14/06/2021
𝙋𝙀𝙍𝘽𝙀𝙕𝘼𝘼𝙉 𝙇𝙀𝘼𝙎𝙀𝙃𝙊𝙇𝘿, 𝙁𝙍𝙀𝙀𝙃𝙊𝙇𝘿, 𝙍𝙀𝙕𝘼𝘽 𝙈𝙀𝙇𝘼𝙔𝙐 & 𝙊𝙋𝙀𝙉 𝙏𝙄𝙏𝙇𝙀
📌Leasehold:
Pajakan 99 tahun
👉🏻Cukup 99 tahun, kena bayar sejumlah bayaran premium kepada pihak kerajaan untuk tambah lagi 99 tahun
👉🏻Jika kerajaan nak ambil tanah tersebut, pampasan akan dibayar oleh pihak kerajaan
👉🏻Kelebihan:
✔Projek berhampiran kawasan strategik & prasarana
(Hospital, Klinik, Sekolah, Masjid, Pam Minyak)
✔Jika dijadikan pelaburan, harga pasaran rumah senang naik sebab berada di kawasan strategik & membangun.
📌Freehold:
Hak milik kekal
👉🏻Jika kerajaan nak ambil tanah tersebut, pampasan akan dibayar oleh pihak kerajaan
📌Rezab Melayu:
👉Pembeli yang Surat Beranak Melayu sahaja
📌Open Title:
👉Pembeli Semua Kaum boleh beli termasuk Orang Asli
STATUS HAKMILIK SEMENTARA (qualified title) & HAKMILIK AKHIR (final title)
Ramai yang masih keliru tentang status Tanah Hakmilik Sementara ini.
Antara kekeliruan tersebut adalah seperti berikut:
1. Sama ke Hakmilik Sementara ni dengan Leasehold?
Leasehold dan hakmilik sementara adalah 2 PERKARA BERBEZA
Tetapi sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (leasehold) tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title).
Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut telah ada hakmilik akhir atau masih hak milik sementara?
Lakukan Carian di Pejabat Tanah.
Jika Hakmilik Sementara: Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D)
Jika Hakmilik Akhir: Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN
Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas atau pajakan?
Lakukan Carian di Pejabat Tanah.
Jika Pegangan Bebas: Dalam carian ditulis Taraf Pegangan Selama-lamanya
Jika Pegangan Pajakan: Dalam carian ditulis Taraf Pegangan Pajakan 99 Tahun
Jadi, jangan keliru tentang kedua-dua perkara tersebut.
2. Adakah tanah hakmilik sementara ni boleh dibeli? Kalau beli akan ada masalah tak dikemudian hari?
Sebenarnya, hakmilik sementara bukan bermaksud tidak boleh jual/ beli hartanah tersebut.
Ia hanya bermaksud tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur.
Jadi tiada masalah beli hartanah yang masih berstatus hakmilik sementara.
Cuma tanah Hakmilik Sementara ini anda tidak boleh buat pecah bahagian atau pecah sempadan. Kalau nak buat kena tunggu dapat hakmilik akhir (final title) terlebih dahulu.
Harap tiada lagi yang keliru selepas ini.
Terima kasih.
Semoga Bermanfaat.