Muhamad Zulhelme

Muhamad Zulhelme Property Your Dream House To Reality

FREEHOLD vs LEASEHOLDRamai orang berkira-kira nak beli leasehold, sedangkan nak beli freehold lebih mahal. Kalau tak mah...
15/09/2022

FREEHOLD vs LEASEHOLD

Ramai orang berkira-kira nak beli leasehold, sedangkan nak beli freehold lebih mahal.
Kalau tak mahal pun, kawasan tu memang tak ada freehold, yang ada cuma leasehold.

Ini ringkasan penting untuk tahu beza antara freehold dan leasehold.

1️⃣ PEMILIKAN
Tanah freehold dimiliki oleh individu. Sesiapa yang beli tanah atau dihadiahkan tanah. Status tanah tu, freehold. Tapi kalau leasehold, tanah ni dimiliki oleh kerajaan. Tanah ni tak dijual, tapi dipajak oleh kerajaan kepada individu atau pemaju yang bangunkan rumah.

2️⃣ TEMPOH PAJAKAN
Freehold takde pajakan, sebab tanah ni dibeli. Kalau dipindah milik, nama pemilik tersebut adalah individu atau syarikat, bukan kerajaan. Leasehold ada pajakan selama 99 tahun. Selepas habis tempoh pajakan, cuma kena perbaharui tempoh pajakan saja. Senang faham, kerajaan cuma bagi sewa saja untuk tanah berstatus leasehold.
3️⃣ HARGA
Mesti kita perasan harga rumah berstatus freehold lebih mahal dari leasehold. Sebabnya pemaju beli tanah tersebut untuk bina rumah. Jika leasehold, pemaju cuma bayar premium untuk dapatkan pajakan selama 99 tahun. Pemaju tak beli pun. Tapi masih ada juga rumah leasehold masih mahal. Ini disebabkan lokasi tersebut sudah membangun dan tinggi premiumnya.
4️⃣ TANAH BAKAL DIAMBIL
Bab ni lagi ramai yang keliru. Kerajaan tak ambil sesebuah tanah disebabkan status freehold atau leasehold. Kerajaan ambil disebabkan atas faktor pembangunan kawasan tu. Walaupun rumah berstatus freehold sekalipun, kerajaan tetap akan ambil jika perlu pada pembangunan seperti highway. Pampasan p**ak akan dibayar.
5️⃣ RUMAH BAKAL ROBOH
Tak semudah itu rumah nak diroboh. Jika sesuatu kawasan tersebut sudah membangun, kepadatan penduduk sudah mapan, tiada keperluan untuk kerajaan ambil semula tanah leasehold, walaupun statusnya milik kerajaan. Kerajaan hanya akan teruskan pajakan. Dan pajakan itu boleh disambung selepas 99 tahun.

6️⃣ TAKUT NAK BAYAR PREMIUM
Rumah freehold tiada premium. Boleh duduk melebihi 100 tahun tanpa bayar pajakan. Tapi leasehold perlu bayar untuk sambung tempoh pajakan. Kita tak perlu risau dengan kadar premium, kerana hidup kita pun tak sampai 100 tahun. Jawapannya, kita terselamat dari membayar premium tu. Jadi tak payahlah risau.

Anak-anak nak sambung duduk?
Takde maknanya anak kita nak sambung tinggal. Mereka mungkin beli rumah jauh dari tempat asal kita, bekerja atau kahwin di tempat lain. Silap hari bulan, rumah kita tu pun dijualnya.

Kesimp**an saya. Kalau ada rumah leasehold di kawasan tu, tak ada apa nak dirisaukan.
Beli jelah walaupun tak ada freehold.

Ada yg tengah mencari rumah pertama dan kedua di area KL & Selangor boleh roger saya .

Apakah Proses Beli Rumah Pertama Anda❓️❓️Beli rumah pertama bukanlah satu perkara mudah! Ianya datang dengan pelbagai ta...
14/09/2022

Apakah Proses Beli Rumah Pertama Anda❓️❓️

Beli rumah pertama bukanlah satu perkara mudah! Ianya datang dengan pelbagai tanggungjawab dan prosedur.

Tapi janganlah menunggu lama sangat sebab harga rumah tidak akan menurun dan tempoh loan rumah tidak akan semakin pendek. Jadi lebih baik untuk membeli rumah semasa muda!

Jadi, disini saya telah sediakan maklumat penting untuk membantu anda memahami proses membeli rumah pertama anda. Secara mudahnya, proses membeli rumah boleh dibahagikan kepada 3 fasa seperti berikut:

• Fasa persediaan

• Fasa pembelian

• Fasa tukar nama

Jadi sebelum kita pergi ke fasa-fasa ini, dibawah adalah prosedur beli rumah pertama yang anda perlu ambil tahu!

1. Fasa Persediaan✅️

Wajib untuk korang buat persediaan awal yang rapi sebelum beli hartanah pertama korang.

