24/06/2021
"Rumah nie jauh kedalam, hulu p**a tu. Boleh ka saya beli?"
"Rumah di Selangor semua mahal, sebab tu saya nak beli di Perak".
"Saya ingat nak buat sewa atau homestay saja nanti".
"Bila dah pencen nanti baru saya balik duduk".
"Ada sifoo hartanah galakkan beli disini"
Saya selalu ditanya soalan ini. Tentang satu projek perumahan.
Kediaman ini dibina lebih dari 1000 unit dan sangat banyak.
Pernah dengar kisah "Bukit Beruntung yang tak untung?".
Bagaimana satu ketika banyaknya hartanah dibuat dan akhirnya kediaman ini terlelong.
Idea juga sama seperti ini dulu kala.
Beli nak buat sewa, homestay, investment dan segalanya.
Saya pernah lihat kediaman di Bukit Beruntong di lelong pada harta RM3,000 hingga RM5,000 sahaja waktu gila beli lelong dulu.
"Murah giler, pintu sahaja tak ada"
Kawan kawan,
Pelaburan hidup dan hutang terbesar dalam hidup kita biasanya hutang rumah.
Hutang ini ikat kita sampai 30-35 tahun lamanya.
Ingat pesan ini ;
1. Jangan beli sebab ianya murah. "Murahnya rumah ini, bawah RM180,000 sahaja". Hutang kita dengan bank akan tetap jadi RM300,00-400,000 akhinya.
2. Beli untuk pencen nanti, percayalah rumah tetap akan rosak jika beli dan tak guna. Bahan binaan ada jangka hayatnya.
3. Nak buat sewa. Kita dah buat kajian pemasaran?. Rumah dalam hutan sapa akan sewa nantinya.
4. Boleh buat homestay. Apa tarikan pelancongan yang ada atau sekadar tunggu kenduri kahwin hujung tahun sahaja.
5. Rumah mesti naik harga. Teori lapuk ini tidak laku lagi. Jika tidak masakan ada rumah lelong harga RM10,000 sahaja.
6. Tak beli sekarang, bila lagi akan beli. Jangan terburu buat hutang. Dalam keadaan pandemik ekonomi begini, biar lambat asal tak menyesal. Banyak rumah pemaju terpaksa buang harga.
7. Jangan risau, beli rumah tak rugi. Ramai orang rugi sebenarnya. Tapi malulah nak cerita, biar rugi sama sama impian mereka. Buat apa mengaku, buat malu saja.
8. Ramai saja orang Key El beli situ. Sebab marketing strategy dan ayat manis juru jual untuk ciptakan impian pembeli. Komisyen mereka luar biasa jika berjaya jual rumah tak laku ini.
Sasaran mereka penjawat awam sekarang ini, mereka tahu ramai penjawat awam taknterkesan dengan pandemik ini.
Jika nak duduk saja, beli dan duduklah. Tiada masalah, kita yang faham keperluan kita.
Jika tujuan pelaburan, pertimbangkan semula. Ada banyak penilaian yang perlu ada.
Azizul Azli Ahmad
Beli Hartanah Yang Baik
Beli Benih Durian bila dah besar tak ada buah.