Edna Majimbun

Directions

Edna Majimbun Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Edna Majimbun, Real Estate, Kota Kinabalu.

12/08/2026

12 Ogos 2026 | Menyantuni Komuniti Wijaya Park

Kopisanangan,

Hari ini, saya bersama pasukan Pejabat ADUN menyantuni masyarakat dan keluarga yang memerlukan di Wijaya Park, Manggatal melalui agihan bakul makanan.

Keprihatinan tidak mengenal bangsa mahupun latar belakang. Bantuan yang disalurkan ini merupakan simbol perpaduan dan nilai kemanusiaan demi mengeratkan hubungan komuniti agar kekal harmoni dan sejahtera.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha kecil ini membawa kebaikan dan keberkatan bersama.

11/08/2026

10 Ogos 2026

Kopisanangan.
Hari ini, saya bersama pasukan Pejabat ADUN menyempurnakan penyerahan sumbangan sebuah tangki air di Tadika Sinar Sukacita St. Catherine, Inanam.

Sumbangan ini merupakan bentuk sokongan dan keprihatinan kami bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa, selamat, serta kondusif. Diharapkan kemudahan ini dapat melancarkan urusan harian warga sekolah dan memberi keselesaan kepada para murid.

Setiap bantuan yang dihulurkan adalah komitmen kami terhadap kesejahteraan masyarakat dan pemerkasaan institusi pendidikan tempatan.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada Guru Besar dan barisan tenaga pengajar atas sambutan yang mesra. Semoga anak-anak Tadika Sinar Sukacita terus maju dan membesar menjadi insan berilmu serta berakhlak mulia.

11/08/2026

09 Ogos 2026

Kopisanangan

Setelah saya bersama pasukan pejabat perhubungan ADUN turun padang memantau aduan berkaitan masalah main hole kumbahan yang tersumbat di premis HK Seal Sdn Bhd, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak kontraktor JPPS (TERRA ENVIRONMENT MANAGEMENT SDN BHD) atas komitmen, tindakan pantas serta kerjasama yang diberikan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Tindakan segera ini amat dihargai kerana dapat membantu memastikan sistem kumbahan kembali berfungsi dengan baik serta menjamin keselesaan dan kesejahteraan komuniti setempat serta premis yang terjejas. Syabas dan terima kasih atas dedikasi yang ditunjukkan dalam menangani aduan rakyat.

08/08/2026

08 Ogos 2026

Kopisanangan

Saya bersama pasukan pejabat ADUN telah turun padang ke PPR Kionsom bagi memantau kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan lampu jalan yang tidak berfungsi yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor DBKK.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada DBKK atas tindakan pantas serta komitmen yang ditunjukkan dalam memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan baik demi keselamatan dan keselesaan penduduk.

Semoga kerjasama erat seperti ini dapat diteruskan untuk kesejahteraan masyarakat.

07/08/2026

Kopisanangan

Penyerahan sumbangan kepada Persatuan Pesara Kerajaan Sabah bagi menyokong Program Saringan Kesihatan Percuma dan Derma Darah telah selamat dilaksanakan. Program komuniti seperti ini sangat bermakna dalam memastikan kesejahteraan masyarakat serta membantu menambah bekalan tabung darah negeri Sabah.

Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: Ahad, 9 Ogos 2026
Lokasi: EG Mall, Inanam

Syabas dan terima kasih kepada pihak persatuan atas inisiatif murni ini. Semoga sumbangan ini dapat mempermudah urusan penganjuran program. Jumpa anda di sana.

07/08/2026

07 Ogos 2026

Kopisanangan

Saya bersama pasukan pejabat ADUN turun padang memantau aduan kumbahan tersumbat dibelakang Kedai HK Seal Sdn Bhd , Inanam Point.

Pejabat ADUN telah menyalurkan aduan ini ke pihak Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah (JPPS) untuk diambil tindakan penyelesaian.

KopisananganAdat bukan sekadar warisan, tetapi asas kepada nilai, identiti dan keharmonian masyarakat. Saya menyokong us...
07/08/2026

Kopisanangan

Adat bukan sekadar warisan, tetapi asas kepada nilai, identiti dan keharmonian masyarakat. Saya menyokong usaha memperkukuh Rang Undang-Undang Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Pindaan) 2026, dengan penekanan bahawa pelaksanaannya perlu disokong oleh penguatkuasaan yang jelas, adil dan berkesan demi memastikan matlamatnya benar-benar tercapai.

Baca artikel penuh di sini:

INANAM Assemblywoman Edna Majimbun said the Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Amendment) 2026 Bill comes at a timely point, having seen firsthand how customary law resolves community disputes peacef

06/08/2026

Kopisanangan.

Saya berasa amat berbesar hati kerana diberi peluang menghadiri Forum Pemerkasaan Mahkamah Anak Negeri: Mediasi Adat, Protokol Komuniti dan Urus Tadbir Kampung yang berlangsung pada 28 dan 29 Julai 2026.

Forum ini merupakan satu platform strategik dan bermakna dalam merangka serta memperkukuh pemahaman terhadap peranan Mahkamah Anak Negeri. Fokus perbincangan merangkumi pemantapan mediasi adat, kejelasan protokol komuniti, serta pemeliharaan hak dan keharmonian masyarakat menerusi urus tadbir kampung yang berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak SUHAKAM, PACOS Trust, serta semua agensi dan jawatankuasa penganjur atas jemputan serta usaha menjayakan program berimpak tinggi ini.

Semoga segala dapatan, ilmu, dan hasil perbincangan sepanjang forum ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi memperkasa institusi adat dan memajukan komuniti Anak Negeri di Sabah.

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Edna Majimbun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category