Aceakl Valuers & Property Consultants Sdn Bhd

Aceakl Valuers & Property Consultants Sdn Bhd ACEaKL Valuers & Property Consultants Sdn Bhd is a Valuation and Property Consultants firm registered with the Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents.

19/10/2020

Kerani diperlukan

Lokasi : Shah Alam

Waktu bekerja : Isnin - Jumaat, Sabtu - 1/2 hari.

Mula bekerja : Minggu terakhir Oktober 2020

Mempunyai pengetahuan di dalam akaun adalah satu kelebihan.

Sila emailkan resume ke [email protected]

cc : [email protected]

26/12/2019

BAGAIMANA TANAH ANDA BOLEH HILANG HAKMILIK TANPA ANDA SEDARI?

Berdasarkan pengalaman saya, di sini saya kongsi kan kemungkinan-kemungkinan boleh berlakunya keadaan sesuatu tanah itu boleh hilang hakmilik tanpa kita sedari.

1. Wujudnya unsur-unsur penipuan, desakan atau salah nyata daripada mana-mana pihak terhadap tuan tanah sehingga menyebabkan tuan tanah menandatangani dokumen pindah milik dan menyerahkan geran tanah asal dan lain-lain dokumen kepada pihak tersebut dan seterusnya pindah milik didaftarkan kepada nama pihak-pihak tertentu.

2. Wujudnya pemalsuan tandatangan tuan tanah pada dokumen pindah milik ataupun pemalsuan geran tanah atau lain-lain dokumen pindah milik yang menyebabkan pindah milik dapat didaftarkan kepada pihak-pihak tertentu.

3. Tuan tanah memberikan surat kuasa wakil penuh (Full PA) kepada pihak-pihak tertentu sama ada secara mereka faham/sedar atau tidak faham/sedar sehingga memberi kuasa kepada pemegang wakil kuasa untuk memindah milikkan tanah tersebut kepada mana-mana pihak.

4. Tuan tanah menggadaikan tanahnya kepada mana-mana pihak seperti bank atau individu dan telah menandatangani dokumen gadaian sebagai cagaran kepada hutang yang diberikan, dan akibat kegagalan tuan tanah menjelaskan hutang tersebut, tanahnya dilelong dan seterusnya dipindahmilikkan kepada pihak lain yang berjaya dalam lelongan.

5. Tuan tanah gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah atau tuan tanah melanggar apa-apa syarat nyata pada tanah tersebut sehingga menyebabkan tanahnya "dirampas" oleh kerajaan (melalui pejabat tanah) dan kemudiannya diserahkan oleh kerajaan kepada pihak lain.

6. Pecah amanah oleh pihak-pihak tertentu seperti pemegang amanah, termasuklah peguam sebagai stakeholder (pemegang pertaruhan), yang telah mendaftarkan pindah milik tersebut kepada pihak-pihak tertentu walaupun sepatutnya pindah milik tersebut tidak sepatutnya dibuat/ belum boleh didaftarkan lagi di pejabat tanah.

7. Kesilapan teknikal di pihak pejabat tanah dalam merekodkan sebarang urusniaga tanah sehingga menyebabkan tanah tersebut didaftarkan kepada nama pihak lain.

8. Tanah anda di ambil oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah dan tanpa anda sedari atau mungkin disebabkan anda tidak menerima sebarang notis tentang pengambilan tersebut, tanah anda telah diserahkan kepada pihak lain atau digunakan oleh pihak lain.

Ini antara kemungkinan-kemungkinan berlakunya keadaan di mana tanah seseorang boleh hilang hakmilik tanpa disedari oleh tuan tanah.

Justeru nasihat saya, selalulah buat carian rasmi terhadap status tanah anda dari masa ke semasa.

Sebab walaupun mungkin anda masih pegang geran asal tanah anda, tidak mustahil tanah anda mungkin boleh terlepas ke tangan pihak lain tanpa anda sedari.

Jadi, berwaspada lah selalu.

Sekian, terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Pengerusi
Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)

07/12/2019

BAGAIMANA NAK BUAT JIKA TUAN TANAH HADAPAN TAK BENARKAN LALU ATAS TANAH MILIKNYA UNTUK KE TANAH KITA?

Biasa terjadi, seorang memiliki sebidang tanah yang mana kedudukannya 2 atau 3 lapis dari jalan.

Ini menyebabkan tuan tanah tersebut terpaksa membuat satu laluan yang mungkin melalui tanah milik orang lain untuk pergi ke tanahnya dan laluan itu digunakan oleh orang awam untuk keluar masuk dari jalan utama ke tanah masing masing.

Yang menjadi masalah nya kadang kala ada pemilik tanah lapisan hadapan tak membenarkan penduduk-penduduk lain melalui laluan tersebut atas alasan ia melalui tanah miliknya.

