AP Home Inspection

AP Home Inspection We provide professional, detailed and most reliable Defect Inspection Service for residential and co

Ada undang-undang baru; kini anda mempunyai tempoh sehingga 15 tahun untuk saman pemaju jika rumah anda cacat/rosak. Bay...
22/12/2021

Ada undang-undang baru; kini anda mempunyai tempoh sehingga 15 tahun untuk saman pemaju jika rumah anda cacat/rosak. Bayangkan lepas duduk rumah baru, semuanya nampak okey, tanpa anda ketahui sebenarnya ada keretakan atau kerosakan yang anda tak nampak pada bahagian rumah anda.

Tempoh defect liability period (biasanya 2 tahun sahaja) yang mewajibkan pemaju untuk membaiki rumah anda jika terdapat kerosakan sudah pun tamat tetapi anda masih tidak tahu tentang kerosakan โ€˜tersembunyiโ€™ pada rumah anda.

Namun secara tiba-tiba selepas 6 tahun anda menduduki rumah anda, anda dapati terdapat keretakan yang serius pada bahagian rumah anda akibat kecuaian pemaju! Adakah anda masih boleh mengambil tindakan terhadap pemaju?

Secara umumnya, had masa untuk mengambil tindakan sivil dalam mahkamah adalah terhad kepada 6 tahun sahaja. Ini diperuntukkan dalam seksyen 6 Akta Had Masa 1953. Namun, pada tahun lalu, Parlimen bersetuju untuk meminda undang-undang ini dengan memasukkan seksyen 6A. Apakah seksyen 6A ini?

Seksyen 6A memanjangkan tempoh had masa anda untuk menyaman pemaju sehingga 15 tahun. Ini kerana banyak kes kecacatan rumah hanya dikenalpasti selepas tempoh yang lama. Jika menurut undang-undang had masa yang lama, ramai yang tidak dapat mengambil tindakan terhadap pemaju. Namun selepas seksyen 6A ini digubal, ia memberikan tempoh masa yang lebih lama untuk pembeli berbuat demikian.

Seksyen 6A ini hanya terpakai kepada kecuaian yang melibatkan harta benda sahaja dan tidak melibatkan kecacatan pada tubuh badan (personal injuries).

Mari lihat illustrasi dalam seksyen 6A(2);

ILLUSTRATIONS

(a) C bought a house from D in 2000. In 2010, C discovered a crack which damaged the walls badly. A building report made by a consultant revealed that the cracks had occurred in 2002, two years after C moved into the house. C has three years from 2010 to file an action in court against D for damages.

Perlu diingat sebaik sahaja anda menyedari kerosakan pada rumah anda, anda mempunyai 3 tahun sahaja untuk membawa pemaju ke muka pengadilan (bukan 15 tahun).

Tempoh 15 tahun adalah tempoh maksimum undang-undang melindungi anda dari kerosakan yang anda tidak sedari. Lihat illustrasi seterusnya dalam seksyen 6A(3);

C bought a house from D in 2000. In 2017, C discovered a crack which damaged the walls badly. A building report made by a consultant revealed that the cracks had occurred in 2001, one year after C moved into the house. C cannot commence an action because he has already exceeded the 15 years limitation period.

Undang-undang seperti seksyen 6A ini adalah sangat bagus kerana ia mendorong pemaju supaya mempastikan kualiti bahan binaan yang digunakan adalah berkualiti dan boleh bertahan untuk suatu tempoh yang lama.

Pemaju juga akan lebih berhati-hati kerana tidak mahu berdepan dengan tuntutan daripada pembeli di masa hadapan akibat kerosakan yang tidak sepatutnya berlaku.

Lain kali tak payah bertekak dengan Developer klu Developer berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak t...
16/12/2021

Lain kali tak payah bertekak dengan Developer klu Developer berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak tekak jer. Klu rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.

Klu mereka tak nak repair defect. Buat ikut step ni.
Step 1. Hantar formal letter ke developer dan cc ke peguam S&P kita. hantar guna pos berdaftar (supaya ada record)
Step 2. Tiada tindakan after 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan report ke Tribunal. Surat mesti cc ke peguam S&P.
Step 3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawak 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.

Nota:

1. Kenapa kene cc ke peguam S&P kita?
Sebab duit loan dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang control. Kebiasaan nya peguam & bank tak kan lepas kan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum.

Contractor mesti kene settlekan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum after DLP.

2. Bila peguam dan bank akan release 5% retention sum?
Bank akan release retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.

Tapi developer pun cuba tipu saya, mengatakan DLP just 3 bulan masa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industry ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain

3. Apa guna Bank tahan 5% retention sum tu?
Apabila jadi klu contractor berdegil tak nak repair defect tu masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti step2 di atas.

Developer pun boleh baiki dan deduct dari amount 5% retention sump.

4. Apa jadi keretakan selepas tempoh DLP.
Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antara nya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama, mungkin 50 tahun (maaf saya tak ingat)

So apa tindakan yang perlu kita lakukan. Hantar surat ke Developer, dah buat 2nd step masih takde respond dari Developer, pergi Tribunal buat report.

