27/05/2026
๐๐๐ฆ๐๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐ก๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ ๐ง๐ข๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก!
Dalam landskap pelaburan hartanah di Sabah, sekiranya status perundangan tanah anda masih samar, anda sebenarnya sedang menanti detik kerugian yang besar.
Ramai pemilik tanah berasa selesa, tenang, dan bersikap leka dengan hanya memegang ๐ฎ๐ฌ๐น๐จ๐ต ๐ฒ๐ถ๐ต๐ฎ๐บ๐ฐ. Ini merupakan kesilapan yang amat kritikal.
Hakikatnya, selagi nama bertindih di dalam satu geran, aset anda sentiasa terdedah kepada bahaya tersembunyi.
Apabila timbul isu perebutan warisan, konflik sempadan fizikal, atau salah seorang penama berhasrat menjual bahagian mereka, anda akan mula menghadapi jalan buntu.
Lebih parah lagi, tanah tersebut tidak boleh dicagarkan kepada pihak bank, sukar dijual, dan mustahil untuk dibangunkan.
Jangan biarkan aset bernilai yang sepatutnya menjadi lubuk rezeki bertukar menjadi bebanan, modal mati (dead capital), dan liabiliti keluarga. Kan?
๐ฅ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐ฆ๐๐ & ๐๐ข๐ก๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ ๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ฆ๐จ๐๐๐ฅ ๐๐๐ฅ๐จ๐ก๐๐๐ก๐
Ini satu peringatan awal yang sangat penting untuk semua pemilik geran kongsi.
Apabila nama bertindih, anda bukan sekadar berkongsi tanah, tetapi anda sebenarnya sedang berkongsi nasib dengan individu lain yang mempunyai pelbagai ragam, latar belakang, dan isi hati yang tidak kita ketahui.
Mungkin hari ini keadaan nampak tenang, tetapi manusia boleh berubah apabila melihat aset dan wang ringgit.
Isu utama yang sering menjadi punca keretakan hubungan dalam geran kongsi adalah:
โข Sukar berunding dan berurusan Setiap penama memiliki ego, kepala, dan kepentingan peribadi masing-masing. Ada yang mahu menjual cepat, ada yang mahu membiarkan sahaja, dan ada yang langsung enggan bekerjasama.
โข Tiada keharmonian Apabila tiada kesepakatan, setiap perbincangan keluarga akan bertukar menjadi medan pertelingkahan yang tegang. Komunikasi menjadi toksik dan berantakan.
โข Perangai mementingkan diri Ada segelintir penama yang culas dan liat untuk membayar komitmen bersama, tetapi menjadi orang pertama yang menuntut hak paling besar apabila tanah mahu dibangunkan.
Melayan kerenah birokrasi kerajaan itu satu hal, tetapi melayan kerenah sekumpulan penama yang berbeza perangai adalah satu penyeksaan emosi yang amat berat!
๐๐ฆ๐จ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐จ๐๐จ๐ก๐๐๐ก & ๐ฆ๐๐๐๐ง ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐
Satu lagi punca utama yang menghancurkan keharmonian pemilik geran kongsi adalah isu pembayaran cukai tanah tahunan.
Oleh sebab nama berkongsi di dalam satu geran, bil cukai yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) adalah secara pukal atas satu geran tersebut.
Di sinilah timbulnya sifat culas dan buruk perangai manusia.
โข Sikap lepas tangan Masing-masing cuba mengelak daripada membayar bahagian mereka dengan memberikan pelbagai alasan.
โข Mengharap ihsan orang lain Ada penama yang sengaja mendiamkan diri dengan harapan ada penama lain yang akan "tolong" membayarkan dahulu bagi mengelakkan tanah tersebut disita atau dikenakan denda oleh kerajaan.
โข Timbul rasa tidak puas hati Penama yang jujur akhirnya berasa tertipu dan terbeban kerana terpaksa menanggung tunggakan cukai penama lain bertahun-tahun demi menyelamatkan tanah.
Isu wang ringgit sekecil cukai tanah ini jika dibiarkan berlarutan akan menanam sifat benci, curiga, dan dendam di dalam hubungan kekeluargaan sehinggakan urusan-urusan besar yang lain langsung tidak boleh dibawa berbincang lagi!
๐๐ฆ๐จ ๐๐๐ ๐๐๐๐จ ๐๐๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ฃ ๐ง๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ก๐ฌ๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐๐๐ก ๐ฃ๐ข๐ง๐๐ก๐ฆ๐ ๐ง๐๐ก๐๐
Ketiadaan keharmonian akibat isu perangai dan cukai ini biasanya akan melarat kepada isu fizikal tanah, terutamanya isu hak lalu lalang (right of way).
Apabila tanah tidak dipecahkan secara rasmi, pembahagian lot hanyalah berdasarkan persetujuan mulut yang rapuh.
Masalah besar akan mula melanda apabila ada sebahagian penama yang degil dan enggan memberikan laluan melintasi sempadan bahagian mereka semata-mata kerana dendam isu lama.
Kesannya? Lot tanah anda terus terkepung, terpencil, dan menjadi tanah mati yang mustahil untuk dibangunkan atau dimasuki kenderaan!
Keengganan ini akhirnya akan mencetuskan pertikaian yang amat menegangkan antara jiran dan saudara-mara.
Apabila rundingan menemui jalan buntu, anda tiada pilihan lain selain mengheret kes ini ke mahkamah.
