08/11/2021
4 Jenis Hakmilik Tanah Yang Korang Kena Tahu.
Antaranya, Lot Bumiputera,Tanah Rizab Melayu,Tanah Pegangan Bebas (Freehold), dan Pegangan Pajakan (Leasehold).
1) Lot Bumiputrera.
-Lot Bumiputera atau biasa orang panggil Bumi Lot.untuk jualan jenis hartanah ini hanya terbuka kepada kaum Bumiputera macam dalam namanya laa.Bumiputera tu adalah orang Melayu, Sabah, Sarawak,dan warganegara Muslim bukan Melayu.
2) Tanah Rizab Melayu.
-Tanah Rizab Melayu dengan Bumi Lot adalah benda yang berbeza. Tanah Rizab Melayu hanya untuk orang Melayu Islam. Orang dari Sabah dan Sarawak, dan juga orang Islam bukan Melayu tidak boleh membeli hartanah 'Tanah Rizab Melayu'.
3)Freehold (Pegangan Bebas).
-Yang ini ramai orang s**a. Biasanya orang akan cari hartanah yang berstatus Freehold. Ramai orang s**a adalah sebab mereka beranggapan bahawa hakmilik ke atas hartanah tersebut adalah berkekalan selamanya.
Kebanyakan pembeli berfikiran yang perumahan jenis ini boleh dimiliki selama-lamanya dalam keluarga pembeli, dan boleh dipindahmilik daripada generasi ke generasi tanpa sebarang halangan dari pihak berkuasa kerajaan persekutuan atau negeri.Walau bagaimanapun, apa yang difikirkan tu adalah kurang tepat kerana pihak kerajaan masih berhak menuntut semula mana-mana tanah sama ada Freehold, Leasehold mahupun Lot Bumiputera.
4)Leasehold (Pegangan Pajakan).
-Leasehold merujuk kepada hartanah yang ditempatkan di atas tanah pajakan yang dipajak atau disewa dari pihak kerajaan.Kebiasaannya jangka masa pajakan paling lama adalah 99 tahun dan jangka masa paling pendek 30 tahun.Tetapi sesetengah pembangunan baru di pasaran telah memperoleh tempoh melebihi 100 tahun.Sejumlah premium perlu dibayar bagi melanjutkan pajakan tersebut, di mana pemilik perlu memohon di Pejabat Tanah yang berkenaan.Inilah bab yang dianggap berisiko kerana jikalau pihak kerajaan mempunya rancangan untuk membangunkan kawasan tersebut, mereka boleh memutuskan untuk menolak permohonan melanjutkan pajakan tersebut.
Pada pandangan saya semua jenis hartanah ni ada kelebihan masing-masing tak kesah laa Freehold,Leasehold,Bumi Lot, ataupun Rizab Melayu cuma kita sendiri yang perlu buat penilaian yang terbaik untuk waktu semasa dan akan datang. okaylaa nanti saya sambung episode lain.
Stay Safe and Take Care.