31/08/2025
Pada era moden ini, ancaman terhadap kemerdekaan bukan lagi dari segi penjajahan fizikal tetapi dari segi pemikiran dan budaya yang berbeza. Teknologi dan media sosial berkembang pesat membuka ruang kepada pelbagai idea dan maklumat yang tidak semestinya membawa kesan positif. Oleh itu, generasi muda perlu dididik dan didukung supaya mampu membezakan mana baik dan buruk serta mampu membina identiti bangsa yang kukuh dan berilmu. Ini cabaran sebenar kita hari ini.
Bagi generasi muda, istilah merdeka sering diertikan sebagai bebas daripada cengkaman penjajahan fizikal dan sekadar melaungkan slogan ‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!’. Namun, hakikat yang lebih mendalam ialah kemerdekaan itu adalah tentang kebebasan dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang kukuh.
Kemerdekaan sebenar melibatkan pembinaan jati diri melalui empat aspek utama, iaitu:
Agama
Sebagai pegangan hidup dan sumber kekuatan jiwa dan rohani, agama membantu membentuk akhlak dan moral yang tinggi.
Akhlak
Nilai-nilai murni seperti kejujuran, hormat-menghormati dan tanggungjawab harus diamalkan setiap masa.
Pendidikan
Pengetahuan dan ilmu adalah faktor kepada kemajuan dan pembangunan bangsa.
Bahasa
Bahasa kebangsaan harus diperkasa dan dipelihara sebagai identiti bangsa yang kukuh.
Salam Merdeka yang ke -68 rakyat Malaysia.
Ikhlas dari saya,
Nia Lee | Property Realtor
REN74409
Gplex Realty SDN BHD E(1)1694/12