Waktu itu, hubungan kekeluargaan sudah hancur lebur, dan anda terpaksa turun naik mahkamah bertahun-tahun hanya demi menuntut sejalur laluan jalan!
Saat Waktu Kritikal Anda Sanggup Membayar Berapa Sahaja, Tetapi...
Ingatlah, apabila nasi sudah menjadi bubur seperti kes sekatan jalan di atas, tunggakan cukai yang terlalu besar, berlaku kematian mengejut penama, atau plot tanah anda diceroboh oleh pihak lain pada waktu itulah anda akan mula panik.
Pada saat kritikal tersebut, ego kita akan runtuh. Anda akan berkata:
"๐บ๐๐๐ช๐๐ ๐๐ฃ ๐จ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐จ๐๐ฎ๐, ๐จ๐๐ฎ๐ ๐๐๐๐๐๐ช๐ ๐๐๐๐๐! ๐๐๐ฎ๐ ๐๐๐๐จ๐๐๐๐ ๐๐ด10,000, ๐๐ด20,000 ๐๐ฉ๐๐ช ๐๐๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ฃ ๐ข๐๐จ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฉ ๐๐๐จ๐๐ก๐๐จ๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐ฃ ๐จ๐๐๐๐ง๐!"
Namun maaf, realitinya kuasa wang ringgit tidak mampu membeli masa.
Proses perundangan dan birokrasi tanah di Sabah tidak boleh diselesaikan dalam tempoh 24 jam hanya kerana anda mempunyai kemampuan kewangan.
Masalah tanah kongsi ini melibatkan ๐ฒ๐ถ๐บ ๐ด๐จ๐บ๐จ yang amat panjang. Anda terpaksa melalui prosedur yang memakan masa berbulan-bulan, malah bertahun-tahun.
โข Perbicaraan mahkamah yang panjang hanya untuk menuntut hak lalu lalang jika pemilik lain berkeras mengunci sempadan mereka.
โข Sesi turun padang bagi menjejaki semula semua penama geran bersaudara yang telah terputus hubungan.
โข Proses pengesahan waris (Borang Jadual 3 / Sijil Faraid / Surat Kuasa Mentadbir) yang rumit sekiranya ada penama asal yang telah meninggal dunia.
โข Giliran kelulusan dokumen teknikal di agensi kerajaan yang perlu mengikut fasa undang-undang yang ketat.
Pada waktu tersebut, wang anda habis melayang, emosi anda hancur, dan masa anda terbuang begitu sahaja kerana anda terpaksa menunggu dan terus menunggu.
Mengapa mahu tunggu sehingga keadaan menjadi parah? kan?
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐! ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐!
Sebab itulah saya ingin menegaskan di sini.
Masa yang paling terbaik, paling sesuai, dan paling bijak untuk mengambil tindakan memecah geran adalah sekarang! sewaktu semua keadaan masih berada dalam keadaan baik.
โข Hubungan adik-beradik dan saudara-mara masih harmoni serta boleh dibawa berbincang secara amanah.
โข Semua penama masih komited dan tiada isu tunggakan cukai tanah yang parah.
โข Semua penama setuju untuk menyediakan rizab jalan atau hak lalu lalang yang sah di dalam pelan rasmi.
โข Semua penama asal masih hidup, sihat, dan boleh menurunkan tanda tangan tanpa sebarang isu perundangan.
โข Sempadan tanah belum mempunyai sebarang pertikaian atau diceroboh oleh pihak luar.
Jangan menjadi seperti segelintir masyarakat yang sudah terhantuk baru hendak tengadah.
Apabila hubungan keluarga sudah retak, apabila ada waris sudah meninggal dunia, atau apabila ada pihak mula diselubungi ketamakan, pada waktu itulah baru anda sibuk mencari jurukur tanah (land surveyor).
Ketika itu, segalanya sudah terlambat dan kosnya berkali-kali ganda lebih mahal.
Bertindak awal, buat keputusan sekarang sewaktu fikiran anda masih tenang.
๐๐๐๐, ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐?
Jika anda telah sedar dan tidak mahu terus membiarkan aset berharga anda terdedah kepada risiko pertikaian ini, atau anda mahu mula mengambil langkah pertama untuk menyelamatkannya?
Sekiranya anda memang sudah lama mempunyai niat dan hasrat untuk membuat pecah geran, usah ditangguh-tangguh lagi.
Sila lakukan tindakan paling bijak hari ini dengan membuat semakan awal.
Akses pautan di bawah sekarang juga, isi borang tapisan yang disediakan, dan biarkan kami membantu anda menilai potensi tanah tersebut secara profesional!
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐!
Jangan buang masa dan wang dengan meraba-raba di dalam kegelapan.
๐๐ง๐ ๐๐ญ! ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐ ๐๐ซ๐๐ง ๐ญ๐๐ง๐๐ก ๐ฌ๐๐๐๐ซ๐ ๐๐ฎ๐ญ๐จ๐ฆ๐๐ญ๐ข๐ค ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ข๐ฉ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ ๐ข.
Sila bertindak pantas demi menyelamatkan hak anda sebelum "๐๐ค๐จ ๐๐๐จ๐" mula menjerat hidup anda!
Klik pautan ini sekarang untuk isi borang tapisan kelayakan pecah geran anda:
www.pecahgeran.my