Perumahan Negeri Selangor

Perumahan Negeri Selangor Kami Membantu Rakyat Selangor Memilki Rumah Dengan Harga Mampu Milik Di Seluruh Negeri Selangor

Permanently closed.
Bangun dengan senyuman dan berikan yang terbaik hari ini.πŸ₯°
02/07/2024

Bangun dengan senyuman dan berikan yang terbaik hari ini.πŸ₯°

7 Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu TahuProses beli rumah tidaklah terlalu rumit jika dilakukan dengan...
01/07/2024

7 Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu
Proses beli rumah tidaklah terlalu rumit jika dilakukan dengan cara yang betul. Sekiranya anda dalam perancangan membeli rumah pertama, berikut tujuh cara beli rumah pertama yang anda perlu ambil kira sebelum membeli rumah baru untuk rujukan dan panduan anda.

1. Kemampuan Kewangan
Mungkin ramai dalam kalangan anda yang ingin beli rumah pertama tertanya-tanya berapakah gaji yang perlu untuk beli rumah atau adakah gaji RM1,500 boleh beli rumah? Secara amnya, anda boleh gunakan kalkulator di internet untuk menjawab soalan ini. Anda hanya perlu masukkan gaji serta komitmen bulanan dan tempoh pinjaman untuk mengetahui jumlah pinjaman yang sesuai dengan kemampuan anda.

Untuk membeli rumah, pakar kewangan berpendapat pinjaman perumahan atau ansuran bulanan anda tidak boleh melebihi satu pertiga (β…“) daripada gaji kasar. Jika gaji anda ialah RM3,000 sebulan, anda tidak sepatutnya membayar lebih daripada RM900 untuk pinjaman rumah pertama.

Beli rumah. Letak 2 nama suami dan isteri. Suami dan isteri hibahkan bahagian masing2 kepada pasangan. Jika pasangan sua...
23/04/2024

Beli rumah. Letak 2 nama suami dan isteri. Suami dan isteri hibahkan bahagian masing2 kepada pasangan. Jika pasangan suami isteri meninggal serentak maka hibah terbatal dan rumah akan jatuh faraid.

Sebab itu admin galakkan hibahkan rumah kepada anak. Jika suami/isteri mati rumah akan terus dapat pada anak. Jika anak mati dahulu hibah rumah akan patah balik kepada suami/isteri. Lagi satu kebaikan jika bercerai, rumah dah hibah pada anak. Takde nak gaduh drama lain p**a.

28/03/2024

Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?

7 SEBAB ANDA PATUT BELI RUMAH SEKARANG.1. Harga Rumah Makin Meningkat.Semua sedia maklum bahawa harga rumah semakin meni...
04/03/2024

7 SEBAB ANDA PATUT BELI RUMAH SEKARANG.

1. Harga Rumah Makin Meningkat.

Semua sedia maklum bahawa harga rumah semakin meningkat. Kalau pada tahun 1990, harga rumah dalam lingkungan RM100,000, pada masa kini, ianya boleh mencecah harga sehingga RM1,000,000. Ada dua sisi tentang fakta ini yang boleh anda lihat.

Pertama; anda belum membeli rumah tapi menangguh hingga ke tahun depan. Rumah yang anda rancang untuk beli tersebut sudah pasti meningkat harganya.

Kedua; anda sudahpun membeli rumah impian anda, beberapa tahun kemudian anda boleh menjualnya pada harga yang lebih tinggi kerana market harga rumah memang meningkat.

Situasi yang mana anda inginkan? Sudah tentu yang kedua. Ini kerana hartanah seperti rumah akan membawa p**angan yang agak tinggi.

10 Tips Beli Rumah Pertama Baru Di Malaysia Perlu Tahu.6) Fahami Dokumen Pinjaman Perumahan.Dokumen pinjaman perumahan (...
16/12/2023

10 Tips Beli Rumah Pertama Baru Di Malaysia Perlu Tahu.

6) Fahami Dokumen Pinjaman Perumahan.

Dokumen pinjaman perumahan (loan agreement) adalah persetujuan antara anda dengan pihak bank.

Tiga perkara paling penting dalam loan agreement adalah jumlah pinjaman, kadar faedah, dan tempoh pinjaman. Anda boleh semak kiraan ni guna Home Loan Calculator.

Selain tu, ini perkara yang terkandung dalam loan agreement:

- Lock-in period – Sesetengah bank mengenakan lock-in period/tempoh terkunci antara antara 3 hingga 5 tahun. Kalau anda langsaikan pinjaman dalam tempoh ini, anda akan dikenakan sejumlah denda.

- Standardized Base Rate (SBR) – SBR ditetapkan Bank Negara Malaysia berdasarkan perubahan OPR. Bukan bermaksud kadar faedah pinjaman dengan kawan lain sama, kerana ia bergantung kepada kadar pinjaman efektif dan jangka masa spread. Ditambah semua ini yang akan menentukan kadar faedah pinjaman anda. Sebelum ini bank di Malaysia menggunakan BR atau BLR.

- Kadar berubah atau tetap – Seperti namanya, pinjaman kadar faedah berubah adalah dipengaruhi SBR, manakala pinjaman kadar faedah tetap kekal sama. Anda boleh pilih berdasarkan strategi dan cashflow anda.

