Sedafiat Sdn Bhd

Call Directions Website

Sedafiat Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sedafiat Sdn Bhd, Real Estate, Metro Town, Block D, Unit No. D-2-3 Lorong 3 Jalan Ulam Raja, Off Jalan Tuaran Road, Kota Kinabalu.

Sedafiat Sdn Bhd is one of the leading integrated facility management company in Malaysia that specialises in the provision of non-clinical healthcare support services.

KEJAYAAN PENGANJURAN KARNIVAL SIHAT LABUAN 2026 DAN PERANAN STRATEGIK SEDAFIAT SDN. BHD. LABUANPenganjuran Karnival Siha...
07/10/2026

KEJAYAAN PENGANJURAN KARNIVAL SIHAT LABUAN 2026 DAN PERANAN STRATEGIK SEDAFIAT SDN. BHD. LABUAN

Penganjuran Karnival Sihat Labuan 2026 yang berlangsung pada 19 dan 20 September 2026 telah mencatatkan kejayaan yang amat memberangsangkan dengan kehadiran dianggarkan mencecah 3,000 orang pengunjung sepanjang dua hari program. Kehadiran masyarakat tempatan dan warga sektor kesihatan ini membuktikan peningkatan kesedaran komuniti Wilayah Persekutuan Labuan terhadap amalan gaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran.

Majlis perasmian yang disempurnakan secara bersama oleh YBrs. En. Simsudin bin Sidek (Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan) dan Dr. Valentine @ Japulee Gantul (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan WP Labuan) memberi impak berkesan dari sudut kerjasama inter-agensi dalam memperkasakan agenda kesihatan awam.

Antara sorotan utama (highlight) penglibatan Sedafiat Sdn. Bhd. Labuan selaku syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital adalah inisiatif demonstrasi pembuatan lilin daripada minyak masak terpakai (used cooking oil). Demonstrasi ini bukan sahaja menjadi daya tarikan di booth pameran, malah membawa mesej yang sangat bertepatan dengan amalan kelestarian alam sekitar (ESG) dalam konteks pengurusan fasiliti dan konsesi hospital:

1. Pengurusan Sisa Cecair & Infrastruktur Hospital: Melalui pembuangan minyak secara berhemah, risiko kerosakan sistem perpaipan serta kegagalan sistem perangkap minyak (grease trap) di premis dapur hospital dan kediaman dapat dielakkan secara drastik.

2. Kesihatan Persekitaran & Kebersihan Fasiliti: Amalan ini secara langsung mengurangkan risiko pembiakan vektor perosak serta gangguan bau, sekali gus membantu mengekalkan piawaian kebersihan tinggi di kawasan persekitaran hospital.

3. Pendidikan Kelestarian Komuniti: Sedafiat Sdn. Bhd. Labuan berjaya menterjemahkan konsep kitar semula (upcycling) kepada langkah praktikal yang boleh diamalkan oleh komuniti setempat di rumah masing-masing.

Secara keseluruhannya, penglibatan aktif Sedafiat Sdn. Bhd. Labuan dalam Karnival Sihat Labuan 2026 bukan sekadar pameran sokongan teknikal, malah menjadi platform berkesan dalam membina jalinan erat bersama komuniti setempat serta mengukuhkan peranan syarikat dalam menyokong perkhidmatan kesihatan yang mampan dan mesra alam.

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH SEDAFIAT SDN. BHD. KALI KE-56 (BIL. 3/2026)13 Ogos 2026 | Langkawi, KedahSedafiat Sdn. Bhd. t...
06/10/2026

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH SEDAFIAT SDN. BHD. KALI KE-56 (BIL. 3/2026)

13 Ogos 2026 | Langkawi, Kedah
Sedafiat Sdn. Bhd. telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Kali Ke-56 (Bil. 2/2026) pada 13 Ogos 2026 di Langkawi, Kedah, yang menghimpunkan Ahli Lembaga Pengarah bersama Pengurusan Kanan syarikat.

Seperti mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah yang dilaksanakan secara berkala, sesi ini menjadi platform penting bagi Lembaga melaksanakan fungsi pengawasan dan tadbir urus melalui penelitian prestasi kewangan dan operasi syarikat, perkembangan semasa pengurusan serta laporan dan cadangan yang dikemukakan oleh pihak Pengurusan. Lembaga turut memberikan pandangan, pertimbangan serta hala tuju yang berhemah bagi menyokong proses membuat keputusan dan memastikan pengurusan serta pengoperasian Sedafiat terus dilaksanakan secara bertanggungjawab dan berkesan.

Mesyuarat kali ini turut memberi perhatian kepada hala tuju Environmental, Social and Governance (ESG) Sedafiat, termasuk kerangka dan perancangan kemampanan syarikat. Penglibatan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan dalam agenda ini memperkukuh usaha Sedafiat untuk mengintegrasikan prinsip ESG dalam perancangan dan pengoperasian syarikat.

