Ericca Property

Ericca Property Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ericca Property, Estate agent, Kuala Lumpur.

SalamStep kalau nak beli rumah pertamaRamai anak muda yang masih tak tahu apa yang perlu mereka lakukan sebelum beli rum...
16/04/2024

Salam
Step kalau nak beli rumah pertama

Ramai anak muda yang masih tak tahu apa yang perlu mereka lakukan sebelum beli rumah. Korang hanya perlu fokus pada 4 proses ni :

LANGKAH 1: Sebelum Beli Rumah Pertama
LANGKAH 2: Kos Beli Rumah Pertama
LANGKAH 3: Dokumen Beli Rumah Pertama
LANGKAH 4: Proses Beli Rumah Pertama


♦️ SEBELUM BELI RUMAH PERTAMA
Korang harus tahu 6 perkara asas ni dulu.

1. Lokasi Rumah.
2. Jenis Geran Rumah.
3. Harga Semasa Rumah.
4. Pelan & Kelengkapan Rumah.
5. Keadaan Komuniti Sekitar Rumah
6. Kemudahan Dalam Radius 3KM Rumah

LOKASI RUMAH : Rumah di luar bandar mungkin lebih murah, tetapi jaraknya yang terlalu jauh dengan pusat bandar menyebabkan banyak urusan menjadi lebih sukar dan anda akan menghabiskan banyak masa di atas jalan raya.

JENIS GERAN RUMAH : jenis geran rumah adalah faktor yang menyumbang kepada harga rumah. Rumah jenis pegangan bebas (freehold) adalah lebih tinggi berbanding pegangan pajakan (leasehold).

HARGA SEMASA RUMAH : boleh turun dan naik di antara 4% - 7% setahun bergantung kepada booster hartanah di kawasan itu. Sentiasa semak harga di portal hartanah online seperti Brickz.my, Propertyguru dan iproperty.

PELAN & KELENGKAPAN RUMAH : Perlu disemak supaya anda tahu jumlah bilik, soket elektrik, paip air, parkir dan kemudahan untuk rumah high rise seperti lif, kolam renang, gymnasium.

KEADAAN KOMUNITI SEKITAR RUMAH : Korang kenal pasti siapakah jiran tetangga anda, keadaan trafik di waktu puncak dan suasana pada siang hari dan malam hari sekitar rumah.

KEMUDAHAN DALAM RADIUAS 3KM RUMAH : adalah faktor terpenting di mana anda perlu tahu infrastruktur seperti lebuhraya, jalanraya, pengangkutan awam, pasaraya, restoran makanan segera dan kedai serbaneka yang mempunyai ATM.


♦️ KOS BELI RUMAH PERTAMA
Terdapat 9 kos yang perlu anda tahu untuk beli rumah pertama iaitu :-
⦁Deposit
⦁Earnest Deposit
⦁Yuran Guaman SPA
⦁Duti Setem SPA
⦁Yuran Guaman
⦁Duti Setem
⦁Yuran Penilai Hartanah
⦁Insurans Rumah
⦁Kos Tersembunyi Lain2

DEPOSIT : adalah kos wajib untuk beli rumah dengan nisbah 10% daripada harga rumah dan baki 90% lagi, anda boleh buat pinjaman dari bank.

EARNEST DEPOSIT : adalah 3.18% daripada deposit 10% dan bukan kos tambahan. Anda hanya perlu bayar sekiranya anda bersetuju membeli rumah tersebut selepas selesai sesi viewing dan menandatangani surat perjanjian.

YURAN GUAMAN SPA : bergantung kepada harga rumah yang anda beli dan struktur kosnya adalah :-
RM500,000 pertama : 1%
RM500,000 seterusnya : 0.80%
RM2 juta seterusnya : 0.70%
RM2.5 juta seterusnya : 0.50%
Lebih RM7.5 juta : 0.50%

DUTI SETEM SPA p**a tambahan dari yuran guaman SPA dan struktur kosnya adalah :-
RM100,000 pertama : 1%
RM100,001 - RM500,000 : 2%
RM500,001 - RM1 juta : 3%
RM1 juta ke atas : 4%

Yuran guaman kedua p**a sama nilainya dengan yuran guaman SPA. Akan tetapi, kadar peratusan yang dikenakan berbeza di mana kos yang terlibat adalah jumlah pinjaman hartanah dari bank atau institusi kewangan dan bukan harga jualan rumah.

Jika harga rumah yang anda beli adalah RM300,000 dan pinjaman hartanah dari bank adalah RM90% (RM270,000).
Maka kiraannya adalah, RM270,000 X 1% : RM2,700

DUTI SETEM : kedua p**a kosnya adalah 0.5% ke atas jumlah pinjaman hartanah yang anda mohon di bank.
Maka kiraannya adalah, RM270,000 X 0.5% : RM1,350.

