02/08/2021
𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗲 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗶𝗻𝗷𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵𝗮𝗻 𝟭𝟬𝟬%?
Ya, boleh. Mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.
TAPI...
Ianya bergantung (Case to Case Basis).
Bila kita maksudkan dengan 100% pinjaman dari bank, bukan bermakna pembeli boleh beli rumah tanpa deposit ya.
Nak beli rumah masih perlu deposit.
Paling baik 10%. Kurang-kurang, ada 5%. Paling minima pun, 3%.
Pinjaman 100% bermakna pihak bank akan sediakan amaun yang cukup untuk anda bayar bagi membeli rumah. Amaun tu akan dikeluarkan oleh pihak bank pada fasa akhir proses jual beli. Sila fahamkan yang ini adalah urusan antara pembeli dan pihak bank.
Untuk rumah undercons:
Biasanya buyer kena bayar Booking Fee RM500 - RM2,000 bergantung kepada project dan developer.
Untuk rumah subsales:
1. Kalau direct dengan owner, bergantung atas budi bicara owner. Kalau owner setuju untuk zero deposit, then ok lah. Kalau tak, kena nego dengan owner untuk letakkan berapa bayaran deposit.
2. Kalau deal dengan agent, kena sediakan Booking Fee 3.18% bayar kepada Agency. Balance deposit yang selebihnya, iaitu 6.82% boleh bincang dengan owner sama ada dia ok atau tak, untuk released sekali dengan 100% Financing tadi / owner boleh tunggu EPF / owner nak juga cash. Kalau owner nak juga Cash, then masa sign SPA, buyer perlu buat bayaran pada Lawyer. Nanti lawyer akan uruskan.
Walaupun kita ingin buat pinjaman perumahan 100%, tidak bermakna pihak owner setuju nak dapat duit tu di fasa akhir (mungkin minima kena tunggu 6 bulan lepas SPA). Jadi deposit masih diperlukan sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk yuran REN, RPGT dan kos-kos lain.
Yang penting, pembeli akan dapat semula wang deposit tadi bila fasa bank disburse 100% loan tersebut.