12/06/2024
APA ITU DSR?
DSR adalah peratusan jumlah komitmen hutang setiap bulan yang dibandingkan dengan pendapatan. DSR ini ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Secara umumnya BNM menetapkan DSR pada kadar maksimum 70%. Namun begitu, kadar peratusan ini mungkin berbeza mengikut bank. Ada bank menetapkan 80%, ada 75% dan ada juga 65% sahaja.
Walaubagaimanapun, peratusan DSR yang terbaik adalah 70% kebawah. Jika peratusan DSR anda kurang daripdata 70%, keberangkalian permohonan baru pinjaman anda akan diluluskan.
Formula DSR
DSR =ย (Jumlah Komitmen Hutang / Pendapatan Bulanan) x 100
Nota: Hutang yang masuk dalam CCRIS. Contohnya, kereta, rumah, pinjaman peribadi, PTPTN, kad kredit dan lain-lain hutang.
Contoh Pengiraan DSR
(1) Pendapatan Bulanan Bersih = RM3,000
Komitment Hutang Bulanan:
Kereta = RM500
PTPTN = RM150
Pinjaman Peribadi = RM200
(2) Kad Kredit = RM50
Jumlah Komitmen Hutang Bulanan = RM900
Nak kira berapakah DSR anda, masuk pautan di bawah untuk kalkulator DSR yang mudah digunakan:
https://www.rekemen.my/info/cara-kira-dsr-debt-service-ratio/
*Kredit kepada rekemen.my atas perkongsian info.