YURAN PENILAIAN HARTANAH : atau valuation fee biasanya dikenakan sekiranya anda ingin membeli rumah second (subsales).
Kosnya bergantung kpd harga rumah yg anda beli dan struktur kosnya adalah :

RM100,000 pertama : 0.25%
RM100,001 -RM2 juta : 0.20%
RM2.1juta - RM7 juta : 0.167%

Memandangkan tempoh pinjaman hartanah dari bank biasanya memakan masa yang lama (30 tahun), anda sebagai pembeli rumah pertama wajib mengambil insurans hartanah.

Anda boleh pilih untuk mengambil polisi insurans atau takaful hartanah jenis MRTT atau MRTA dan MLTT dan MLTA.

Harga premium untuk MRTT atau MRTA adalah lebih rendah berbanding MLTT dan MLTA.

Akan tetapi, bayaran MRTT atau MRTA adalah secara lumpsum manakala MLTT atau MLTA adalah secara bulanan, suku tahunan atau tahunan.

Akhir sekali adalah kos tersembunyi lain - lain yang wujud dalam pembelian rumah pertama. Antaranya adalah :-
⦁Kaveat
⦁Perbelanjaan Am
⦁Carian Status Muflis
⦁Carian Geran Hartanah
⦁Pendaftaran Pejabat Tanah
⦁Kos penyelenggaraan yang tertunggak


♦️DOKUMEN UNTUK BELI RUMAH PERTAMA
Dokumen untuk beli rumah pertama bagi golongan bekerja sendiri dan makan gaji adalah berbeza. Ramai pembeli rumah pertama keliru dan tersilap dalam menyediakan dokumen untuk beli rumah.

Untuk golongan yg makan gaji,
--------------------------------------------------
ini senarai dokumen yang anda perlukan:
⦁Salinan kad pengenalan
⦁Slip gaji 3 bln bergaji tetap
⦁Slip gaji 6 bln untuk elaun, OT & komisen
⦁Penyata bank terkini 3 bulan (akaun gaji)
⦁Penyata bank terkini 6 bulan untuk elaun, OT & komisen
⦁Penyata KWSP terkini
⦁Penyata tahunan BE @ EA 2 tahun terkini
⦁Surat pengesahan bekerja dari majikan
⦁Surat perjanjian dengan bank jika ada komitmen lain (Kereta, Pinjaman Peribadi & ASBF)

Manakala, untuk golongan yang bekerja sendiri,
----------------------------------------------------------------------------
ini senarai dokumen yang anda perlukan :-
⦁Salinan kad pengenalan
⦁Salinan set SSM
⦁Form B (2 Tahun)
⦁Penyata bank syarikat terkini 6 bulan
⦁Profil syarikat
⦁Penyata bank 6 bulan pemohon
⦁Slip pendapatan tambahan 6 bulan
⦁Surat perjanjian dengan bank jika ada komitmen lain (Kereta, Pinjaman Peribadi & ASBF)
⦁Dokumen lain yang berkaitan


♦️PROSES BELI RUMAH PERTAMA
1. Lantik ejen hartanah dan peguam hartanah untuk kendalikan segala proses dan urusan jual beli hartanah.
2. Anda perlu membayar booking fee sebanyak 3% daripada harga rumah.
3. Anda perlu membayar baki 7% daripada harga rumah selepas menandatangani Sale & Purchase Agreement (SPA)
4. Penjual akan membayar komisen kepada ejen hartanah. 5. Anda diberi masa 90 hari untuk selesaikan baki pinjaman bank kepada pihak penjual.
6. Peguam hartanah akan menguruskan semua proses pertukaran nama geran hartanah setelah pihak bank menerima pembayaran dari anda.
7. Anda perlu menjelaskan bayaran bayaran hartanah kepada penjual setelah peguam hartanah menukar nama pada geran di Pejabat Tanah.
8. Penjual wajib serahkan kunci rumah kepada anda. Kesimp**annya, tak susah pun untuk anda beli rumah pertama asalkan anda tahu objektif asal untuk beli rumah iaitu untuk didiami atau sebagai aset pelaburan.

Tips: Jangan tukar objektif di saat akhir kerana telah ramai pembeli rumah yang terciduk akibat tidak tahu strategi pelaburan hartanah yang betul.

