes kecil untuk menjana pendapatan cepat.

(A) Akses Kemudahan Asas

✅Konsisten dalam pembaikan jalan kampung, sistem perparitan, lampu jalan dan jambatan kecil yang sering digunakan penduduk.

✅Memastikan bekalan air bersih yang lebih stabil dan liputan internet yang lebih baik di kawasan Bugaya.

✅Semua ini akan dijalankan dengan meningkatkan penglibatan diskusi saya dengan badan-badan terlibat.

( Y ) Yakin Anak Muda

✅Menyediakan latihan teknikal & vokasional berorientasikan pekerjaan, Program pensijilan jangka pendek untuk kemahiran tinggi (IT, dron, multimedia, EV, keusahawanan).

✅Kerjasama dengan industri supaya anak muda terus dapat pekerjaan selepas latihan.

✅“Kelas tuisyen komuniti” yang dibiayai oleh poket pemimpin sendiri. Matematik, Sains, Bahasa & TVET tanpa bayaran.

✅ Program Keagamaan di pertingkatkan bagi menarik minat anak-anak muda mendalami Islam.

(A) Amanah Membawa Perubahan

✅Isu-isu dekat di hati rakyat seperti Isu penduduk di Perkampungan Air di Bugaya akan diperjuangkan dengan penuh amanah.

✅Penyusunan dan penempatan kampung atas yang teratur dan sistematik melestarikan semula identiti Kampung-kampung ada di bawah Dun Bugaya.

Jika anda merasai denyut nadi yang sama seperti saya, marilah kita berjuang bersama. Saya memohon sokongan daripada rakyat di Dun Bugaya. Beri saya peluang selama 5 tahun sahaja untuk membuktikan hasil kerja saya dan apa yang mampu saya lakukan untuk Bugaya.

Selepas 5 tahun nanti, jika kamu rasa saya tidak menjalankan amanah dengan baik, kamu berhak untuk memilih pemimpin lain. Rakyat juga berhak menurunkannya apabila amanah tidak ditunaikan. Rakyat memilih.

BERSAMA BUGAYA, UNTUK BUGAYA.

Address

Jeselton Quay, Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88400

Telephone

+60122705188

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Escape Suites posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Escape Suites:

Shortcuts

Share

Category