07/10/2023
“Kau tak payah sembang la, mana ada bank nak lepaskan loan dekat pemandu teksi mcm aku ni”
3 bulan lepas, Encik Johari, 42 tahun, stay wangsamaju dan duduk menyewa hampir 20 tahun dekat KL.
“Aku bukan apa dulu pernah sekali aku apply loan tapi agent tu buat bodoh je. Sampai sekarang tak update aku apa-apa. Dah dekat 3 tahun aku tunggu jawapan tapi diam”
Dalam hati, loan reject sebab tu agent tu sidai awak kot bro. Tapi aku tak judgemental, aku anggap setiap peluang nak bantu customer tetap satu peluang yang kita kena ambil serius, yang kita kena pikul tanggungjawab yang kita kena handle profile setiap orang dengan profesional dan ALL OUT!
Lepas kaji punya kaji profile customer ni, aku sahut cabaran nak melaksanakan impian dia ni yang nak ada rumah pertama dia sendiri. Walaupun muka brader ni bengis, tapi jelas pandangan mata nya, mengharapkan sesuatu. Harapan untuk memiliki rumah pertama yang mampu dia duduk bersama isteri dan anak-anak
“Bang, ada satu skim ni dipanggil Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig macam abg ni. Kita boleh cuba apply tambahan p**a kerajaan baru-baru ni baru lepas endorsed skim ni bulan April”
Ting tong sana ting tong sini, Encik Johari setuju dan document terus dia submit hari tu.
Nak dipendekkan cerita, semalam, 6 October, Encik Johari dah pun sign agreement SMP dengan purchaser, dan rumah dia beli ni rumah under project Selangor dekat Salak Tinggi. InsyAllah Q3 tahun depan, project ni siap dan aku sempat beseleroh dengan Abang Johari
“Bang, nanti umah siap, jangan lupa jemput saya buat kenduri makan2 ye?”
“Boleh di, nanti kau makan satu periuk besar nasi akak kau masak. Periuk tu masak memang khas untuk kau sorang je. Badan kau pun dah macam lembu, abang tengok jadi sesuai la 1 periuk tu untuk kau”
Allahu 😂😂😂