09/10/2024
π DSR
Tips Pengiran DSR penting ini untuk kelayakan beli rumah
Kalau Awak Tak Jaga DSR Awak Dengan Baik, Bank Susah Nak Luluskan Loan Rumah Awak!
Pernah dengar tak apa itu DSR? Yang nak beli rumah wajib ambil tahu apa itu DSR. Sebabnya DSR ni salah satu faktor utama yang bank akan ambil kira untuk luluskan loan rumah.
Bila kita faham DSR dan cara pengiraan, peluang untuk loan rumah lulus lebih cerah.
DSR adalah singkatan kepada Debt Service Ratio iaitu Nisbah Komitmen Hutang kita dibandingkan dengan gaji bersih kita setiap bulan.
Dalam bahasa mudahnya, DSR adalah tahap kemampuan kita untuk membuat pinjaman daripada bank bagi membiayai rumah yang ingin kita beli.
Bank akan lihat peratusan DSR terkini kita sebelum meluluskan loan pinjaman rumah.
Peratusan DSR bagi setiap bank adalah berbeza dan mengikut tahap pendapatan kita jugak. Biasanya peratusan maksimum DSR bank adalah antara 50% - 80%.
π Cara nak kira DSR kita adalah macam ini:
Katakan gaji bersih kita adalah RM3,000. Hutang yang kita ada pulak seperti berikut:
πΈ Hutang kereta : RM400
πΈ Hutang PTPTN : RM150
πΈ Hutang Kad Kredit : RM150
πΈ Hutang ASB : RM400
(*Hutang ni adalah hutang yang termasuk dalam rekod CCRIS sahaja tau. Kalau hutang dengan mak ayah atau kawan-kawan tak diambil kira ye.)
Jadi, total hutang kita adalah RM1,100.
Jumlah hutang dibahagi dengan gaji, maka kiraan DSR adalah seperti ini:
RM1,100 / RM3,000 x 100% = ~37%.
Maka, DSR terkini kita adalah 37%.
Katakan bank tetapkan DSR kita 60% sahaja, jadi 60% - 37% = 23%.
23% lebih kurang RM700. Maksudnya, kita boleh buat hutang baru sebanyak RM700 untuk beli rumah.
Anggaran kasar harga rumah dengan bayaran ansuran bulanan RM700 adalah RM140,000.
Jadi, dengan kemampuan yang kita ada, untuk mudah loan rumah lulus, pastikan kita beli rumah dengan bajet sekitar RM140,000.
Kesimpulannya, kurangkan hutang-hutang jahat supaya peratus DSR kita rendah.
Semakin rendah DSR kita, semakin cerah peluang loan rumah kita bakal diluluskan oleh pihak bank.
Nota : Tips jg utk rakan2 REN. Kita kira dulu sbelum bawa viewing.supaya mudah kerja kita.
Credit : Is Syamirah