Rahimhartanah.com

Rahimhartanah.com Senarai Hartanah Subsale

15/02/2022

10 Rahsia Tentang LPPSA Yang Penjawat Awam Perlu Tahu

#1. Syarat umur minimum pemohon ialah 21 thn ke atas dan berstatus tetap

#2. Tiga tahun sebelum tarikh pencen masih boleh memohon

#3. Kadar faedah pinjaman ialah 4% berkadar tetap sehingga habis tempoh

#4. Boleh membuat refinance (pembiayaan semula) dari loan bank ke LPPSA

#5. Kos yuran guaman untuk pinjaman LPPSA boleh dimasukkan dalam pinjaman

#6. Pemohon yang ada masalah CCRIS & CTOS boleh mohon

#7. Maksimum pinjaman ialah 80% dari gaji (tertakluk kepada kiraan kulkalator LPPSA)

#8. Pinjaman untuk mengubahsuai rumah & belian lot tanah kosong dibenarkan untuk pinjaman LPPSA

#9. Suami-isteri yang dua-dua bekerja kakitangan kerajaan, boleh buat join loan LPPSA secara bersama.

#10. Jika had kelayakan pinjaman tidak mencukupi, boleh combine 2 penama suami (kakitangan kerajaan-pinjaman LPPSA)
bersama isteri (kakitangan swasta-pinjaman bank)

23/01/2022



"Bang, mertua saya tak s**a rumah terpakai nie. Tak mampu ker katanya"

"Parah juga tu, beli jerlah kalau dah mampu"

"Bini saya ok saja, janji jangan duduk rumah sewa lama lama"

"Sekarang nak duduk dengan mertua ke bini?"

"Tapi kalau diorang datang nanti segan la bang"

"Cantikkan kediaman, buat kolam mandi, sediakan kerusi urut untuk dia, cantikkan bilik tamu untuknya. Insyallah dia s**a"

Kawan Kawan,

Kediaman kita sebaiknya kita yang tentukan kemampuan kewangan kita. Jangan banyak sangat tanya pendapat orang sebab yang nak duduk nanti kita dan isteri tercinta sahaja.

Bila nak beli rumah sendiri, tanya suami atau isteri sahaja. Jangan tanya sifoo hartanah agung atau sesiapa sahaja. Sebab yang susah senang nanti hanyalah kita berdua bukan dengan mertua.

Fahami juga hartanah terbahagi kepada 3 jenis,

Pasaran Baru
Pasaran Sekunder
Pasaran Lelong

Pasaran baru sekarang ada banyak lebihan. Ya banyak terlebih!

Rumah dah siap sahaja yang belum terjual ada 31,661 lebih data tahun lepas. Dah siap, tapi tak ada orang duduk atau beli lebih dari 9 bulan.

Rumah dalam pembinaan diseluruh negara ada 74, 230 unit dan belum siap lagi. Ini semua orang baru bayar booking dan biasanya ambil masa 24-36 bulan baru siap. Rumah tengah bina

Rumah baru dilancarkan, pecah tanah pun belum hanya 'jual' gambar model ilustrasi arkitek dan video animasi burung terbang, suasana cantik dalam taman berjumlah 13, 294 unit.

Dalam pasaran ekonomi perlahan amat ini,

Bukan tak bagus beli rumah baru, tapi kita khuatir pemaju tarik diri dan kita yang akan rugi.

Projek terbengkalai kita tetap kena bayar proses yang telah berjalan. Ingat lawyer bagi free semua kerja dia selama ini.

Maka sahabat yang mulia,

Tulisan ini akan dibenci, jika nak beli rumah baru juga. Pastikan kediaman itu telah siap. Ada lebihan 31,661 takkan tak ada yang berkenan dihati kita.

Boleh juga cari pasaran sekunder atau lelong yang makin banyak dipasaran kesan pandemik ini.

Pertimbangkan semula sebab hutang rumah akan telan semua gaji kita jika kita salah beli nantinya.

