RT Property

RT Property Miliki Rumah Impian Anda Harga Dari 250K Hingga 500K KL & Selangor. Saya Akan Bantu Anda Hingga And

PEMAJU LEWAT SIAPKAN RUMAH AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP): APAKAH HAK PEMBELI? Ramai yang minta saya komen ten...
22/07/2021

PEMAJU LEWAT SIAPKAN RUMAH AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP): APAKAH HAK PEMBELI?

Ramai yang minta saya komen tentang isu kelewatan pemaju menyiapkan rumah dan kelewatan menyerahkan milikan kosong susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan mulai 18.3.2020 yang lalu dan kemudiannya diteruskan secara berperingkat-peringkat sehingga kini.

Isu yang dibangkitkan adalah :

A) Sama ada pemaju masih perlu bertanggungjawab untuk menyiapkan sesuatu projek perumahan dan seterusnya menyerahkan milikan kosong rumah tersebut dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli walaupun proses pembinaan terpaksa ditangguhkan akibat PKP.

B) Sama ada pemaju masih perlu menjelaskan ganti rugi kelewatan (LAD) kepada pembeli walaupun kelewatan itu disebabkan proses pembinaan projek tersebut terpaksa ditangguhkan akibat PKP?.

Berikut adalah pandangan saya terhadap isu di atas:

1. Perlu di fahami, setiap urusan jual beli rumah dalam pembinaan adalah tertakluk kepada perjanjian jual beli yang menggunapakai Jadual G & H Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) (Pindaan) 2015.

2. Klausa 24 Jadual G & Klausa 25 Jadual H dengan jelas menyatakan bahawa Pemaju hendaklah menyerahkan milikan kosong rumah dalam tempoh masa 24 bulan (rumah landed) dan 36 bulan (rumah strata) mulai daripada tarikh perjanjian jual beli.

Tiada pengecualian dinyatakan secara spesifik dalam klausa tersebut.

3. Klausa 9 p**a menyatakan bahawa masa adalah intipati terhadap kontrak (essence of the contract) berkaitan dengan semua peruntukan yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli tersebut.

4. Apa yang dapat difahami daripada peruntukan peruntukan di atas adalah pemaju wajib menyiapkan pembinaan rumah dan menyerahkan milikan kosong dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam perjanjian tanpa sebarang alasan atau pengecualian memandangkan masa yang dinyatakan adalah intipati terhadap perjanjian dan perlu dipatuhi oleh pemaju.

5. Oleh yang demikian, secara dasarnya, sekiranya pemaju gagal menyerahkan milikan kosong rumah dalam tempoh masa yang dinyatakan, maka Klausa 24 dan 25 Jadual G & H dengan jelas menyatakan bahawa pemaju perlu menjelaskan ganti rugi kelewatan terhadap pembeli.

6. Namun begitu, mengambil kira faktor kelewatan tersebut mungkin disumbangkan oleh faktor krisis pandemik COVID 19 yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan terganggu, mungkin tidak adil untuk meletakkan liabiliti kelewatan dalam tempoh PKP tersebut kepada pemaju sepenuhnya.

7. Tambahan p**a pembeli-pembeli yang membuat pembiayaan bank untuk membeli rumah tersebut telah mendapat moratorium selama 6 bulan daripada bank (kecuali pembeli yang membuat pembiayaan dengan LPPSA).

8. Oleh yang demikian, demi menjaga keharmonian dan hak serta kepentingan kedua-dua belah pihak, kerajaan telah menggubal satu akta khusus yang dikenali sebagai Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 (atau dikenali juga sebagai AKTA COVID-19 2020).

9. Akta tersebut digubal untuk mengurangkan kesan Covid-19 terhadap ekonomi, individu dan syarikat di negara ini.

10. Akta tersebut mula berkuat kuasa pada 23 Oktober 2020 dan terus kekal berkuat kuasa bagi tempoh 2 tahun dari tarikh itu. Akta tersebut sebut juga boleh dilanjutkan oleh Perdana Menteri lebih dari sekali.

