CQA UMS

CQA UMS Ditubuhkan pada 21 Jan 2021.

Bermula sebagai Bahagian Pengurusan Kualiti dan kemudiannya dikembangkan menjadi pusat perkhidmatan berkaitan jaminan kualiti akademik dan perkhidmatan

Mesyuarat Majlis Pengurusan Risiko Universiti Awam (MARISK) Bil. 1/2026 dan Bengkel Hala Tuju Strategik MARISKBangi, 6 M...
07/05/2026

Mesyuarat Majlis Pengurusan Risiko Universiti Awam (MARISK) Bil. 1/2026 dan Bengkel Hala Tuju Strategik MARISK

Bangi, 6 Mei 2026 – Majlis Pengurusan Risiko Universiti Awam (MARISK) telah mengadakan Mesyuarat Bil. 1/2026 serta Bengkel Hala Tuju Strategik MARISK 2026–2028 di Mercu Sarjana, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan penyertaan 29 Pengurus Risiko daripada 20 Universiti Awam Malaysia.

Mesyuarat tersebut membincangkan isu semasa dan pengukuhan tadbir urus pengurusan risiko Universiti Awam, manakala bengkel sebelah petang memberi fokus kepada pelan tindakan strategik setiap biro MARISK bagi tempoh 2026–2028.

MARISK dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah, Timbalan Pengarah (Pengurusan Risiko), Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH), UKM.

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUHPROGRAM SARJANA MUDA PENGURUSAN HOSPITALITI DENGAN KEPUJIAN(MQA/FA 16549)Pusat Jaminan...
07/05/2026

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH
PROGRAM SARJANA MUDA PENGURUSAN HOSPITALITI DENGAN KEPUJIAN
(MQA/FA 16549)

Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Malaysia Sabah, merakamkan penghargaan atas pelaksanaan Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dengan Kepujian (MQA/FA 16549) pada 29 hingga 30 April 2026 oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Lawatan ini bertujuan menilai pematuhan dan kualiti pelaksanaan program bagi tujuan mendapatkan Akreditasi Penuh daripada MQA. Panel penilai diketuai oleh Prof. Dr. Muhammad Shahrim Abdul Karim, bersama Lt. Kol. Dr. Lim Kuang Long sebagai ahli panel, serta Puan Balqis Afifah binti Azman sebagai wakil MQA.

Sepanjang lawatan, panel telah melaksanakan semakan dokumen, sesi temu bual, lawatan fasiliti dan pemerhatian sesi pengajaran. Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Rossita Shapawi, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

CQA merakamkan penghargaan kepada Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) serta semua pihak atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam memperkukuh jaminan kualiti akademik UMS.

LAWATAN PENILAIAN PEMBAHARUAN AKREDITASI PENUHPROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN(MQA/FA 11524-02)Pusat Jaminan Kualiti (CQA),...
07/05/2026

LAWATAN PENILAIAN PEMBAHARUAN AKREDITASI PENUH
PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN(MQA/FA 11524-02)

Pusat Jaminan Kualiti (CQA), Universiti Malaysia Sabah merakamkan penghargaan atas pelaksanaan Lawatan Penilaian Pembaharuan Akreditasi Penuh bagi Program Diploma Kejururawatan (MQA/FA 11524-02) pada 28 hingga 30 April 2026 oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Lawatan ini diketuai oleh Puan Sharizan binti Mohd Kusairi, bersama Puan Sh Zuraidah binti Syed Agir @ Syed Akil sebagai ahli panel daripada Lembaga Jururawat Malaysia (LJM), serta diurus setia oleh Puan Hanisah binti Amran, Pegawai MQA.

Penilaian ini bertujuan menilai pematuhan dan kualiti pelaksanaan program bagi tujuan Pembaharuan Akreditasi Penuh. Sepanjang lawatan, panel telah melaksanakan semakan dokumen, sesi temu bual bersama pihak berkaitan, serta sesi bersama Unit Jaminan Kualiti FPSK.

Selain itu, panel turut melaksanakan lawatan fasiliti ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pekan Kota Kinabalu, Kolej Kediaman dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, serta menjalankan pemerhatian semasa sesi kuliah berlangsung.

CQA merakamkan penghargaan kepada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), staf UMS yang terlibat, serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen secara langsung mahupun tidak langsung dalam memperkukuh jaminan kualiti akademik UMS.

SALAM TAKZIAHDengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Pusat Jaminan Kualiti  merakamkan ucapan takziah atas pemergian A...
03/05/2026

SALAM TAKZIAH

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Pusat Jaminan Kualiti merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tuan Haji Rizal bin Othman, Bendahari Pertama Universiti Malaysia Sabah yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 Mei 2026 bersamaan 15 Zulkaedah 1447H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga tabah menghadapi ujian ini dan dipermudah segala urusan.


Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tuan Haji Rizal bin Othman, Bendahari Pertama Universiti Malaysia Sabah yang telah kembali ke rahmatullah pada 3 Mei 2026 bersamaan 15 Zulkaedah 1447H.

UMS turut berduka cita atas pemergian Allahyarham, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.

CQA ucapkan Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua warga UMS. Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan kerja keras ...
30/04/2026

CQA ucapkan Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua warga UMS.

Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan kerja keras yang diberikan selama ini dalam menjadi tulang belakang setiap kejayaan JAFPIB masing-masing.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,CQA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026Semoga Aidilfitri kali ini ...
20/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CQA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.


Program Berbuka PuasaPusat Jaminan Kualiti (CQA)12 Mac 2026 (Khamis)
12/03/2026

Program Berbuka Puasa
Pusat Jaminan Kualiti (CQA)
12 Mac 2026 (Khamis)

Klinik Risiko di Fakulti Pengajian Islam (FIS)10 Mac 2026
12/03/2026

Klinik Risiko di Fakulti Pengajian Islam (FIS)
10 Mac 2026

Courtesy Visit: Sabah Convention Bureau11 Mac 2026 (Rabu)2.00pm
11/03/2026

Courtesy Visit: Sabah Convention Bureau
11 Mac 2026 (Rabu)
2.00pm

Salam Nuzul Al-Quran bersamaan 17 Ramadan 1447H / 2026M. Semoga bulan Ramadhan kali ini membawa keberkatan, kedamaian da...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran bersamaan 17 Ramadan 1447H / 2026M.

Semoga bulan Ramadhan kali ini membawa keberkatan, kedamaian dan nilai kebaikan kepada kita semua.

Address

PUSAT JAMINAN KUALITI
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CQA UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to CQA UMS:

Share

Category