Pertama sekali adalah korang perlu semak kelayakan pinjaman perumahan (housing loan) dengan bank terlebih dahulu.

Bank p**a akan rujuk 3 perkara penting ni dahulu sebelum luluskan pinjaman korang iaitu:

• Pendapatan (Income)

• Scoring

• CCRIS (Central Credit Reference Information System)

i) Pendapatan (income)

Korang boleh periksa dahulu formula ini untuk tengok sama ada korang layak tak untuk buat pinjaman perumahan dengan bank.

Formula = (Komitmen lama + Komitmen rumah yang hendak dibeli) ÷ Pendapatan bersih x 100

Bank akan menolak permohonan anda sekiranya nilai melebihi 70%.

ii) Scoring

Scoring bermaksud pemohon pinjaman mempunyai ciri-ciri orang yang boleh membayar hutang dengan baik. Bank akan melihat latar belakang pemohon tersebut daripada pelbagai perkara seperti status pekerjaan pemohon, tahap pendidikan dan lain-lain perkara yang akan dinilai oleh pihak bank.

iii) CCRIS (Central Credit Reference Information System)

CCRIS ialah rekod kewangan yang diselia dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia untuk melihat corak pembayaran pinjaman, sebarang komitmen bank serta hutang anda.

Jangan risau kalau anda belum mempunyai sebarang rekod dalam CCRIS. Anda masih boleh buat permohonan loan rumah.

Sediakan dokumen berikut juga semasa buat permohonan:

⭕️Salinan kad pengenalan

⭕️Slip gaji

⭕️Penyata bank

⭕️Penyata KWSP

⭕️Surat Tawaran Bekerja

Tapi kalau anda gunakan khidmat ejen hartanah, anda boleh serahkan kesemua dokumen penting di atas kepada ejen untuk buat semakan kelayakan pinjaman perumahan dengan pelbagai pihak bank.

Secara ringkasnya, anda perlu rancang kewangan anda untuk masa akan datang kerana apabila anda sudah mengambil pinjaman,ini bermakna anda akan mempunyai komitmen untuk membayar pinjaman tersebut setiap bulan sehingga selesai.

Jadi pastikan anda ambil kira perbelanjaan harian seperti makan minum dan lain-lain perkara sebelum anda tandatangan perjanjian pinjaman perumahan tersebut. Ukur baju di badan sendiri ye.

Selepas anda mempunyai perancangan yang rapi, barulah anda dikira selesai dalam fasa pertama ini.

2. Fasa Pembelian✅️

Tibalah masanya untuk anda mula “window shopping” untuk rumah yang bersesuaian dengan perancangan korang masa kat fasa 1 sebelum ni.

Kalau dah jumpa rumah yang anda dah berkenan, bolehlah mula buat bayaran tempahan unit tersebut.

Pastikan bayaran dibuat kepada agensi hartanah atau firma guaman sahaja. JANGAN SESEKALI bayar kepada akaun peribadi!

Setelah selesai membuat bayaran tempahan tersebut, anda akan menandatangani satu borang. Pastikan anda lampirkan borang tersebut bersama dengan dokumen yang lain untuk memohon pinjaman perumahan. Atau serahkan kepada ejen anda untuk menguruskannya.

Beri masa dalam semingu ke dua minggu untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman tersebut. Tapi pastikan anda lengkapkan kesemua dokumen yang diperlukan, baru loan boleh approve.

Lepas loan dah approve, ejen akan maklumkan kepada peguam hartanah untuk sediakan Sales & Purchase Agreement (S&P). Anda boleh tandatangan surat perjanjian ini dalam masa 2 minggu sahaja.

3. Fasa Tukar Nama✅️

Peringkat ini, pemohon rumah dah boleh bertenang sikit sebab kebanyakan kerja seperti pengesahan dokumen dengan pihak bank, pemaju dan lain-lain akan dilakukan oleh peguam hartanah korang.

Kalau nak tahu, rumah pegangan bebas (freehold) kebiasaannya ambil masa 3-4 bulan untuk tukar nama.

Manakala rumah pegangan pajakan (leasehold) p**a mengambil masa lebih kurang 6 bulan ke 1 tahun.

Apabila semua perkara dah selesai dan telah pun ditandatangan, peguam akan menghubungi anda untuk periksa rumah terlebih dahulu.

Pastikan korang pergi tengok rumah ye untuk lihat apa yang okay atau tak okay dengan keadaan rumah tu.

Kalau ada apa-apa defect, bolehlah korang terus bagitahu pihak pemaju atau owner dan claim apa yang patut.

Kalau semuanya okay, korang dah boleh ambil kunci rumah daripada peguam.

SELESA‼️‼️‼️

Tahniah kerana berjaya beli rumah pertama korang‼️‼️‼️

Address

Setapak
Kuala Lumpur
53300

Telephone

+60172295167

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhamad Zulhelme posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muhamad Zulhelme:

Share

Category