10/02/2021
PENGECUALIAN STAMP DUTY UTK PEMBELI RUMAH KALI PERTAMA
1. Pihak kerajaan melalui Menteri Kewangan telah mengecualikan pembayaran DUTI SETEM ke atas suratcara pindahmilik.
2. PENGECUALIAN ini hanya untuk pembelian RUMAH KEDIAMAN SAHAJA oleh INDIVIDU (bukan syarikat).
3. Nilai unit harta kediaman ini tidak melebihi RM 500,000.00 berdasarkan nilai pasaran.
4. PENGECUALIAN JUGA DIBERI untuk duti setem perjanjian pinjaman membiayai pembelian harta KEDIAMAN yang bernilai tidak lebih dari RM 500,000.00, yang disempurnakan antara individu yang dinamakan dalam Perjanjian Jualbeli dan bank yang dinamakan dalam PERINTAH DUTI SETEM PENGECUALIAN (No.2) 2021 P.U. (A) 54
5. PERJANJIAN JUAL BELI HENDAKLAH disempurnakan pada ATAU selepas 1hb Januari 2021 HINGGA 31hb Disember, 2025 ( WOW..!!! 5 TAHUN)
6. Pembeli TIDAK PERNAH MEMILIKI APA APA HARTA KEDIAMAN (ini penting diberi penekanan kerana orang selalu bertanya), termasuk yang diwarisi atau diberi, samada dipegang secara individu atau bersama ( 1, 2 atau beberapa nama).
7. Permohonan pengecualian hendaklah disertai dengan surat akuan berkanun yang mengesahkan bahawa dia tidak pernah memiliki apa-apa harta kediaman.
Maksud HARTA KEDIAMAN
--------------------
Rumah, unit kondominium, pangsapuri, rumah pangsa yang dibeli atau diperolehi semata-mata untuk digunakan sebagai rumah kediaman
Maksud INDIVIDU
----------
Warganegara Malaysia