Azizul Azli Ahmad
S**a Melabur Dalam hartanah

agar kita dapat sesuatu dan adik kita tahu nak tanya sapa bila beli rumah pertama
NAPIC tahun 2021

20/01/2022

Siapa kata nak pergi interview je kena ada folder peribadi? Untuk mohon pinjaman pon kena ada fail nya.
Nanti nak mohon mana mana pinjaman, bawak je satu fail ni.
Apa yang kena ada dalam fail?
1. Kad pengenalan – pastikan clear.

2. Slip gaji – 6 bulan terkini. Kalau yang masih pakai carbon copy payslip, sila photocopy terang-terang dan keep in that file. Make sure yang original pun ada sekali.

3. KWSP – mungkin tak perlu update every month. 3 bulan sekali dah okay.

4. Bank statement – 6 bulan terkini, pastikan tally dengan payslip.

5. Bonus slip – pastikan ada latest 2 tahun bonus slip.

6. EA Form – keep 2 tahun latest EA form. Kalau baru pindah kerja, simpan je yang lama punya.

7. CCRIS – sekurang-kurangnya setiap 3 bulan. Boleh dapat secara online.
Dokumen sokongan yang boleh disertakan sekali:
1. Tabung Haji Statement – pastikan TH statement ada latest dividend/bonus. Dan mungkin boleh filing untuk latest 3 bulan jika ada penambahan.

2. ASB statement – sama juga macam TH, pastikan statement yang ada latest dividend. Dan update 3 bulan sekali jika ada penambahan.

3. Unit Trust (UT) – Boleh filing latest statement dapat dari FI yang korang subscribe untuk UT korang. UT cash lebih “berharga” daripada UT EPF.

4. Share Market – kalau you guys jenis yang melabur saham, boleh update you guys punya share kat dalam file ni. Tidak akan di kira sebagai income tetapi membantu sebagai sokongan.

5. Fixed Deposit – pastikan FD cert ada tersimpan kemas dalam file.

6. Tenancy Agreements (Stamping) – updated TA, dan selitkan sekali latest 6 bulan bank statement di mana payment dibayar. Attach kan sekali SPA/Geran yang menunjukkan bukti pemilikan rumah/kedai tersebut

7. Loan statement – ini sangat membantu jika you guys ada buat “advance” payment.

8. Geran Tanah/Rumah (copy) – kalau ada tanah/rumah yang dah free from any encumbrances, boleh sertakan sekali dalam fail

9. Bachelor certificate & above
Last sekali, sertakan satu dokumen mengandungi maklumat diri you guys. Macam CV gitu:

1. Maklumat peribadi – Nama, nombor telefon, alamat emel, alamat tempat tinggal

2. Maklumat perkahwinan (pasangan) bagi yang sudah berkahwin. Yang berkahwin lebih daripada 1, jika nak declare boleh je tiada masalah

3. Maklumat pekerjaan – Nama company, alamat, nombor telefon ofis, position, length of service
Bagi pembeli rumah pertama, dah boleh prepare sikit sikit. Nanti update je mana yang perlu

Apa lg pembeli yg terpikir2 lagi document apa yg perlu prepare utk beli rumah...Nahhh dah list..

Jom beli rumah dengan saya...

Natira Tira
0166379031

Klien: Berapa kadar fi yang dikenakan?REN: 3.18% dari harga jualan termasuk SST puan.Klien: Wah mudah kerja, untung pun ...
11/12/2021

Klien: Berapa kadar fi yang dikenakan?
REN: 3.18% dari harga jualan termasuk SST puan.

Klien: Wah mudah kerja, untung pun banyak!
REN: Sebenarnya puan 3% ialah fi yang dikenakan oleh agensi, kemudian merujuk kepada Peraturan 91, Valuers, Appraisers and Estate Agents Rules 1986 agensi akan berikan komisyen kepada ejen sebanyak 40% maksimum dari 3% tu.