11. Antara peruntukan penting yang terdapat dalam Akta tersebut adalah berkenaan isu penyerahan milikan kosong rumah oleh pemaju dalam tempoh PKP dan juga gantirugi kelewatan serahan milikan kosong terhadap pembeli.

12. Seksyen 35 Akta tersebut menyatakan, tempoh mulai dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 tidak akan diambilkira untuk pengiraan tempoh serahan milikan kosong rumah ataupun pengiraan gantirugi jumlah tertentu (LAD).

13. Walaubagaimanapun, Pemaju boleh buat permohonan kepada menteri untuk lanjutkan tempoh pengecualian tersebut sehingga 31 Disember 2020 dan atas budi bicara menteri, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

14. Dalam tempoh tersebut juga, jika pembeli tidak ambil milikan kosong rumah, milikan kosong itu tidak dianggap telah diserahkan secara otomatik kepada pembeli.

15. Selain daripada itu isu Tempoh Liabiliti Kecacatan juga dibangkitkan dalam Akta tersebut di mana Seksyen 36 Akta tersebut menyatakan bahawa, untuk tempoh dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 tidak akan dikira untuk pengiraan tempoh liabiliti kecacatan dan tempoh untuk pemaju baiki kerosakan.

16. Walaubagaimanapun, Pembeli boleh buat permohonan kepada menteri untuk lanjutkan tempoh tersebut sehingga 31 Disember 2020 dan atas budi bicara menteri, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

17. Selain itu, Akta tersebut juga memberi peruntukan berkenaan isu caj pembayaran lewat oleh pemaju terhadap pembeli di mana Seksyen 34 Akta tersebut menyatakan jika pembeli gagal untuk membayar ansuran (progres claim) kepada pemaju dalam tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020, pemaju tidak boleh kenakan apa-apa caj pembayaran lewat kepada pembeli.

18. Walaubagaimanapun, Pembeli boleh buat permohonan kepada menteri untuk lanjutkan tempoh tiada caj kelewatan pembayaran tersebut sehingga 31 Disember 2020 dan atas budi bicara menteri, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

19. Walaubagaimanapun jua, terdapat beberapa Pengecualian di nyatakan dalam Seksyen 37 & 38 akta tersebut, dimana sekiranya dalam tempoh pengecualian tersebut telah difailkan prosiding tuntutan, atau telah dikeluarkan suatu perintah, penghakiman, award berkenaan bayaran caj lewat bayar, atau bayaran LAD, atau bayaran caj lewat atau LAD itu telah dijelaskan, maka peruntukan dalam Akta ini tidak akan menjejaskan prosiding, perintah, penghakiman, award dan bayaran yang telah dijelaskan tersebut.

20. Begitu juga sekiranya tempoh untuk memfailkan tuntutan di Tribunal Pembeli Rumah telah tamat dalam tempoh tersebut, pembeli boleh memfailkannya sehingga 31 Disember 2020.

21. Diharap dengan adanya Akta ini dapat menyelesaikan masalah berkenaan isu-isu kelewatan dan lain-lain isu yang bersangkutan dengan pemaju dan pembeli.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI)

CARA PENGELUARAN KWSP UNTUK BELI RUMAH PERTAMAJom tengok sedikit info berkenaan pengeluaran KWSP untuk tujuan membeli ru...
14/06/2021

CARA PENGELUARAN KWSP UNTUK BELI RUMAH PERTAMA

Jom tengok sedikit info berkenaan pengeluaran KWSP untuk tujuan membeli rumah.

• SYARAT LAYAK MEMOHON:

~Permohonan dibuat sebelum umur 55 tahun.
~Belum pernah membuat pengeluaran bagi tujuan sama.
~Baki simpanan akaun 2 tidak kurang rm500.
~Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)/ pembinaan telah ditandatangani tidak lebih 3 tahun daripada tarikh mohon.
~Telah lulus atau mendapat pembiayaan perumahan dari mana mana bank/ bayaran 20% telah dibuat bagi rumah bina rumah/ belian secara tunai.
~Rumah pertama telah dilupuskan -dijual, dilelong, ditukar nama kepada ahli keluarga lain atau lain lain cara jika memohon pengeluaran untuk rumah kedua.
~Kaedah bayaran secara “kredit terus” ke Akaun bank pencarum, Cek Jurubank atau makluman bayaran terus.