- Kadar siling (cap rate) – Ada pinjaman yang mengenakan jumlah maksimum yang akan dikenakan terhadap kadar faedah anda, supaya anda tak perlu bayar lebih.

- Jadual Bayaran Berperingkat (progressive billing) – Bagi rumah undercon, anda mungkin perlu membuat bayaran pada fasa-fasa berbeza sewaktu rumah dibina. Segala bayaran ini juga akan ditolak daripada bayaran penuh.

10 Tips Beli Rumah Pertama Baru Di Malaysia Perlu Tahu.2) Pilih Rumah Yang Anda MahuBila anda tahu jumlah pinjaman mana ...
12/12/2023

10 Tips Beli Rumah Pertama Baru Di Malaysia Perlu Tahu.

2) Pilih Rumah Yang Anda Mahu

Bila anda tahu jumlah pinjaman mana yang anda mampu, anda dah boleh mula survey rumah. Ini antara faktor penting dalam memilih rumah :

- Dekat tak dengan tempat kerja? Banyak traffic jam? Senang ke nak balik kampung?
- Berapa kaki persegi (kps)? Ada bilik spare tak, kalau mak abah nak singgah?
- Dekat tak dengan sekolah yang baik? Ada mamak, ada 99 SpeedMart, ada klinik?
- Ada parking? Ada gym dan swimming pool ke (yang anda mungkin tak akan guna tapi bunyinya gah bila bagitau member)?
- Adakah ia kawasan berpagar? Ada pak guard? Pernah berlaku banjir?

Anda juga mungkin nak pilih antara jenis-jenis rumah yang berbeza seperti kondominium, apartmen, rumah teres, semi-D, banglo, dan juga SOHO.

Bila anda dah tahu apa yang anda mahu, sangatlah penting untuk anda cari ejen hartanah yang mempunyai rekod baik seperti kami.

Kenapa perlu ejen hartanah? Kerana ejen hartanah yang bagus akan nasihatkan anda tentang banyak perkara seperti pasaran semasa, latar belakang dan rekod pemaju.

10 Tips Beli Rumah Pertama Baru Di Malaysia Perlu Tahu.1) Tentukan Kemampuan Kewangan.β€œKalau gaji RM3,000 boleh beli rum...
11/12/2023

10 Tips Beli Rumah Pertama Baru Di Malaysia Perlu Tahu.

1) Tentukan Kemampuan Kewangan.

β€œKalau gaji RM3,000 boleh beli rumah macam mana ni?” Selalunya inilah soalan pertama yang orang akan tanya.

Anda boleh gunakan pelbagai kalkulator di Internet untuk menjawab soalan ini, contohnya:

- Affordability Calculator: Masukkan gaji serta komitmen bulanan anda, dan anda akan dapat jumlah pinjaman yang berpadanan dengan kemampuan anda.

- Home Loan Calculator: Kalau anda dah tahu jumlah pinjaman dan berapa puluh tahun kena bayar, kalkulator ni akan kira berapa banyak anda kena bayar setiap bulan.

Senang cerita, pinjaman rumah anda tak patut melebihi satu pertiga (1/3) gaji kasar.

Jadi kalau gaji anda RM3,000 sebulan, anda tak sepatutnya membayar lebih daripada RM900 sebulan untuk pinjaman perumahan.

Ada banyak kos lain dalam membeli rumah yang anda perlu ambil kira termasuklah bayaran wang pendahuluan/downpayment, kos guaman, duti setem, Memorandum Of Transfer (MOT), dan banyak lagi.

Di sini, kami sediakan beberapa tip untuk berjimat dalam membeli hartanah:

- Anda boleh keluarkan duit KWSP (Akaun 2) untuk membantu membayar pinjaman.
- Kalau anda berstatus bumiputera, perhatikan manfaat seperti lot bumiputera, kuota bumiputera, dan diskaun bumiputera.
- Ada sesetengah pemaju yang menawarkan pelbagai pakej, rebat pembeli awal, rebat bumiputera, Internet percuma, perabot dan peralatan elektrik percuma, serta banyak lagi. Jadi jangan segan nak tanya ejen!

Kena munasabah diri akan apa yang mampu anda miliki berdasarkan rezeki bulanan yang anda dapat.

Gaji ni bukan untuk rumah je, tapi nak bayar bila kereta rosak, nak beli lampin dan susu anak, pendek kata semua komitmen kewangan anda.

Assalamualaikum, Selamat Pagi β›…
27/11/2023

Assalamualaikum, Selamat Pagi β›…

5 Amalan Pada Hari Jumaat Yang Rugi Jika Ditinggalkan.1 – Membersihkan Diri2 – Membaca Surah Al Kahfi3 – Berselawat Kepa...
24/11/2023

5 Amalan Pada Hari Jumaat Yang Rugi Jika Ditinggalkan.

1 – Membersihkan Diri
2 – Membaca Surah Al Kahfi
3 – Berselawat Kepada Nabi Muhammad saw
4 – Solat Jumaat
5 - Bersedekah

Address

Gombak
Kuala Lumpur
51000

Telephone

+60199188655

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perumahan Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perumahan Negeri Selangor:

Shortcuts

Share

Category