16/10/2023
πππππ ππ§ ππππ‘π§ πππ₯π§ππ‘ππ π¬ππ‘π π₯ππ ππ π’π₯ππ‘π π§ππ π§πππ¨
Saya faham benar kenapa owner ni tulis macam ni....
Siap ditulis dengan huruf besar πππ‘πππ‘ tu... maksudnya penekanan yang tinggi. Kalau huruf kecik, bunyi lembut lagi. Heheh....
Ibarat jahat dan kejam la agent jual rumah ni kalau contact dia.
Boleh tak kalau agent hartanah komen pulak,
Pemilik rumah....πππ‘πππ‘ cari agent bila rumah takleh jual dan kena tipu???
Pada pandangan pengalaman saya, ada beberapa kemungkinan saya boleh fikirkan kenapa owner ni tulis macam ni bila nampak posting tersebut:
1. Owner ni dah tak tahan k*t, dia buat iklan, yang ramai call dia tu agent. Selang beberapa minit agent call lagi...lagi...dan lagi... nak tawarkan perkhidmatan bantu jual.
Jadi dia serabut!!! Asyik agent je call. Mana buyer nya???
2. Dia pernah ada pengalaman ngeri / trauma berurusan dengan agent. (Maybe kena tipu)
3. Dia rasa boleh jual sendiri, dan awal2 lagi bagi signal, agent takyah call dia.. dia rasa rugi bayar agent komisen.
4. Atau dia dulu agent, jadi dia tahu bila dia sebagai pemilik iklan, nanti ramai agent macam dia dulu akan call.
5. Dia nak cuba jual mahal, agent advise harga tu takleh jual. Jadi dia nak jual juga harga mahal.
Baiklah.....tidak dapat dinafikan yang ada pemilik yang pandai jual rumah sendiri. Buat iklan, urus viewing, bantu client dapatkan loan dan guaman sehingga selesai pindah milik..
Tidak juga dinafikan, ada agent yang tak kemas cara kerjanya menjadi trauma pada sesetengah pemilik sehingga dia tulis macam ni.
Okeh, saya ingin bawakkan pandangan dimana agent (perunding hartanah profesional) seperti kami ini amat diperlukan oleh pemilik, dan mungkin ramai tak tahu:
1. ππ‘π¦π£πππ§ππ’π‘
Kami sememangnya telah dilatih untuk mengambil gambar yang "cun" dan buat iklan di seberapa banyak platform yang ada.
Kami akan berikan advise dan pandangan market semasa dan harga jualan yang sesuai.
Bukan niat "nak push" supaya jual murah pun... hanya pandangan harga yang sesuai supaya demand boleh respon berdasarkan harga dan kawasan semasa.
Kami faham, sebagai tuan rumah, kalau boleh nak jual mahal, cuma kadang kena lah sesuaikan dengan sambutan pasaran semasa.
2. π ππ₯πππ§ππ‘π
Iklan bukan percuma, kena keluar modal dulu yang mana belum tentu pulangannya.
Agent yang profesional dan bersungguh (lagi2 dilantik exclusive) untuk jual akan invest lebih banyak modal dalam iklan dan dalam kadar kekerapan yang tinggi.
Kami hanya akan dapat komisen jika berjaya jual. Jadi jangan bimbang...tiada apa2 kos dikenakan jika tidak berjaya jual.
Malah, kami menanggung rugi dengan kos iklan bila mana rumah tu terjual oleh agent lain atau pemilik sendiri.
Its ok, kami faham, itu asam garam warna warni tugas kami..kami terima takdirNya dengan tenang.. bukan rezeki komisen kami di rumah tersebut..
2. πππππ¦ π ππ¦π¨π
Kami sememangnya standby hp bateri sentiasa penuh supaya ada no asing akan timbul.
No yang kami tak kenal ini maksudnya pembeli yang nampak iklan dan ingin bertanya lanjut tentang rumah tu.
Hidup dan kerja kami akan jadi lebih indah bila lagi banyak no asing yang call bertanyakan rumah tersebut. Menandakan rumah tu ramai peminat dan boleh bawak gi viewing.
