22/02/2021
TANDATANGAN SNP APA PERLU BUAT?
Bila nak tandatangan SnP rumah kita beli. Jangan cepat teruja sangat sebab ini mungkin pengalaman pertama kita.
1. Jangan tandatangan dengan jurujual, sebaiknya SnP ditandatangan didepan peguam kita. Banyak pemaju buat begini, datang pejabat dan tandatangan SnP depan mereka.
2. Oleh kerana terma dalam SnP banyak mengunakan bahasa undang undang dan kita kurang faham. Mohon peguam jelaskan, apa maksud kandungan bagi setiap perenggan itu.
3. SnP boleh dipohon dalam Bahasa Melayu jika kita merasakan susah sangat nak faham Bahasa Inggeris.
4. Jangan teruja nak cepat tandatangan tanpa faham apa apa kandungan SnP. Semua ciri kediaman dan harga mesti jelas dalam SnP tersebut.
5. Jika jurujual janji akan berikan lampu, kabinet dapur, ada kolam mandi, pagar letrik atau dapat aircond. Pastikan semua dimasukkan dalam SnP.
6. Jika belian subsale dan pemilik asal bersetuju berikan aircond, kipas, atau apa sahaja ia juga perlu dimasukkan didalam SnP. Ada kejadian, waktu view kediaman semua yang ada boleh dapat. Bila dah setuju beli, dapat rumah kosong saja. Nak menangis dah tak guna.
7. Jika itu kali pertama tandatangan SnP juga, jangan tunjuk kita nie bodoh sangat. Cari sikit ilmu dan ada confident sikit agar kita tak dibodohkan sesiapa.
8. Makin banyak kita bertanya dengan terma yang betul dan baik, makin orang yakin bahawa kita ada ilmu tentang sesuatu proses hartanah.
"MB consent nie biasanya berapa lama?"
"CKHT dikenakan tak untuk urusan ini?"
9. Ilmu tidak hanya datang dari membaca, banyakkan bertanya, sembang dengan orang, minta nasihat kawan juga sangat membantu kita.
10. Jangan malu untuk ambil masa yang lama untuk baca dan faham sebelun tandatangan SnP kita.
Jangan samakan apa yang ada dalam katalong dan SnP. Selalunya pemaju 'sembang' kencang dalam SnP tiada kandungan.
11. Semak pelan dan ukuran bangunan dalam lampiran. Pastikan ukuran ini sama dengan binaan yang kita akan dapat nanti. Begitu juga kekemasan.
Selamat berusaha kawan, moga dapat kediaman baik buat perlindungan keluarga tercinta.
Sahabat peguam saya yang bagus yang boleh baca tulisan mereka dalam bab undang undang Nor Zabetha, Nazri Mustafa , Nasibah Wahab dan Salkukhairi Abd Sukor boleh follow mereka laju laju.
Credit to:
Azizul Azli Ahmad
saya tolak tandatangan SnP ini bila ada beberapa kesilapan yang tak sepatutnya ada. Belajarlah agar kita tidak rasa menyesal.
semak kerja pelajar juga.