HM Real Estate

HM Real Estate Buy. Sell. Rent Properties ( Landed House, Apartment, Commercial Shop, Factory, Land)
Jual. Beli. Bhd

Sewa Hartanah ( Kediaman bertanah, kondominium, kedai, tanah)

REN Oriental Real Estate Sdn.

2 DaysProgram Pemantapan Perunding Hartanah Oriental Real Estate (Putrajaya)
09/09/2022

2 Days

Program Pemantapan Perunding Hartanah Oriental Real Estate (Putrajaya)

RUMAH DOUBLE STOREY DI CYBERJAYA (PARTIALLY FURNISHED)==========================SUMMERGLADES PERDANA LAKEVIEW WESTHARGA ...
05/07/2022

RUMAH DOUBLE STOREY DI CYBERJAYA (PARTIALLY FURNISHED)
==========================
SUMMERGLADES PERDANA LAKEVIEW WEST
HARGA JUALAN : RM1.3 MILLION (NEGO)
==========================
Spesifikasi:
» 2 Storey Superlink Terrace House (End Lot)
» Non Bumi lot
» Size : 3000 sqft
» 5 room & 5 bathroom
» Facing Open Space
» Gated & Guarded
» Partially Furnished

=========================
Easy access to :
» Lebuhraya MEX, ELITE & LDP
===========================
HARGA JUALAN : RM 1.3 MILLION (NEGO)
===========================
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :
wa.me/60167702510/Summerglades

Hanas Marhani
Real Estate Negotiator
Oriental Real Estate Sdn Bhd

Alhamdulillah..Sesi coaching bersama sahabat2 REN.. Byak ilmu dikongsikan semalam .. Ilmu yg sangat bermanfaat untuk ber...
09/06/2022

Alhamdulillah..

Sesi coaching bersama sahabat2 REN.. Byak ilmu dikongsikan semalam .. Ilmu yg sangat bermanfaat untuk berjaya dalam bidang perunding hartanah.. T.kasih Sifu Ust Safwan dan Team Leader DZ.. byak sgt membantu..


SEDIKIT PERKONGSIAN.. SEMOGA MEMBANTU DAN BERMANFAAT...   7 Sebab Kenapa Anda Perlu Melantik Ejen Hartanah untuk Menjual...
03/06/2022