Bahkan ada pemilik tanah lapisan hadapan yang sanggup membuat halangan di atas laluan tersebut sehingga menyebabkan kesukaran kepada orang lain untuk lalu ke tanah masing- masing.

Jika berlaku situasi di atas, apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh penduduk penduduk yang lain?

1. Sebaiknya elok penduduk-penduduk tersebut membuat semakan di pejabat tanah sama ada kawasan yang tuan tanah hadapan buat halangan itu adakah termasuk dalam kawasan tanah beliau atau tidak. Jika bukan dalam kawasan tanah beliau, penduduk boleh buat laporan polis dan laporan kepada pihak berkuasa tempatan atas alasan halangan tersebut menyebabkan kacau ganggu terhadap ketenteraman awam. Walau bagaimanapun, jika benar jalan tersebut dalam kawasan tanah beliau, boleh follow item no 4 dan 5 di bawah.

2. Semak juga dengan juru ukur berlesen untuk sahkan ukuran dan keluasan sebenar tanah beliau. Jika kawasan yang beliau buat halangan itu bukanlah termasuk dalam tanah beliau, tindakan dalam item 1 di atas boleh diambil.

3. Semak juga dengan pejabat tanah sama ada jalan itu telah digazetkan sebagai jalan kerajaan atau tidak. Jika sudah digazetkan sebagai jalan kerajaan, tuan tanah tersebut tidak berhak buat halangan di atas jalan tersebut. Jika buat halangan juga, penduduk boleh ambil tindakan seperti dalam item 1 di atas.

4. Jika jalan tersebut tidak digazetkan sebagai jalan kerajaan dan disahkan termasuk dalam tanah tuan tanah tersebut, penduduk boleh berbincang dengan tuan tanah itu untuk dapatkan hak ismen (hak lalu lalang) terhadap laluan tersebut di bawah peruntukan Seksyen 282 Kanun Tanah Negara. Biasanya hak ismen ini memerlukan pemilik tanah bersebelahan membayar sedikit bayaran sama ada secara bulanan atau tahunan kepada tuan tanah tersebut atas persetujuan bersama kesemua pihak. Dan setelah dipersetujui bersama, ismen tersebut hendaklah didaftarkan di pejabat tanah.

5. Jika tuan tanah tersebut tidak bersetuju untuk memberikan hak ismen kepada penduduk lain, penduduk boleh failkan permohonan di pejabat tanah untuk dapatkan hak lalu lalang pentadbir tanah (LAROW) di bawah peruntukan Seksyen 387 Kanun Tanah Negara. Pejabat tanah akan panggil tuan tanah tersebut dan wakil penduduk untuk perbincangan/ inkuiri. Pentadbir tanah berhak keluarkan perintah hak lalu lalang pentadbir tanah (LAROW) melalui tanah tersebut demi kepentingan penduduk awam.

6. Jika perintah LAROW dikeluarkan oleh pejabat tanah, penduduk tanah bersebelahan atau pihak kerajaan tidak perlu bayar sebarang pampasan kepada tuan tanah tersebut. Ini kerana tanah tersebut masih kekal milik beliau. Ianya hanyalah arahan pejabat tanah kepada tuan tanah untuk membenarkan jalan tersebut digunakan sebagai laluan awam. Melainkan kerajaan bersetuju untuk ambil tanah tersebut di bawah Akta Pengambilan Tanah, maka kerajaan perlu bayar pampasan kepada tuan tanah tersebut.

7. Sekiranya tuan tanah tersebut tidak berpuas hati dengan perintah LAROW yang dikeluarkan oleh pejabat tanah, beliau boleh cabar di mahkamah tinggi. Dan mahkamah akan putuskan kedudukan sebenar.

Di harap panduan dan nasihat ini dapat serba sedikit memberi pencerahan tentang tindakan yang patut diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sekian, Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Pengerusi
Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)

01/04/2019

Homes with more demand than supply are still experiencing significant capital growth. Findings are based on latest transactions in the 2018 sub-sale market.

28/03/2019

LANGKAWI: Regional offshore helicopter transportation services provider Weststar Aviation Services has signed a contract with Italian aerospace, defence and security company Leonardo to purchase five helicopters worth €50mil (RM229.68mil).

22/03/2019
21/12/2018
16/10/2018
11/10/2018

Tahukah anda.....

ACEaKL merupakan rangkaian konsultant yg terdiri daripada:-

ACEaKL Estate Agency Sdn Bhd;
ACEaKL Valuers and Property Consultants Sdn Bhd; dan
ACEaKL Property Management Sdn Bhd

ha..... baru tau kan..... ha.......cer like sikit..... 😁😁😁😁

Address

12-1 Jalan DAMAI RAYA 3, DAMAI NIAGA, ALAM DAMAI
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

03-91081071

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aceakl Valuers & Property Consultants Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aceakl Valuers & Property Consultants Sdn Bhd:

Share