25/07/2024
๐๐๐ง๐๐ฉ๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ญ ๐๐๐ค ๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐๐ง ๐๐ฎ๐ข๐ญ ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ฉ๐จ๐ฌ๐ข๐ญ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐ก ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐?โฃ
โฃ
Ini memang satu isu yang saya saksikan sendiri sepanjang 10 tahun bergiat sebagai seorang ejen hartanah: majoriti rakyat Malaysia susah sangat nak simpan duit untuk deposit beli rumah.โฃ
โฃ
Kalau anda rasa anda ada masalah ini, sebenarnya anda tak keseorangan. โฃ
โฃ
Saya kupas sikit sebab-sebab utama yang saya rasakan jadi punca sebenar masalah ini:โฃ
โฃ
1๏ธโฃ Kos Sara Hidup yang Tinggi ๐ธโฃ
Kita semua tahu, harga barang setiap tahun pun naik macam roket! Sebut sahaja makanan, bil utiliti, sewa rumah โ semuanya semakin mahal. Dengan gaji yang tak seberapa, ramai antara kita yang 'struggle' nak cukupkan bajet bulanan. Simpan duit? Jauh panggang dari api.โฃ
โฃ
2๏ธโฃ Kenaikan Gaji Tak Seiring dengan Kenaikan Harga Rumah ๐ โฃ
Harga rumah semakin hari semakin mencanak naik. Tapi gaji? Perlahan macam siput. Macam mana nak kejar? Akibatnya, jumlah simpanan yang diperlukan untuk deposit semakin tinggi, dan kita semakin jauh dengan impian nak ada rumah sendiri.โฃ
โฃ
3๏ธโฃ Komitmen Kewangan Lain ๐ณโฃ
Hutang PTPTN, ansuran kereta, perbelanjaan keluarga โ semua ni komitmen yang tak boleh dielakkan. Dengan senarai komitmen berjela ni, nak asingkan duit untuk simpanan deposit rumah? Terlalu mencabar!โฃ
โฃ
4๏ธโฃ Kurang Pengetahuan Kewangan ๐โฃ
Ramai antara kita yang kurang ilmu tentang cara urus kewangan dengan betul. Tanpa perancangan yang baik, susah nak berdisiplin dalam menyimpan duit. Kita perlukan lebih banyak pendidikan tentang pengurusan kewangan, tapi tak ramai yang ada kesedaran tentang ini atau bersungguh untuk perbaiki kewangan kendiri.โฃ
โฃ
5๏ธโฃ Budaya dan Gaya Hidup ๐ฝ๏ธโฃ
Kita s**a 'enjoy life' โ makan di luar, 'travel', beli barang yang tak perlu. Semua ni penting untuk kebahagiaan, tapi kalau berlebihan, ia juga jadi asbab kepada kes**aran nak menyimpan. Kadang-kadang, kita kena buat pilihan yang susah demi masa depan yang lebih cerah โ ini perkara yang orang tak sanggup buat.โฃ
โฃ
Tapi jangan putus asa dulu.โฃ
โฃ
Setiap sen yang kita simpan, walaupun sedikit, adalah satu sen lebih dekat kepada impian kita. โฃ
โฃ
Mulakan dengan bajet bulanan โ asingkan sebahagian untuk simpanan, dan sentiasa cari cara untuk tambah pendapatan. โฃ
โฃ
Kita memang boleh ubah nasib kita, satu langkah kecil pada satu masa.โฃ
โฃ
Kalau ada pengalaman atau tips yang anda nak kongsikan, sila share kan di ruangan komen, kut-kut boleh bantu orang lain.๐โฃ
โฃ
- Syakir Zainol