01/06/2022
π π π
Ingin miliki rumah sendiri tapi gaji kecil? Jangan risau. Disini saya kongsikan tips beli rumah dengan slip gaji kecil. Perkara paling pertama yang perlu dilakukan ialah tetapkan matlamat anda dalam membeli hartanah sama ada untuk disewa atau untuk tinggal sendiri. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan kasar bulanan yang kecil, perkara ini sangat penting untuk menentukan cash flow atau aliran tunai anda nanti. Rumah yang disewakan akan memberi cash flow positif manakala untuk tinggal sendiri, pastikan anda mampu memberi komitmen bayaran terhadap ansuran bulanan tersebut.
Tips pertama adalah
1. Uruskan kewangan dengan baik
Uruskan kewangan anda dengan baik dan bina financial profile yang kukuh jika masih tidak mampu. Seterusnya, cuba usahakan untuk menambahkan pendapatan kasar walaupun dalam jumlah yang kecil. Ia boleh membantu untuk meningkatkan lagi peluang untuk permohonan anda berjaya. Kurangkan hutang yang tidak perlu, satukan hutang dan pasti pihak bank tidak teragak-agak untuk meluluskan pinjaman!
2. Beli rumah ikut kemampuan kewangan kita, bukan ikut apa orang kata atau terpaksa
Jangan malu untuk membeli rumah yang kecil atau rumah lelong asalkan ia sesuai dengan kemampuan kewangan. Anda sendiri yang akan membayar komitmen ansuran bulanan untuk rumah ini, jadi jangan terlampau mengikut kata orang atau membeli hanya disebabkan terpaksa.
3. Beli rumah tak perlu tergesa-gesa, beli apabila benar-benar bersedia
Bila anda sudah betul-betul bersedia daripada segi kewangan dan sudah memahami proses yang akan dihadapi, teruskan sahaja niat untuk membeli.
Jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru tanpa persediaan yang kukuh. Ingat, keputusan terburu-buru boleh membuatkan anda menanggung komitmen kewangan yang mungkin sebenarnya tidak mampu dibayar buat jangka masa yang panjang.
4. Jangan cepat down atau kecewa, slip gaji kecil bukan penghalang untuk beli rumah
Hanya kerana anda mempunyai slip gaji yang kecil, jangan cepat kecewa dan berputus asa. Jangan terus menganggap anda tidak akan layak memiliki rumah buat selama-lamanya dan terus berputus asa. Dengan usaha yang secukupnya, anda juga boleh berjaya.
Tahukah anda, mereka yang mempunyai gaji yang besar ada yang masih tidak layak untuk memohon pinjaman rumah. Mengapa? Permohonan mereka ditolak kerana komitmen kewangan yang terlampau besar atau skor kredit yang teruk. Jadi, slip gaji kecil bukan sesekali menjadi penghalang untuk anda membeli rumah.
5. Cuba, cuba dan cuba!
Sebenarnya, permohonan anda mungkin akan ditolak oleh pihak bank. Terkejut atau sedih? Jangan, permohonan anda mungkin ditolak oleh Bank A, tetapi anda boleh cuba lagi di Bank B, Bank C dan Bank D! Tanya pihak bank dengan baik kenapa permohonan anda ditolak, baiki kembali kesilapan dan cuba lagi.
Ingat, gagal sekali bukan gagal selamanya. Anda mungkin perlu memerlukan lebih masa tetapi semua akan membuahkan hasil apabila permohonan yang dihantar telah berjaya. Jadi, jangan putus asa untuk terus mencuba!
Jadi anda boleh semak kelayakanπ π anda dengan menekan link
WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.