08/02/2025
Bagi anda yang dalam perancangan untuk membeli rumah pertama,baca habis ya...
APA ITU CTOS ..
๐๐๐๐ (๐๐ซ๐๐๐ข๐ญ ๐๐ข๐ฉ ๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ฏ๐ข๐๐)
๐๐๐๐๐ (๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐๐ฅ ๐๐ซ๐๐๐ข๐ญ ๐๐๐๐๐ซ๐๐ง๐๐ ๐๐ง๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐๐ฒ๐ฌ๐ญ๐๐ฆ)
๐๐๐๐ Report
รรรรรรรรรรร
CTOS (Credit Tip Off Service) adalah syarikat swasta yang mengumpul maklumat kredit seperti pinjaman yang belum dijelaskan, rekod kes mahkamah, tuntutan undang-undang, dan sejarah transaksi perniagaan. Data datang dari rekod awam. Laporan CTOS membantu institusi kewangan menilai risiko kredit. Anda boleh semak laporan CTOS sendiri melalui laman web CTOS.
๐๐๐๐๐ Report
รรรรรรรรรรรร
CCRIS (Central Credit Reference Information System) diuruskan oleh Bank Negara Malaysia. Ia mengandungi maklumat pinjaman dan kad kredit individu serta syarikat, dikemas kini setiap bulan oleh institusi kewangan. Laporan CCRIS membantu bank memahami sejarah kredit pemohon dan menilai risiko. Laporan CCRIS boleh didapati melalui Bank Negara.
.
Penggunaan :
- Kelulusan Pinjaman: Bank lihat laporan CTOS dan CCRIS untuk menilai kemampuan bayar balik dan risiko kredit.
- Skor Kredit: Maklumat membantu menghasilkan skor kredit yang mempengaruhi kelulusan pinjaman dan kadar faedah.
- Pengurusan Kredit: Individu dan syarikat boleh semak dan urus laporan kredit untuk memperbaiki status kredit.
- Mendapatkan Laporan: Laporan CTOS melalui laman web CTOS. Laporan CCRIS melalui Bank Negara.
Membetulkan Kesilapan: Hubungi CTOS atau institusi kewangan/Bank Negara untuk pembetulan.
Share ilmu, semoga bermanfaat.