21/11/2022
😱 7 Hal Keramat Yang Kita Wajib Ambil Tahu Bila Ingin Membeli Property Underconstruction.. 😱
1. Booking Fee.
- Ianya adalah langkah pertama apabila kita berminat dengan sesuatu property itu & ingin menunjukkan minat untuk unit yang ingin di miliki. Biasanya dengan booking fee ini dapat kita ‘secure’ atau ‘lock’ unit rumah yang diminati. Selalunya refundable.
- Biasanya Rm1,000 macam tu.
2. Loan Submission.
- Langkah kedua ini amatlah penting bagi kita yang tertanya2 apakah langkah yang paling penting bagi memastikan rumah yang kita minati dapat kita miliki dengan bantuan pinjaman dari pihak bank. Jenis2 dokumen p**a berbeza2 mengikut sektor & profession.
- Biasanya bagi yang bekerja & mempunyai majikan, 3 Bulan Slip Gaji, 3 Bulan Penyata Bank & Penyata KWSP Terbaru.
3. Loan Amount & Deposit.
- Loan Amount amatlah penting bagi mengetahui berapakah jumlah Baki Deposit yang diperlukan. Sebagai contoh, jika Loan Amount 90% maka Baki Deposit yang diperlukan adalah 10%.
- Tetapi biasanya sesetengah pemaju memberikan kemudahan kepada pembeli rumah dengan memberikan ‘rebate’ bagi memudahkan kita memiliki rumah sama ada tanpa deposit ataupun kurang jumlah deposit.
- Oh ya, untuk rumah ketiga margin loan cuma 70%, pandai2 lah Bang Jamal ko cekau duit bawah selimut. 😬
4. SPA & LA (Sales Purchase Agreement & Loan Agreement).
- Disini hari yang indah akan kekal indah apabila pemaju sanggup mengasihani kita dengan mengecualikan bayaran kedua2 adik beradik tiri ini.😂
- Namun jika terpaksa bayar ketahuilah ianya beranggaran 5% dari harga SPA (jual beli).
5. Progressive Interest.
- Ini adalah salah satu hal yang penting untuk kita tahu. Ramai orang berpendapat rumah underconstruction tidak perlu membayar Installment yang telah di jangkakan pihak bank apabila rumah didalam pembinaan.
- Tetapi ada bayaran bulanan yang wujud yang perlu kita tahu & persiapkan diri iaitu ‘Progressive Interest’.
- Ianya dibayar oleh pembeli rumah kepada pihak bank yang telah melangsaikan bayaran ‘progress’ kepada pemaju.
- Sebagai contoh: Jika progress rumah yang dibeli telah siap ‘Piling Stage’, maka bank kita akan ‘disburse’ sebahagian wang yang kita pinjam kepada pemaju mengikut ‘Progress Stage’ & Percentage Amount mengikut jadual. Jika ‘Piling Stage’, maka 10% lah bank akan bayar kepada pemaju, mengikut percentage yang perlu dibayar.
- Maknanya loan yang kita pinjam dari pihak bank tidak akan dibayar secara lumpsum kepada pemaju bagi rumah underconstruction.
- Kiraan Progressive Interest cth : SPA Price 450,000 X 10% = 45,000 / 12 = 3,750 X 3.8% (interest semasa) = 142.5.
- Maka Rm142.5 la jumlah ‘Progressive Interest’ setiap bulan, perlu di ingat! Ianya meningkat mengikut berapa percent yang sudah bank kita bayar kepada pemaju. 🤌🏽
6. MOT Agreement.
- Memorandum Of Transfer adalah salah satu perjanjian pindah nama yang biasanya perlu di uruskan & di selesaikan apabila rumah sudah siap & VP / Serah Kunci.
- Disini, di sebabkan ianya adalah sebuah perjanjian, dah tentu ianya melibatkan Lawyer, Disbursement & Stamp Duty.
- Kos2 ini yang membuatkan ramai pembeli rumah ngeriii seakan melihat suatu penamat bagi langit yang cerah. 😂
- Dulu semasa tahun 2020 ramai yang bernasib baik terkecuali membayar MOT Stamp Duty kerana kerajaan memberikan tawaran pengecualian MOT Stamp Duty kepada semua tidak kira rumah keberapa iaitu HOC (Home Ownership Campaign).
- Namun pilihan yang ada sekarang tidak banyak, sama ada kita mengeluarkan duit KWSP Acc2 bagi bersiap siaga, ataupun menggunakan simpanan yang ada.
- Kiraan? Boleh tanya Google penat Bang Zan ko, ko tak mo kira? 😂
Banyak betul Bang Zan share kan? Korang bukan nak hargai pun! 😂 Last Sekali! Finally!
7. VP / Serah Kunci
- Selamatlah kalian memiliki rumah sendiri selepas 3 tahun menunggu RumahKu SyurgaKu dalam pembinaan.
- Namun jangan lupa selain adanya Installment rumah korang kena bayar, ada juga kos seperti Maintenance Fee, Cukai Tanah, Cukai pintu & etc.
- Kos memiliki rumah memang Bang Zan ko kalau boleh nak murah2 je tapi macam ni la. Belum kos renovate kan? 😭
Jadi sekianlah sampai sini dulu..
Bang Zan tahu tak ramai yang berjaya baca sampai sini, yang berjaya memang korang tak mo lepas Bang Zan kan? 🤣
Jika nak tahu pasal condo Setapak yang Bang Zan jual boleh wasap & join Telegram Channel Bang Zan..
In Shaa Allah..
[ Gambar Bang Zan Ambil Di M Vertica Cheras ]
Cari Rumah Di KL ya?
Cari Bang Zan 😇
012-2944982
Telegram : https://t.me/TheParadiseProperties