15/06/2022
LPPSA VS BANK
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
LPPSA vs BANK: MANA DULU?
Ini pun satu soalan cukup-cukup femes yang ramai staff gomen s**a tanya.
Sebabnya mereka keliru masa nak beli rumah pertama nak pakai loan yang mana dulu, LPPSA dulu ke atau guna bank dulu?
Mana lagi baik? Mana yang betul mana yang salah?
Nak p**ak musim Covid ni loan bank rate tengah sangat rendah sekitar 3.1% saja, LPPSA (4.0%) pun kalah.
Sebenarnya ada 2 mazhab yang kita tengok berkenaan pemilihan LPPSA vs Bank ni.
Ada yang pegang mazhab pelabur, ada yang pegang mazhab marhaen.
Tapi sebelum kita belajar mazhab ni, ada beberapa perkara yang kita kena faham:
1. LPPSA ni untuk kakitangan gomen saja; kalau tuan-puan tu kerja private, abaikan saja perbalahan ni.
2. LPPSA ni ratenya fixed pada kadar 4.0%, jadi ikutlah ekonomi turun-naik macamana pun kerajaan dah jamin yang kita tak akan bayar lebih (ada dalam agreement).
3. Memang bank tengah murah sebab ekonomi tengah tak cantik, tapi apabila ekonomi dah recover nanti confirm rate ni akan naik ke paras biasa (atas 4.0%).
4. LPPSA boleh guna sampai umur 90 tahun (pencen), bank sampai umur 70 je.
Ok saya nak cerita pasal mazhab p**ak.
MAZHAB PELABUR:
- Lebih baik guna bank dulu sebab kita boleh gunakan sampai beberapa kali loan bank untuk dapatkan M*F 90%. Dah habis baru kita guna LPPSA last sekali.
- LPPSA tak tengok CCRIS/CTOS. Jadi loan-loan bank yang sebelum-sebelum tu tak kacau komitmen kita untuk dapatkan kelulusan LPPSA.
MAZHAB MARHAEN:
- Elok gunakan LPPSA dulu sebab kalau dah tua baru nak guna nanti kena bayar MRTT yang sangat tinggi.
- LPPSA kita boleh tarik sampai 35 tahun atau sehingga usia kita 90 tahun (pencen).
- Peace of mind: LPPSA memang cover penuh segala kos guaman loan dan takaful. Jadi tak perlu top-up cash untuk kos guaman loan, valuation fee dan MRTT. Bank belum tentu.
Jadi kesimp**annya, takde yang betul dan takde yang salah dalam pemilihan LPPSA vs Bank.
Ikut perancangan kewangan dan masa depan kita.
💢LPPSA VS LOAN BANK💢
LPPSA atau bank mana yang lebih baik untuk beli rumah?
Sebenarnya bukan mana yang lebih baik tapi urutan tu yang penting untuk bantu kita pada masa akan datang. Baca bawah ni sebabnya.
1. Rumah 1 - Pinjaman Bank 90/100%
2. Rumah 2 - Pinjaman Bank 90%
3. Rumah 3 - Pinjaman LPPSA 100%
1. Margin of finance (M*F) ialah berapa banyak yang bank boleh bagi pinjamkan pada kita. LPPSA terma sama je.
Contoh rumah harga RM100,000, dan bank bagi 90% M*F = RM90,000. Jadi baki RM10,000 tu, korang kena sediakan sendiri.
2. Untuk rumah pertama korang boleh dapat M*F 90 hingga 100% sebab kita ada skim seperti Rumah Pertamaku.
3. Untuk rumah ke-2 p**a, korang boleh dapat 90% M*F je.
4. Ramai yang tak tahu, yang korang hanya dapat 70% M*F untuk beli rumah ke-3 dan seterusnya.
Ni laa sebabnya kenapa guna LPPSA untuk pinjaman ke-3.
5. Bayangkan nak beli rumah ke-3, nak beli rumah idaman. Harga RM400,000. Korang p**a dah pakai LPPSA beli rumah pertama.
Rumah ketiga ni terpaksa pakai bank 70% je M*F. RM400,000 x 70% = RM280,000.
Tu je pinjaman yang korang dapat. Lagi RM120K kena pakai duit sendiri laa topup.
Kalau tak dah boleh guna duit tu untuk renovate rumah.
6. Kalau pakai LPPSA rumah ke-3 ni mungkin hanya bayar kos lawyer dan duti setem sahaja. Pinjaman dah dapat 100% ikut valuation.
Tapi kalau korang memang rasa takkan pindah atau beli rumah lain.
Boleh ja pakai LPPSA untuk rumah pertama. Tak ada yang salah pun.
Jangan korang cakap menyesal dah guna p**a. Yang penting kan dah ada rumah sendiri.