11/03/2019
PANDUAN UNTUK PEMBELI RUMAH
Apa beza sijil perakuan siap pematuhan (CCC) & sijil pemilikan kosong (VP)?
Apa itu CCC dan apa tujuan CCC?
Sijil perakuan siap dan pematuhan adalah sijil yang dikeluarkan oleh akitek. Tujuan pengeluaran sijil adalah untuk memperakui bahawa bangunan tersebut adalah selamat dan dan layak untuk diduduki. CCC dikuat kuasa dibawah undang undang kecil bangunan.
Apa kepentingan CCC untuk pembeli rumah?
Vacant posession atau sijil pemilikan kosong hanya boleh dikeluarkan apabila CCC yang telah dikeluarkan oleh akitek. Tanpa CCC, pemaju tidak boleh membuat serahan kunci.
Apa itu VP dan apa tujuan VP?
Notis pemilikan kosong dikeluarkan oleh pemaju. Tujuan pengeluaran notis adalah untuk memaklumkan pemilik bahawa rumah telah sedia untuk penyerahan kunci. VP dikuatkuasa dibawah akta pemajuan perumahan.
Apa kepentingan VP?
Dibawah akta pemajuan perumahan, pemaju mestilah membuat serahan kunci (VP) dalam masa 24 bulan (schedule G) atau 36 bulan (schedule H). Jika gagal, pemaju perlu membayar wang ganti rugi kepada pembeli.