JMQ Property

JMQ Property A medium to facilitate buying and selling property in KL and Selangor. We offer free advice and serv

Condo Baru Kajang 2- Reko SentralDiskaun RM32k Pre-launch bagi yang terawal awal.Booking RM1000 shj.3 bilik 3 bilik air.
20/09/2019

Condo Baru Kajang 2- Reko Sentral
Diskaun RM32k Pre-launch bagi yang terawal awal.
Booking RM1000 shj.
3 bilik 3 bilik air.

Pertama kali nak beli rumah, tapi ilmu belum ada. 10 TIPS BELI RUMAH PERTAMA. #1 RUMAH PERTAMA RUMAH PELABURANKalau ruma...
02/09/2019

Pertama kali nak beli rumah, tapi ilmu belum ada. 10 TIPS BELI RUMAH PERTAMA.

#1 RUMAH PERTAMA RUMAH PELABURAN

Kalau rumah pertama tu anda beli untuk duduk sendiri, agak sukar nak tambah rumah lagi. Lagi-lagi kalau rumah tu makan sebahagian besar gaji. Rumah pertama untuk pelaburan, hasil sewaan dikira sebagai pendapatan tambahan.

#2 RUMAH PERTAMA BUKAN RUMAH IDAMAN

Semua orang teringin nak rumah besar, senibina moden, ruang tamu yang luas dan perabot yang mahal. Tapi cuba fikir rasional. Mampu beli sekarang dengan gaji RM2,500? Kalau belum mampu, beli rumah kecil pun tak mengapa. Takkan nak tunggu harga rumah naik lagi.

#3 RUMAH PERTAMA KECIL TIDAK MENGAPA

Rumah besar, modal deposit dan kos-kos lain pun besar juga. Sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah. Secara asasnya, rumah kecil RM100,000 perlukan modal RM15,000 sahaja. Rumah RM300,000 p**a perlukan modal RM45,000. Keluarga kita pun kan kecil lagi. Mengapa bayar lebih untuk bilik yang tidak berpenghuni.

#4 RUMAH PERTAMA BAWAH HARGA PASARAN

Pasaran pada masa ini memihak kepada pembeli. Tuan rumah ada yang terdesak menjual rumahnya. Pembeli kena bijak nego selagi boleh untuk dapatkan harga terbaik. Elak beli rumah atas harga pasaran. Nanti anda yang merana nak keluar modal.

#5 RUMAH PERTAMA BUKAN MAKSIMUM KELAYAKAN

Kalau layak rumah harga RM300,000, carilah rumah berharga RM250,000. Supaya mudah dapat kelulusan bank. Bagi ruang sedikit kepada DSR (Debt Service Ratio). Lain bank, lain cara kiraan kelayakan pembiayaan. Takut bank A sahaja kata layak RM300,000. Bank B, C, D, E cakap RM260,000 sahaja.

#6 RUMAH PERTAMA BELI DENGAN EJEN

Ejen Hartanah akan bantu mendapatkan rumah yang sesuai dengan bajet anda. Lebih-lebih lagi jika anda memang zero bab hartanah. Jangan percaya mitos β€œbeli dengan ejen, harga rumah jadi mahal”. Ejen hari-hari berurusan jual beli rumah. Kita p**a nak beli rumah setahun sekali pun belum tentu. Gunakan kepakaran mereka.

#7 RUMAH PERTAMA SEBELUM BERKAHWIN

Beli rumah di pasaran subsale sekurang-kurangnya 15% di bawah harga pasaran. Lepas tu kahwinlah. Bakal pak mertua pun seronok bila tahu bakal menantunya dah ada rumah. Terus green light. Rumah dapat, orang rumah pun dapat. Bijak!

#8 RUMAH PERTAMA SEBELUM KERETA

Beli 2 buah apartmen dengan masing-masing ansuran RM700 dan keduanya disewakan pada kadar RM900. Dapat aliran tunai positif RM400 daripada dua rumah, boleh pakai Proton Saga Plus percuma. Nak pakai Honda City percuma macam mana p**a? Ini ideanya sahaja. Jangan lurus bendul. Ambil kalkulator, kiralah sendiri.

#9 RUMAH PERTAMA DENGAN MODAL MINIMA

Beli rumah murah-murah sudahlah, nego dengan tuan rumah bagi deposit rendah atau beli rumah daripada pemaju dengan entry cost mudah dan guna pakej 100% pembiayaan bagi yang layak.
Saya kata modal minima, bukannya modal langsung tak perlu ada. Dengan RM1,000 je dah boleh dapat rumah. PM saya ya

#10 RUMAH PERTAMA BUKAN BELI IKUT NAFSU

Pembeli rumah pertama biasa teruja dengan pelbagai iklan dan tawaran. Itu macam bagus. Ini pun macam bagus. Jangan ikut nafsu, tapi ikut ilmu. Ilmu bukan datang bergolek tapi perlu dicari. Sebelum melabur pada hartanah, lebih baik melabur dahulu pada ilmu. Takut-takut nanti duit untuk melabur entah je mana. Duit β€˜melebur’ lagi adalah. Haha.

Begitulah 10 Tips yang dapat dikongsikan hasil coretan En Harith Faisal.

Kita mungkin tak boleh berkongsi harta dengan kawan kita. Tapi kita mesti boleh berkongsi ilmu dengan mereka. Kerana ilmu yang dikongsikan tidak akan berkurangan. Malah dapat p**a pahala yang berpanjangan.

Lepas korang hadamkan perkongsian ni, harap korang makin jelas macam mana nak mulakan langkah membeli hartanah.

Untuk newbie, jangan risau. Sekarang ni banyak dah orang yang berpengalaman kongsikan ilmu mereka. Tinggal korang nak baca dan apply je.

Rasa ilmu ni bermanfaat? Silakan SHARE kepada orang tersayang korang supaya mereka pun dapat manfaat macam korang.

NAK BELI RUMAH DENGAN RM1000 SHJ??.. KLIK WASAP..
https://01153531800.wasap.my
https://01153531800.wasap.my
https://01153531800.wasap.my


Soalan ni menarik, Mana lebih bagus, beli tanah dan buat rumah sendiri atau beli rumah di Taman Perumahan ?Jawapan saya ...
02/09/2019

Soalan ni menarik,
Mana lebih bagus, beli tanah dan buat rumah sendiri atau beli rumah di Taman Perumahan ?
Jawapan saya di bawah πŸ‘‡







Kedua-duanya BAGUS.
Yang tak bagusnya ialah kalau dari dulu lagi dua2nya tidak, masih tak beli rumah atau buat rumah sendiri.
Lepas tu menyesal,
ehhh rumah kat situ dulu harga RM 250,000 jer sekarang ni value nya dah lebih RM 800,000 ..mahal giler.

Kan dah nyesal.

Beli rumah ni boleh diwarisi PERCUMA oleh pasangan/anak2 dengan ambik MLTT.
Duk menyewa nak wariskan percuma mcm mana??
mana ada MLTT utk sewa rumah.

NAK BELI RUMAH DENGAN RM1000 SHJ.. KLIK WASAP..
https://01153531800.wasap.my
https://01153531800.wasap.my
https://01153531800.wasap.my


Address

149-4 Jalan Lancang Taman Sri Bahtera
Kuala Lumpur
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JMQ Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category