• JUMLAH BOLEH DIKELUARKAN

1) Pinjaman biasa (80% - 90%) - perbezaan Harga rumah dengan jumlah pinjaman yang diperoleh dan tambahan 10% dari harga rumah atau semua simpanan dalam akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah (tidak kurang rm500)

Contoh pengiraan:

Harga rumah = RM400,000
Jumlah pembiayaan = RM320,000 (80% loan)
10% harga rumah = RM40,000

Amaun kelayakan = RM400,000 – RM320,000 + RM40,000 = RM120,000
(Tak termasuk insuran / lawyer fee yang dimasukkan dalam loan)

2) Pinjaman 100% - 10% daripada harga rumah atau semua simpanan akaun 2 mengikut mana yang lebih rendah (tidak kurang rm500).

3) Belian tunai - Pengeluaran mengikut harga rumah dan tambahan 10% dari harga rumah atau semua .

• DOKUMEN DIPERLUKAN

1) Belian melalui Pemaju/ Rumah baru/ undercon

~Jika membeli secara pinjaman:
-Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Letter of offer housing loan
-Geran

~Jika membeli secara tunai:
--Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Surat pengesahan belian tunai dari pemaju.
-Geran,
-Cf

2) Belian melalui Lelongan Awam

~Jika membeli secara pinjaman:
-Surat pengistiharan jualan lelong
-Letter of offer housing loan
-Geran.

~Jika membeli secara tunai.
-Surat pengistiharan jualan lelong
-Surat pengesahan belian tunai dari Bank/ peguam bank pelelong
-Geran,

3) Belian melalui Individu/ Subsale

~Jika membeli secara pinjaman:
-Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Geran/ Strata atas nama penjual
-Surat kebenaran dpd PBT jika hartanah ada sekatan
-Letter of offer housing loan
-jika master title, perlu pengesahan dpd pemaju mengenai butiran rumah.

~Jika membeli secara tunai.
- Sale & Purchase Aggrement (SPA)
-Surat pengesahan belian tunai dari Peguam.
-Bukti bayaran 20% dpd harga rumah.
-Geran

• BILA BOLEH MOHON

~Bagi hartanah berstatus freehold, permohonan boleh dibuat sebaik SPA ditandatangani dan dimatikan setem.

~Bagi hartanah yang ada sekatan seperti rumah berstatus "leashold" permohonan hanya boleh dibuat selepas anda mendapat surat kelulusan pindahmilik daripada pihak berkuasa tempatan. Anggaran 3 bulan selepas SPA ditandatangani.

P/s: untuk urusan dokumen yang perlu diserahkan kepada KWSP, biasanya peguam yang dilantik untuk menguruskan jual beli rumah anda akan menyiapkan kesemuanya dan anda hanya perlu datang cawangan KWSP terdekat untuk urusan selanjutnya.

Semoga sedikit info ni bermanfaat untuk semua.

NEW CONDO RESIDENCE @ Bukit Jalil - Opposite Pavilion 2 Bukit Jalil with covered bridge connecting to CondoBOOKING : RM ...
09/05/2021

NEW CONDO RESIDENCE @ Bukit Jalil - Opposite Pavilion 2 Bukit Jalil with covered bridge connecting to Condo

BOOKING : RM 1,000 ONLY!!!!!!

From Price Range RM488,000 – RM892,088 get yourself luxury condominium with awesome offering below!
• • FREE 2 unit Air conditioner at Master Bedroom & Living Hall
• FREE Kitchen Cabinet (Bottom only)
• • FREE Solid Timber Flooring at Master Bedroom
• FREE 2 years High Speed Broadband
• • FREE legal fees and disbursement fees for SPA and loan except stamp duty.