Kawan saya beli rumah subsale kat AntaraGhapi, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.

============
Pengalaman saya

Pengalama PERTAMA

Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.

Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju Cermin di balkoni tu external (luar rumah) so tu bukan under defect yang contractor perlu baiki. Pemilik kene baiki sendiri. Contractor hanya baiki dalam rumah sahaja.

Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya. Hurm, tak perr.

Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.

Tapi klu guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawak ke mahkamah tribunal.

Hari ketiga tu, wakil developer dan pihak contractor datang kerumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.

Kes SELESAI.
.........
Pengalama KEDUA

Leaking dalam bilik air saya betul2 di atas mirror, menyebabkan mirror jadi tompok-tompok hitam.

Mirror tu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.

Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, mirror saya rosak disebab kecacatan bangunan memang tanggung jawab contractor kene tukar baru.

Contractor tak nak layan, so saya buat sampai second step. Lepas tu contractor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan.

So Contractor kene dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.

Tak sempat pun saya report ke tribunal

Kes SELESAI

Kredit: Wa Aqilah Aqeel

14/11/2021

Sesi kedua untuk minggu ni, customer yang steady Puan Aina di Savio Riana Dutamas selesai melanggani servis kami defect inspection untuk kediaman baru beliau. Dengan memberikan ukiran senyuman yang manis dibibir, ternyata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan profesional kami untuk pemerikasaan tahap kualiti rumah beliau yang bertaraf residensi 5 bintang.

Anda bila lagi? Nak cari inspector yang certified,competent,profesional dan berpengalaman dalam mengendalikan pemeriksaan tahap kualiti kediaman baru anda? Team kami sangat berkepakaran luas dalam bidang ini dengan harga yang MURAH dan MAMPU. Jadi apa tunggu lagi,klik butang whatsapp untuk maklumat terperinci dan quotation harga yang sangat berbaloi akan kami tawarkan. Set your appoinment now and see u in next session.

Sesi pertama minggu ini kami berada di Impiana Sky Residensi @ Bukit Jalil untuk defect inspection di kediaman baru tuan...
14/11/2021

Sesi pertama minggu ini kami berada di Impiana Sky Residensi @ Bukit Jalil untuk defect inspection di kediaman baru tuan Ramizi. Terima kasih kerana mempercayai servis kami. Diharap pihak tuan rumah berpuas hati dengan hasil kerja yang telah kami berikan dengan penuh ketelitian serta penerangan yang terperinci segala tahap kualiti kediaman tuan.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, sila klik butang whatapp untuk mengetahui info dan maklumat dengan lebih lanjut serta tawaran harga yang terendah untuk defect inspection. To potential customers,see you in next issue.๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Alhamdulillah. Selesai tugasan yang diamanahkan untuk pemeriksaan defect kediaman tuan Azmir.  Terima kasih kerana mempe...
07/11/2021

Alhamdulillah. Selesai tugasan yang diamanahkan untuk pemeriksaan defect kediaman tuan Azmir. Terima kasih kerana mempercayai perhidmatan kami. Diharap tuan rumah berpuas hati dengan segala penerangan dan guideline yang telah diberikan.

Kepada yang berminat dengan perkidmatan kami, jangan malu jangan segan terus klik butang whatsapp untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang servis yang ditawarkan dan rundingan harga yang terbaik. InshaAllah,kami akan memberikan harga yang mampu dan berbaloi.

๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž Full report inspection akan dihantar terus dalam masa 24jam sahaja InshaAllah.

Job done : 23/03/2021 - 08/04/2021Alhamdulillah. Selesai tugasan yang diamanahkan oleh pemilik-pemilik  kediaman baru di...
10/04/2021

Job done : 23/03/2021 - 08/04/2021

Alhamdulillah. Selesai tugasan yang diamanahkan oleh pemilik-pemilik kediaman baru disini. Semoga mereka semua berpuas hati dengan servis yang telah diberikan. Terima kasih kepada mereka semua kerana mempercayai kami.

Untuk sebarang pertanyaan dan quotation harga servis kami,sila klick butang whatsapp/link :

www.wasap.my/60135190215/quotationhomeinspection

Job done : 24/12/2020Alhamdulillah. Usai sudah Defect Inspection untuk kediaman baru Tuan Fariz. Terima kasih kerana mem...
23/03/2021

Job done : 24/12/2020

Alhamdulillah. Usai sudah Defect Inspection untuk kediaman baru Tuan Fariz. Terima kasih kerana memilih dan mempercayai perkhidmatan kami.

Untuk lebih info, boleh berhubung dengan kami untuk mendapatkan sebut harga dan perhidmatan yang disediakan.

Whatsapp : Tc. Firdaus : www.wasap.my/60135190215

We provide professional, detailed and most reliable Defect Inspection Service for residential and commercial properties.
05/03/2021

We provide professional, detailed and most reliable Defect Inspection Service for residential and commercial properties.

Address

Kuala Lumpur
57100

Telephone

+60135190215

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AP Home Inspection posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AP Home Inspection:

Share

Category