Dan kami akan arrangekan sesi viewing tersebut sesuai dengan masa dan keselesaan pemilik.
3. π¦ππ¦π π©πππͺππ‘π
Kami dah biasa "kena main" masa dengan buyer. Bila ditanya otw...otw...otw... nak sampai dah...tak jauh dah....
tengok2 jam dah sejam lebih.
"Disidai kekeringan" dalam panas, sorang2 main hp dalam kete berjam2 itu biasa bagi kami. Nak gi minum pun tak berani tak*t tiba2 buyer otw tadi sampai. Jadi, duk lah kami kekeringan sambil menahan mulut dari menyumpah seranah bertanya mana la buyer ni tak sampai2. Ada tu "siap block" no kami, menandakan dia tak jadi datang.
Anda sebagai pemilik sanggup sentiasa berada dalam keadaan seperti ini? Silakan...
Sesi ni bagus untuk uji ketinggian kesabaran anda.
4. ππ’π’πππ‘π
Jika client tu berminat, maka akan bayar booking berupa earnest deposit..
Duit tu kami tak amik dan masukkan dalam akaun personal kami. Ia wajib dimasukkan dalam πππππ‘π§π¦ ππππ’π¨π‘π§ agensi..
Satu akaun khas yang wajib disediakan oleh agensi untuk memegang wang amanah client..
Hanya boleh dikeluarkan dalam situasi jika refund dan transaksi tu berjaya diteruskan..
5. π ππ πππ‘π§π¨ π¨π₯π¨π¦ππ‘ π£ππ‘πππ ππ‘
Kami ada barisan banker yang sentiasa bersiap siaga untuk membantu urusan pinjaman client kami.
Urusan mengumpul dokumen dari client semua kami uruskan bersama banker.
Komisen kami hanya akan terjadi jika pinjaman pembeli tu berjaya, maka.... disinilah kesungguhan dan komitmen terbaik diberikan demi bantu client lulus pinjamannya. Habis semua no contact banker akan diusahakan untuk bantu.
Habis doa juga diangkat supaya loan client tu lulus.
Namun......
Jika tak berjaya.... maka dengan rela hati dan mujahadah yang tinggi, kami pulangkan 100% deposit client tanpa mengambil 1 sen pun dengan penuh senyuman keikhlasan.
Pemilik ada keluarkan apa2 kos setakat ni? Takde...kerana jualan belum berjaya.
Maka, bermulalah kembali episod mengeluarkan duit mengiklankan semula rumah tersebut sehingga berjaya.
6. π¨π₯π¨π¦ππ‘ ππ¨ππ ππ‘
Panel barisan peguam yang kredible dan berintegriti tinggi menunggu selepas disahkan client kita itu pinjamannya telah diluluskan.
Peguam yang kami biasa gunakan dan sememangnya kami tahu kredibiliti cara kerjanya untuk pastikan semua urusan selesai dengan jayanya.
Tuan pemilik dapat semua duit jualan dan pembeli dapat kunci..
Maka, jika dirasakan fee yang dikenakan tu mahal dan mengurangkan untung jual rumah anda, silakan... takde masalah kami faham.
Boleh cuba dan usahakan untuk jual sendiri. Sememangnya dalam undang2 Akta 242 menyatakan, pemilik boleh jual sendiri rumahnya.
Fee maksimum kami boleh cas ialah 3% sahaja. Kalau kami present 3.18% (+0.18%) tu maksudnya campur cukai sst kerajaan cas atas fee kami tu.
Namun.... jika perlukan perkhidmatan profesional kami,
InsyaaAllah....agent / perunding hartanah akan sentiasa standby bila mana anda dah bersedia untuk menggunakan perkhidmatan kami nanti.
InsyaaAllah juga, kami akan usahakan terbaik supaya rumah tersebut boleh terjual.
Maka, sama2 lah kita berusaha, berkerjasama dengan harmoni dan berdoa, semua urusan dipermudahkan dan capai objektif masing2.
Silakan....Boleh share supaya lebih ramai dapat manfaat π€²π
Sekian.....
Credit to
Sir Erman Taib
Ejen Hartanah Berdaftar
Homefield Real Estate Sdn Bhd