DETAILS :
=========
- Leasehold
- - Type A : 960sqft (3bedroom, 2bathroom)
- Type B : 1,101 sqft (3+1 bedroom, 2bathroom)
- - Type C : 1,226 sqft (3+1 bedroom, 2bathroom)
- Estimate complete : 2022
- - 2 Carparks

=============
Key Feature :
=============
• Direct Bridge connecting The Condo and Pavillion 2 (Covered Walking Distance)
================
Facilities Features :
================
• Sauna Room
• • Infinity pool
• Wanding Pool
• • 7 tier security system
• Laundry
• • Multipurpose Hall
• Cafe Area
• • Badminton Court
• BBQ Area
• • Public Toilet
• Taska Area
• • Tadika Area
• Surau Area
• • Shop Area

=================
Additional Features :
=================
• Fiber To The Home (FTTH) Infra
• • WiFi ready @ house unit & Public Area
• Voice over IP Telephone Ready.
• • What Is 7 Tier Secuirity System?

1 ) CCTV Surveillance @ Parameter Fencing
2 ) CCTV Surveillance @ PODIUM Parking at Public Area
3 ) Visitor Management System
4 ) Boom Gate
5 ) Card Access System
6 ) IP Intercom System
7 ) Physical Guard

==============
Accessibility :
==============
• KESAS Highway
• • PLUS Highway
• MEX Highway
• • LDP Highway
• PUTRAJAYA Highway

For showroom appointment,you may contact
Izuan : 0172674788
Sahnon : 0133319605

BANDAR SUNWAY SEMENYIH 43500 SEMENYIH, SELANGOR (BSS001)2-Storey Terrace House for sale.================================...
20/04/2021

BANDAR SUNWAY SEMENYIH
43500 SEMENYIH, SELANGOR (BSS001)
2-Storey Terrace House for sale.
===================================
ASKING PRICE: RM 458 000 for serious buyer (Negotiable)
===================================

Property Detail:
-Type: Double Storey
-Built up: 55x28.5 sqft
-Land size: 1700 sqft
-Bedrooms: 4
-Bathrooms: 4
-Intermediate Unit
-Freehold
- Non Bumi lot

Nearby Amenities:
-Schools
-University of Nottingham
-Tesco Semenyih
-MRT, KTM
-Shopping Mall
-Broga Hill

Accessibilities:
-LEKAS Highway
-SILK Highway
-Kajang-Semenyih

=============================
Ready for View!!!
Owner are welcome to list your property!!!

Kindly Contact for further information & viewing appointment: Izuan 0172674788 @ sahnon 0133319605

Assalamualaikum, saya mencari tenant kemasukan segera di Eco Majestic Harmoni Condo Semenyih. RM800 sebulan..Berminat bo...
06/04/2021

Assalamualaikum, saya mencari tenant kemasukan segera di Eco Majestic Harmoni Condo Semenyih. RM800 sebulan..
Berminat boleh hubungi kami segera..

Izuan 0172674788
Sahnon 0133319605

*BERITA BAIK !!  BERITA BAIK !! BERITA BAIK !!*📣📣📣📣*ANDA NAK BELI RUMAH BESAR DENGAN HARGA MURAH INI PELUANG TERBAIK AND...
23/03/2021

*BERITA BAIK !! BERITA BAIK !! BERITA BAIK !!*📣📣📣📣

*ANDA NAK BELI RUMAH BESAR DENGAN HARGA MURAH INI PELUANG TERBAIK ANDA!!*
PROJEK BARU & CUMA 30 UNIT SHJ YA!!! 👍🏠🏠🏠🏠

*Pemaju - Angsana Properties Sdn Bhd*
*Lokasi -Semenyih*

*Jenis Rumah* -
Teres Satu Tingkat Dan Rumah Berkembar Satu Tingkat**

**Unit Terhad untuk **Pendaftaran**
**Tanah Rezab Melayu**
Size dari 1433kps / 2744kps

*Harga Mampu Milik* Dari RM3XXK

📣Pegangan Kekal
📣3 Bilik 2 Bilik Air /3 Bilik 3 Bilik Air
📣Mudah Akses ke Lebuhraya Lekas/Silk/ Plus.