Klien: Kalau saya bayar 1.5% boleh?
REN: Maaf puan, saya tak dapat peruntukkan masa kalau begitu.

Klien: Takkan tak boleh bantu, kerja mudah kan.
REN: Maaf jika puan rasa begitu.. InsyaAllah puan boleh uruskan kerja mudah ni.

Klien: Tapi saya tak tahu caranya.
REN: Mudah saja puan, di YouTube atau Google ada banyak perkongsian cara menjual rumah, puan boleh belajar dari situ secara percuma. Selain dari cara tersebut puan boleh belajar dari mana-mana kursus atau seminar Jual Beli Hartanah atau minta peguam bantu.

Klien: Tapi saya tak ada masa nak tengok atau sertai mana-mana kursus. Tambahan peguam atau kursus yang ada perlu bayar yuran juga.
REN: Walaupun puan lantik ejen elok untuk puan memahami serba sedikit proses jual beli, jika lantik ejen, ejen akan tunjuk satu persatu proses jual beli. Tapi memandangkan puan nak uruskan sendiri puan perlu laburkan masa untuk belajar dan faham proses jual beli rumah ini.

Klien: Macam mana saya nak cari pembeli ya?
REN: Tiada yang luarbiasa puan, seperti ejen juga puan perlu iklankan rumah puan.

Klien: Berapa kos iklan?
REN: Ada platform yang berbayar dan ada juga yang percuma. Tapi sebagai ejen kami akan gunakan platform yang berbayar, ada yang perlu dibayar RM600 setahun ada yang RM5 untuk satu iklan, kemudian perlu bayar lagi untuk naikkan semula iklan dari masa ke semasa. Selain kos duit, puan juga perlu kos masa iaitu pantau dan beri respon iklan puan. Kalau ada prospek yang berminat puan perlu bawa prospek tersebut untuk datang dan lihat rumah.

Klien: Tapi saya sibuk dengan kerja saya, mana sempat nak buat semua tu!
REN: Itulah sebenarnya tugas kami, dengan melantik ejen InsyaAllah akan memudahkan urusan puan.

Klien: Saya ada jumpa pembeli, tapi dia taknak beri deposit pada saya, katanya berisiko.
REN: Puan boleh minta peguam untuk jadi pemegang deposit tersebut atau jika lantik ejen, urusan deposit pun kami akan uruskan. Jika berlaku apa-apa deposit tersebut dijamin oleh agensi dan Lembaga Penilai, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPEPH). Jadi tiada risiko ditipu.

Klien: Aduh! Nak iklan kena bayar, nak buat kena belajar, nak urus tak ada masa, duit deposit pun pembeli tak mahu bagi lecehnya nak jual rumah.
REN: Sebenarnya tugas ejen meliputi kesemua urusan tersebut, kos iklan ejen akan tanggung dan selain dari iklan ejen akan bekerjasama sesama ejen untuk pasarkan rumah puan. Ejen juga akan ajar dan maklumkan proses satu per satu, dengan ilmu dan pengalaman yang ejen miliki. Deposit pun dijamin dari sebarang penipuan.

Klien: Ummm... yelah tak berbaloi untuk berjimat 3% tapi menyusahkan saya dengan proses yang belum jamin dapat jual dan berisiko menjadi mangsa penipuan. Elok saya serahkan pada ejen sahaja kerana mereka berpengalaman.
REN: Tahniah puan, puan telah buat keputusan yang sangat bijak, haa puan boleh tandatangan disini ya sebagai tanda melantik saya sebagai ejen puan untuk jual rumah puan.

HAKIKATNYA..

Apabila anda membayar fi agensi, anda bukan sahaja membayar upah tetapi anda membayar untuk nasihat, rundingan dan kemahiran ejen tersebut.