Bersempena mesyuarat tersebut, Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan turut mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, yang memberikan pendedahan secara langsung terhadap amalan pengurusan fasiliti serta pelaksanaan pelbagai inisiatif kelestarian seperti hospital-hospital yang diselenggara oleh Sedafiat Snd BHd di Sabah dan wilayah persekutuan Labuan. Lawatan ini melengkapi perkongsian berkaitan ESG dan membuka ruang kepada pertukaran pandangan serta pembelajaran daripada amalan yang telah dilaksanakan dalam persekitaran fasiliti kesihatan.

Kesinambungan penglibatan Lembaga Pengarah dalam meneliti prestasi syarikat, memberikan pandangan dan menetapkan hala tuju mencerminkan komitmen Sedafiat terhadap tadbir urus korporat yang baik, akauntabiliti dan pembangunan syarikat yang mampan.

Ahli Lembaga Pengarah Sedafiat Sdn. Bhd.:
Datuk Hj. Ag. Buhtamam Ag. Mahmun
En. Awang Roozan bin Mohd Nadzir
Dato’ Hj. Mohd Zain bin Dahlan
Datuk Dr. Mohd Yaakub bin Johari
Datuk Pengiran Saifuddin bin Pengiran Tahir
En. Ahmad Fazril bin Mohd Fauzi
Ms. Karen Lynn Johnson
En. Suhaimi Untong (hadir secara dalam talian)

LAWATAN KERJA PENGURUSAN TERTINGGI SEDAFIAT SDN BHD KE HOSPITAL SULTANAH MALIHA, LANGKAWILANGKAWI, 12 Ogos 2026 – Pengur...
05/10/2026

LAWATAN KERJA PENGURUSAN TERTINGGI SEDAFIAT SDN BHD KE HOSPITAL SULTANAH MALIHA, LANGKAWI

LANGKAWI, 12 Ogos 2026 – Pengurusan Tertinggi Sedafiat Sdn Bhd telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi, Kedah, sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk memperkukuh perkongsian pengetahuan, amalan terbaik serta penerapan inisiatif kelestarian dalam pengurusan fasiliti dan perkhidmatan sokongan hospital.

Delegasi Sedafiat diketuai oleh Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Hj. Ag. Buhtamam bin Hj. Ag. Mahmun, bersama Pengarah Eksekutif, En. Awang Roozan Mohd Nadzir serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah Sedafiat, iaitu Dato’ Hj. Mohd Zain Dahlan, YB Datuk Pengiran Saifuddin bin Pengiran Tahir Petra, Datuk Dr. Mohd Yaakub Johari, En. Ahmad Fazril bin Mohd Fauzi dan Puan Karen Lynn Johnson. Turut serta ialah Ketua-ketua Jabatan serta delegasi pengurusan Sedafiat Sdn Bhd.Lawatan tersebut merangkumi sesi perkongsian mengenai “10 Years Journey: Sustainability Program in Hospital Sultanah Maliha”, yang mengetengahkan perjalanan HSM dalam melaksanakan pelbagai inisiatif kelestarian sejak tahun 2015, khususnya dalam aspek kecekapan tenaga, pengurangan karbon dan pengurusan fasiliti secara mampan. Antara pencapaian utama yang dikongsikan ialah pengiktirafan LEED Platinum pada tahun 2026, selepas memperoleh LEED Gold pada tahun 2020.

Sesi taklimat dan perkongsian telah disampaikan oleh Haji Syahronizam bin Mohd Shahril, Head of Operations AMS, bersama En. Muhammad Afif bin Mansor, Certified Energy Manager, serta pasukan UEM Edgenta/Edgenta Mediserve. Delegasi Sedafiat kemudiannya dibawa meninjau beberapa aset dan kemudahan hospital bagi melihat secara langsung pelaksanaan inisiatif kelestarian serta pendekatan pengurusan fasiliti di HSM.

Lawatan kerja ini memberi pendedahan dan perspektif yang bernilai kepada Sedafiat dalam meneroka amalan terbaik dan inisiatif yang berpotensi disesuaikan dalam pengurusan fasiliti hospital di bawah kendalian Sedafiat, selaras dengan komitmen syarikat terhadap kecemerlangan operasi, kecekapan sumber dan pembangunan mampan.

Bersama Ke Arah Kecemerlangan.
Memacu Kemampanan, Membina Masa Depan.

17/09/2026

Sorotan Program Penghijauan Alam Sekitar

🌱 Program Penghijauan Alam Sekitar – Penanaman Pokok BakauProgram Penghijauan Alam Sekitar telah dilaksananakan pada 15 ...
17/09/2026

🌱 Program Penghijauan Alam Sekitar – Penanaman Pokok Bakau

Program Penghijauan Alam Sekitar telah dilaksananakan pada 15 September 2026 melalui aktiviti Penanaman Pokok Bakau di Darau Ecotourism dengan kerjasama KK Wetland.

Seramai 40 peserta yang terdiri daripada Datuk CEO, Ketua-ketua Jabatan, kakitangan Ibu Pejabat serta komuniti Kg. Darau bersama-sama menjayakan aktiviti ini. Sebanyak 120 pokok bakau telah ditanam di sekitar Darau sebagai langkah dan usaha untuk memelihara ekosistem bakau serta menjaga kelestarian alam sekitar.