**RM1000 Jerr* Deposit -
Bagi Rumah Teres Satu Tingkat.
**RM2000 Jerr** Deposit untuk Rumah Berkembar Satu Tingkat.

*Percuma!Percuma!Percuma*
**Yuran guaman SPA percuma
**Yuran guaman Pinjaman bank percuma
**Yuran guaman MOT percuma
**Siap 2023
**Mana Nak Cari Kan, Murah, Berbaloi Dan Best Macam Níi !!!!*

Apa Lagi Cepat2 📲
http://wasap.my/60172674788

🏭Warehouse to rent out🏭Seksyen 19 Petaling Jaya7000sqftFor more details please contact :Izuan - 0172674788Sahnon - 01333...
20/03/2021

🏭Warehouse to rent out🏭

Seksyen 19 Petaling Jaya

7000sqft

For more details please contact :

Izuan - 0172674788
Sahnon - 0133319605

Sri Wangsaria Condo @ BangsarFree HoldBU : 2,250 SqftBedroom : 3+1Bathroom : 2Condition : Partially FurnishedSelling Pri...
09/03/2021

Sri Wangsaria Condo @ Bangsar
Free HoldBU : 2,250 SqftBedroom : 3+1Bathroom : 2Condition : Partially Furnished

Selling Price : RM 1.75 mil

Selamat Tahun Baru Cina bagi seluruh rakyat berbangsa Cina dan beragama Buddha.Selamat Tahun Baru Cina. Semoga anda siha...
11/02/2021

Selamat Tahun Baru Cina bagi seluruh rakyat berbangsa Cina dan beragama Buddha.

Selamat Tahun Baru Cina. Semoga anda sihat dan berjaya pada tahun 2021!

Semoga tahun baru ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kemakmuran, dan banyak momen berharga bersama keluarga tersayang. Selamat Tahun Baru Cina 2021!

Mari kita pergi dari keburukan dan teruskan dengan impian, sudah waktunya untuk memulakan tahun lagi dan satu lagi peluang. Selamat Tahun Baru Cina 2021!

'ingat property ingatlah RT Property'


#2021

P.K.P dilanjutkan😢 sabar jelah semua, demi keselamatan kita bersama. Terus terang admin katakan yang admin rindu berjump...
02/02/2021

P.K.P dilanjutkan😢 sabar jelah semua, demi keselamatan kita bersama. Terus terang admin katakan yang admin rindu berjumpa dan bawa anda semua melawat rumah contoh. Lagi-lagi bila berborak semeja dengan anda, banyak kita boleh kongsi tentang hartanah. Tapi apakan daya, kesihatan dan keselamatan kita harus dijaga demi memutuskan rantaian Covid-19.
Apa-apa pon admin doakan anda semua dalam keadaan selamat selalu.

-HINDARI WABAK CORONA VIRUS

-KITA MAMPU MELAWAN COVID-19

'ingat property ingatlah RT Property'



#2021

Selamat Menyambut Thaipusam bagi penganut-penganut Hindu di seluruh negara serta penyokong-penyokong RT Property.Semoga ...
28/01/2021

Selamat Menyambut Thaipusam bagi penganut-penganut Hindu di seluruh negara serta penyokong-penyokong RT Property.
Semoga kehidupan anda semua disinari cahaya-cahaya kejayaan🙏☺️

'ingat property,ingatlah RT Property'


#2021

Sentiasa ikut S.O.P semua. Semoga anda semua dijauhi penyakit berjangkit yang memudaratkan.   #2021
19/01/2021

Sentiasa ikut S.O.P semua. Semoga anda semua dijauhi penyakit berjangkit yang memudaratkan.


#2021

Address

2-3 & 2-5, Bedford Business Park, Jalan 3/137B, Batu 5, Jalan Kelang Lama
Kuala Lumpur
58200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RT Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category