SEDIKIT PERKONGSIAN.. SEMOGA MEMBANTU DAN BERMANFAAT...
7 Sebab Kenapa Anda Perlu Melantik Ejen Hartanah untuk Menjual atau Menyewa Rumah Anda
Ramai orang fikir ruginya duit kalau melantik ejen hartanah. Cuba kira kalau rumah nak jual Rm 300 000, kena bayar kepada ejen Rm 9000. Banyak tu, mana tak ruginya.
Baik kawan-kawan, biar saya explain kenapa anda tidak akan rugi, malah perlu melantik ejen untuk menjual rumah anda. Ingat, bila saya sebut ejen, bukan bermaksud broker kampung:
𝟭. 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹.
Jadi orang tengah dalam urusan jual beli rumah, bukan seperti jual telur. Beli harga 30 sen, jual dengan harga 50 sen. Itu broker kampung. Ejen hartanah ni ada standard-standard yang perlu dipatuhi, tertakluk kepada code of ethics yang telah ditetapkan. Jadi bila anda lantik mereka, mereka akan lihat rumah anda terlebih dahulu, dan beri nasihat sama ada harga yang diletak itu munasabah atau tidak. Mereka juga boleh bagi networking dengan valuers yang boleh dipercayai, jadi mudah untuk anda tahu anggaran kasar bagi harga pasaran. Dan yang menariknya, mereka tidak akan markup harga, ini penting tau tak? Spekulasi tak akan berlaku, dan harga hartanah akan terkawal.
𝟮. 𝗝𝗶𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗮𝘀𝗮.
Cuba bayangkan kalau anda letak iklan rumah anda dalam mudah.my. Katakan 20 orang yang menelefon anda, mungkin 10 orang sahaja yang akan datang view rumah, 5 orang sahaja yang akan buat tawar-menawar, 2 orang sahaja yang lulus loan, akhirnya seorang sahaja yang layak membelinya. Bayangkan kalau anda penat bekerja, kena melayan kerenah unserious buyers. Tak ker letih? Lagi-lagi kalau anda tinggal di luar negeri. So nasihat saya, lantik ejen, biar diorang uruskan, yang penting kerja jalan, dapat buyer dengan pantas, rumah terjual. Habis cerita. Kawan saya orang mat saleh cakap, ehem ehem.. “the rich invest in time, the poor invest in money”. Anda nak jadi kaya kan?
𝟯. 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶.
Ejen hartanah mestilah berdaftar dengan syarikat hartanah. Dalam syarikat hartanah akan ada beberapa ejen lain. Anda bagi tahu ejen yang anda lantik, anda mahu rumah anda dijual dengan secepat mungkin. Minta dia ‘kerahkan semua ejen-ejen lain. Dalam profesion ini, ejen-ejen boleh berkongsi senarai rumah yang dijual kepada ejen lain. Ia dipanggil co-agency. Bayangkan kalau dalam satu syarikat ada 20 orang ejen. Anda cuma lantik seorang sahaja, tapi 20 orang buat kerja untuk anda. Bijak kan?
𝟰. 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗲𝗷𝗲𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿.
Jangan terkejut, kadang-kadang pembeli lebih percayakan ejen daripada tuan rumah. Kenapa? Pernah dengar kes tuan tanah tipu duit deposit? Tuan rumah batalkan perjanjian walaupun deposit hangus sudah dibayar? Inilah peranan ejen hartanah, segala urusan ada dokumen hitam putih. Apabila pembeli lebih yakin untuk membeli, peluang untuk rumah anda dibeli akan jadi tinggi.
𝟱. 𝗠𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝘄𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸.
Keadaan ini sesuai kalau anda mempunyai banyak rumah atau rumah kedai yang tidak berjaya disewakan. Apabila anda melantik seseorang ejen, dia akan merangka strategi untuk memastikan anda mendapat penyewa dengan kadar segera dan menapis penyewa-penyewa yang baik sahaja. Mungkin anda rasa jarang kedengaran, tapi tahukah anda Lembaga Tabung Haji pernah meminta pertolongan kami ejen-ejen yang berdaftar untuk mempromosikan unit-unit pejabat bangunannya yang kosong di seluruh Malaysia?
𝟲. 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗿𝘃𝗶𝘀 𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.
Tahukah anda ejen yang bijak pasti akan tawarkan khidmat yang bagus kepada anda. Ada ejen yang sanggup tolong carikan tukang cuci untuk rumah anda, carika tukang repair segala kerosakan rumah, tolong cari tukang mesin rumput. Kalau anda jumpa yang beramanah, boleh serah kunci dan minta dia uruskan semuanya. Ini memang rezeki, sangat berbaloi.
𝟳. 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗻𝗲𝘂𝘁𝗿𝗮𝗹.
Dia merupakan orang tengah kepada kedua-dua pihak. Jadi dia akan pastikan kedua-dua pihak puas hati dengan transaksi jual beli, barulah keuntungan berpihak kepada dia. Anda pun tahu, ada sahaja kes di mana S&P sudah disain oleh kedua-dua pihak, tapi tiba-tiba sahaja ada satu pihak membatalkanya. Taak jadi nak jual rumah. Salah satu sebab adalah rasa tidak puas hati oleh satu-satu pihak.
Oh, saya lupa satu lagi sebab penting, 𝙠𝙤𝙨 𝙡𝙖𝙣𝙩𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙚𝙟𝙚𝙣 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙨𝙚𝙧𝙖𝙥 𝙠𝙚 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙘𝙪𝙠𝙖𝙞 𝙍𝙋𝙂𝙏. Jadi sangat beruntung jika rumah yang anda nak jual tu dikenakan RPGT. Anda lantik ejen, dapat rebate cukai, tak ker untung?
Setakat itu sahaja.
Terima kasih kepada para pembaca
Nak lebih faham? Roger saya. InsyaAllah saya terangkan.👍
𝑃𝑒𝑟𝑢𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑎𝑛𝑑𝑎
HANAS MARHANI
wa.me/60167702510

ORIENTAL REAL ESTATE SDN BHD
Credit: Mohd Kamil & AAriz Realtor
Dipersilakn share jika mahu share, sy mngizinkn sesiapa shj nk share... ilmu utk dikongsi bersama.. inshaAllah...

RUMAH DOUBLE STOREY DI CYBERJAYA (PARTIALLY FURNISHED)==========================SUMMERGLADES PERDANA LAKEVIEW WESTHARGA ...
01/06/2022

RUMAH DOUBLE STOREY DI CYBERJAYA (PARTIALLY FURNISHED)
==========================
SUMMERGLADES PERDANA LAKEVIEW WEST
HARGA JUALAN : RM1.3 MILLION (NEGO)
==========================
Spesifikasi:
» Rumah Double Storey Superlink Terrace House (End Lot)
» Non Bumi lot
» Keluasan : 3000 kps
» Bilik tidur : 5 bilik
» Bilik air : 4+1
» Bilangan parking : 2
» Tidak berhadapan dengan rumah lain
» Renovation
- Grill dan porch
» Gated & Guarded
» Partially Furnished:
- Air cond semua bilik
- Air cond di ruang tamu utama & ruang TV tingkat atas
- Katil semua bilik
- Build in wardrobe di setiap bilik
- Dry & wet kitchen cabinet
- Peti Ais 2 unit
- Build in shoes rack (2 units) - luar & dalam rumah
- Cooker hook
=========================
Kemudahan :
» Berdekatan dengan Hospital Putrajaya
» DPULZE Shopping Centre
» Malakat Mall
» Multimedia University - MMU
» Cyberjaya & Putrajaya City
=========================
Easy access to :
» Lebuhraya MEX, ELITE & LDP
===========================
HARGA JUALAN : RM 1.3 MILLION (NEGO)
===========================
• Deposit 10% (3.18% booking dan 6.82% semasa sign SPA)
• Urusan pinjaman dan guaman akan diuruskan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :
wa.me/60167702510
Hanas Marhani

Real Estate Negotiator
Oriental Real Estate Sdn Bhd

Address

Kuala Lumpur
58100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HM Real Estate posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category