Secara keseluruhannya, sebanyak 200 pokok telah ditanam menerusi inisiatif penghijauan yang telah dilaksanakan oleh Syarikat. Usaha ini tidak hanya tertumpu kepada satu program dan satu lokasi sahaja malahan ia telah dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif termasuk penanaman pokok bakau bersama KK Wetland Ramsar Site, aktiviti gotong-royong dan penanaman pokok di SRK Sacred Heart, serta inisiatif Grow@Work di Ibu Pejabat.

Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan usaha ini. Semoga apa yang kita tanam hari ini bukan sahaja menghijaukan bumi malah turut menyemai kesedaran untuk terus menjaga alam sekitar. 🌱💚

17/09/2026

Sorotan Bual Bicara Bersama YB Menteri Kesihatan Malaysia

PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIAKOTA KINABALU, 4 September 2026 – Program Bual Bicara Bersama Y...
17/09/2026

PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KOTA KINABALU, 4 September 2026 – Program Bual Bicara Bersama YB Menteri Kesihatan Malaysia telah berlangsung di Dewan Wisma Wanita, Kota Kinabalu, hasil kerjasama INTAN Kampus Sabah bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Program yang disertai kira-kira 700 pegawai daripada pelbagai skim ini menjadi platform dialog dan perkongsian bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, berkaitan realiti semasa serta cabaran perkhidmatan kesihatan di Sabah.
Dalam sesi perkongsian, antara cabaran yang diketengahkan ialah faktor geografi dan logistik, infrastruktur, beban penyakit serta kekurangan sumber manusia. Kerajaan turut komited menangani cabaran tersebut melalui peningkatan fasiliti kesihatan, peruntukan pembangunan, inovasi logistik serta pengukuhan kebajikan dan perjawatan petugas kesihatan.

Program turut diserikan dengan penglibatan 11 pempamer daripada pelbagai agensi dan organisasi, termasuk SEDAFIAT, yang turut mengambil bahagian dalam menjayakan program ini.

SEDAFIAT HULUR SUMBANGAN KEPADA DUA STAF TERJEJAS DALAM KEBAKARAN KAMPUNG NUMBAKKOTA KINABALU, 2 September 2026 – Ratusa...
17/09/2026

SEDAFIAT HULUR SUMBANGAN KEPADA DUA STAF TERJEJAS DALAM KEBAKARAN KAMPUNG NUMBAK

KOTA KINABALU, 2 September 2026 – Ratusan rumah dipercayai musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Numbak, Manggatal, Kota Kinabalu, awal pagi ini.
Susulan kejadian tersebut, Sedafiat Sdn. Bhd. turut mengambil langkah prihatin dengan menyalurkan sumbangan kepada dua orang staf Sedafiat yang terlibat dan terjejas akibat insiden kebakaran berkenaan.

Sumbangan tersebut merupakan tanda keprihatinan dan sokongan Sedafiat terhadap kebajikan warga kerja yang berdepan musibah, khususnya dalam membantu meringankan beban mereka serta keluarga yang terkesan akibat kejadian tersebut.

Sedafiat sentiasa menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan warga kerja serta komited untuk memberikan sokongan sewajarnya kepada staf yang berhadapan dengan situasi sukar. Diharapkan sumbangan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu kedua-dua staf berkenaan dalam menghadapi tempoh mencabar susulan kejadian tersebut.

Sedafiat turut menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terjejas akibat kebakaran dan berharap agar urusan pemulihan serta bantuan kepada penduduk yang terlibat dapat dilaksanakan dengan lancar.

16/09/2026
🌟PENGUMUMAN PANEL JURI SET 2026🌟Program _Sedafiat Excellent Team_ (SET) 2026 kembali sebagai satu inisiatif di bawah _Se...
07/09/2026

🌟PENGUMUMAN PANEL JURI SET 2026🌟

Program _Sedafiat Excellent Team_ (SET) 2026 kembali sebagai satu inisiatif di bawah _Sedafiat Technology, Innovation & Creativity_ (STIC) untuk mengetengahkan inovasi yang menyokong operasi lebih pintar dan berkesan.

Jawatankuasa Pemandu STIC dengan sukacitanya memperkenalkan barisan panel juri yang akan menilai projek-projek SET 2026:

1. Tuan Edward Binty
Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah

2. Ts. Jamal Bin Rahmat
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)

3. Tuan Mohammad Sukri Bin Umar
Pengerusi Persatuan Inovasi Kota Kinabalu Sabah (PIKKSA)

Semoga SET 2026 terus melahirkan inovasi yang praktikal, bernilai dan berimpak tinggi selaras dengan tema:

“Smart Innovation, Smarter Operation.”

Address

Metro Town, Block D, Unit No. D-2-3 Lorong 3 Jalan Ulam Raja, Off Jalan Tuaran Road
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60 88-437 000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sedafiat Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category