06/09/2024
Harga BERAS di Dubai?!
Sejak dua menjak ni, ramai yang tanya saya tentang harga beras di Dubai. So, saya perlu la tanya isteri, kak Shaz. Sebab "beras kita yang beli", tapi yang ke kedainya kak Shaz... saya pun tak tahu harga beras berapa.
Rupa2nya, beras di Dubai, dan beras di Malaysia harganya lebih kurang sama sahaja. Kira Malaysia memang standard macam Dubai la. Hebat kann? Tapi...
Barangan di Dubai sebenarnya taklah mahal sangat. Mahal sikit je, maybe by 10%-20% dibandingkan dengan Malaysia. Cuma di sini pendapatan tinggi (average income RM25,000), so tak terasa sangat jika ada kenaikan harga barang.
Berbeza sedikit dengan Malaysia, kenaikan harga memang akan terasa.
Memang agak nyata, 20 tahun lalu saya sebagai graduan gaji permulaan saya adalah dalam lingkungan RM1,800-RM2,200. Hari ini, 20 tahun kemudian, masih lagi di takuk lama inilah juga gaji permulaan. Tak patut kan?
Bukan hendak membandingkan, tapi, mana la tahu boleh menjadi idea di Malaysia di masa akan datang.
Di sini, graduan mendapat subsidi dari kerajaan. Contohnya, jika di tempat kerja membayar gaji RM10,000 sebulan, kerajaan akan topup lagi RM8,000 setiap bulan. So gaji total menjadi RM18,000. Mereka lakukan ini untuk mengalakkan lebih ramai graduan.
OK tak kalau ada system ni di Malaysia? Kalau tak RM8,000 pun, dapat topup bulanan RM800 pun jadi la kannn...
So tak lah terjadinya isu pelajar tak nak sambung belajar sebab nak jadi influencer dan nak terus kerja lepas SPM.
Dalam keadaan ekonomi kini, memulakan perniagaan online dari rumah adalah satu pilihan cara meningkatkan pendapatan dan ekonomi diri/keluarga. Tak kiralah, mereka yang sudah tamat belajar, suri rumah, mereka yang masih kerja atau bersara.
Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan online menjual produk atau perkhidmatan melalui internet, tetapi tak tahu nak mula di mana, dan NAK JUAL APA? Ikuti kelas online percuma bersama saya MALAM INI "Nak Jual Apa? Mulakan Perniagaan dari ZERO!".
Saya kongsikan perniagaan apakah yang terbaik untuk anda mulakan - walaupun belum ada idea perniagaan. Daftar percuma MALAM INI di www.NakJualApa.com
-ik
dubai
ps: gambar model beras Dubai. boleh carik makan tak?