Anda juga dapat manfaat dari,

- Ilmu
- Pengalaman
- Perkhidmatan
- Masa
-Tenaga
- Networking
- Accountability
- Professionalism
- Safety and Security
- Pengurangan cukai

Tidak wajar memandang kerja profesional dengan harga yang dibayar, kita tidak tahu semua elemen atau kos yang diperlukan untuk menguruskan satu-satu transaksi.

Anda boleh melakukannya sendiri tapi dengan melantik ejen anda akan terima manfaat yang lebih banyak dari apa yang anda bayar.

Kisah ini hanyalah olahan dari sedikit pengalaman cerita lama yang pernah saya hadapi dan saya berkongsi sebagai tanda sokongan kepada semua ejen termasuklah ejen takaful, ejen penapis air, ejen hartanah dan semua ejen-ejen yang berdaftar!

Credits :
Afif Azman
Berusaha!

🤲🏻
15/10/2021

🤲🏻

Innalillahi Wa Inna Ilahi RojiunPagi ini, terima berita mengejut pemergian Tuan Salkukhairi Abd Sukor Penulisan guaman h...
11/07/2021

Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun

Pagi ini, terima berita mengejut pemergian Tuan Salkukhairi Abd Sukor

Penulisan guaman hartanah beliau banyak bagi manafaat pada orang.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah ketabahan kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

🤲🏻😔

Bit.ly/propdetails

Perkongsian tentang pengeluaran KWSP untuk pembiayaan perumahanPengeluaran hanya boleh dilakukan melalui Akaun 2 sahaja....
21/06/2021

Perkongsian tentang pengeluaran KWSP untuk pembiayaan perumahan

Pengeluaran hanya boleh dilakukan melalui Akaun 2 sahaja.

Pemohon hendaklah berusia *dibawah 55 tahun* dan mempunyai baki sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2.

------------------------------
Berapa yang boleh keluar?

Formula : (PP - LA) + (10% PP)
Atau kesemua baki dalam Akaun 2 (yang mana lebih rendah)

Dimana:
PP - Purchase Price
LA - Loan Amount
------------------------------
Contoh:
Harga Rumah (PP) - RM800K
Jumlah Loan yang diluluskan (LA) - RM 700K
Baki Akaun 2 KWSP - RM 150K

(800K - 700K) + ( 10% X 800K)
= 100K + 80K
= 180K

Jumlah yang layak dikeluarkan adalah RM 150K iaitu kesemua baki Akaun 2 KWSP (lebih rendah).

Jika joint borrower, formula sama akan digunakan terhadap dua (atau lebih) peminjam.

Semoga bermanfaat.

SPECIAL FEATURES================- Partial Furnished (Washing Machine & Kitchen Cabinet)- With parkingPartial Furnished, ...
20/05/2021

SPECIAL FEATURES
================
- Partial Furnished (Washing Machine & Kitchen Cabinet)
- With parking

Partial Furnished, Residensi Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur Selangor

Asking Price :
RM 480,000.00

Location:
RESIDENSI KERINCHI, BANGSAR SOUTH, KUALA LUMPUR

PROPERTY INFO:
=============
- Apartment
- Level 8, Type A
- Rooms : 3
- Bathrooms : 2
- Built-up : 900sqf
- Leasehold & Bumi-Lot
- With Parking (P5)
- Master Title

FACILITIES
==========
- 24 hours security
- Restaurant
- Swiming Pool
- Taska
- Dobi
- Playground

NEARBY AMENITIES
================
- LRT Stesen Univerisiti (270m)
- LRT Kerinchi (550m)
- Univerisiti Malaya
- Sekolah Kebangsaan Bangsar
- AEON BIG The Sphere
- Restoran/Foodcourt
- Petrol Stesen

ACCESSIBILITY
=============
- Federal Highway
- New Pantai Expressway (NPE)

RAHIM HELMEE AWANG (REN 32649)
+6011-11990073
IQI REALTY SDN. BHD. (E (1) 1584)
Interested ? Whatsapp me now!

07/05/2021

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahimhartanah.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rahimhartanah.com:

Share

Category