22/07/2025
KTI Landmark Bhd mendapat kontrak bernilai RM130.6 juta bagi membina kampus Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sabah di Papar.
Dalam laporan kepada Bursa Malaysia di Kuala Lumpur, KTI Landmark berkata, anak syarikat milik penuhnya, KTI Sdn Bhd menerima surat penerimaan tender daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Kontrak itu bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027, iaitu membabitkan tempoh selama 24 bulan.
Pautan berita penuh di ruangan komen...