Ericca Property
MAXXAN REALTY
018-2978687
Wasap.my/60182978687

Business Account

WTL/WANT TO LETRESIDENSI PANDANMAS 1 AMPANG KUALA LUMPUR AVAILABLE 1ST ARRIL 2024 PREFER MUSLIMRENTAL : RM1,600 nettDeta...
16/03/2024

WTL/WANT TO LET
RESIDENSI PANDANMAS 1 AMPANG KUALA LUMPUR AVAILABLE 1ST ARRIL 2024 PREFER MUSLIM
RENTAL : RM1,600 nett
Detail: - 1100sqft
- 7 level
- 2 Reserved Parking
- Semi Furnished
- 3 Bedrooms
- 2 bathrooms
- 2 Air Conditions, 3 ceiling fans, door bell, Led Light for all
rooms
- TV cabinet
- Wet kitchen tile cooking platform C/W cabinet drawer, sink & exhaust fans.
- Apartment grille
Common facilities:
- Swimming pool & gym (for adult)
- Swimming pool & playground (for children) separately -24 hrs security, multipurpose hall
Balcony Facing KLCC
Same floor with the swimming pool and gym.
Near to LRT, KTM station and school
Residence will also enjoy a short and easy access to the Tesco Ampang, IKEA Cheras, KL city center, KLCC or Bukit Bintang.

Ericca Property
Maxxan Realty
-0182978687-
https://wa.me/60182978687?text=Pandanmas1

05/03/2024

𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫𝐤𝐮ShahAlam RM288,000
💥3 bilik tidur dan 3 bilik air yang luas 1022 kps.
💥securiti keselamatan 24 jam.
💥2 car parks
💥Tumpuan Utama:
- Nikmati kemudahan Peralatan Rumah Percuma seperti
Penghawa Dingin x3, Pemanas Air x3, Televisyen x1,
dan banyak lagi.

👉🏻Gaji bersih 3k
👉🏻Pembeli rumah pertama
👉🏻Menetap/Menyewa/ic selangor
👉🏻Booking rm500

https://wasap.my/60182978687/rskushahalam




🏘️ SELANGORKU BERNAM JAYA (RSKU)💥Price-Rm250,000💥Property Detail      Land 20' X 65'      Built up 20' x 45'💥3 Bedrooms,...
03/03/2024

🏘️ SELANGORKU BERNAM JAYA (RSKU)

💥Price-Rm250,000
💥Property Detail
Land 20' X 65'
Built up 20' x 45'
💥3 Bedrooms, 2 Bath room
💥Completion in 24 months from SPA date
💥Affordable and sustainable home
💥Comfortable for family suite
💥Surrounding with facilities and amenities
💥Easily accessible via the North-South Expressway 💥Lowest price in town
💥Attractive package
👉🏻Package
👍🏻SPA legal, stamp duty and disbursement ALL
FREE Loan legal, stamp duty and disbursement ALL FREE
💥MOT FREE

http://www.wasap.my/60182978687/bernamjayarsku


26/02/2024

"Ada orang diduga dengan banyaknya harta, ada p**a orang diduga dengan kurangnya harta. Jangan mengganggap dengan banyaknya harta itu kemuliaan yang Allah beri pada kamu. Jangan p**a mengganggap kurangnya harta itu satu penghinaan daripada Allah. Jangan berfikir sedemikian. Kalau letaknya kemuliaan ssrg itu pada hartanya, tentu Qorun takkan dilingkupkan oleh Allah SWT sekali dengan hartanya di atas muka bumi ini."

23/02/2024

Bila dah selesai urusan pembelian rumah & dapat kunci, ada beberapa dokumen yang perlu anda simpan

Jangan syok sangat sampai terlupa ambil dokumen ni 😅

Ada lawyer yang pos ke alamat & ada yang call untuk mintak ambil di pejabat bila dah selesai semua urusan

Ni antara list dokumen penting

1. Salinan geran / strata (untuk unit berstrata)
Sila check salinan geran yang anda terima tu. Pastikan ada nama anda, no ic betul & gadaian bank/LPPSA

2. Sale & Purchase Agreement (SPA atau S&P)
Bila dapat ja S&P, buat salinan siap2 untuk buat pertukaran nama bil utiliti. Kena simpan betui2 sebab ni bukti pemilikan hartanah tu

3. Letter Offer Bank
Simpan salinan, dalam ni ada loan tenure, rate, lock in period (jika ada)

4. Valuation report
Yang ni biasanya valuer akan pos ke alamat, so simpan elok2 untuk future reference

5. Polisi MRTT/takaful kebakaran

6. Simpan resit valuation & legal fees, renovation. Jika nak jual rumah dalam tempoh kurang dari 5 tahun, boleh bantu untuk kurangkan cukai keuntungan hartanah (CKHT)

Simpan skali contact/kad agent & lawyer. Mana tau in future nak jual hartanah tu boleh guna khidmat depa balik 😁👍🏻

FAQ1. Gaji household mesti lebih RM3000.2. IC Selangor kerja luar Selangor boleh beli.3. IC luar Selangor, kerja di Sela...
27/01/2024

FAQ

1. Gaji household mesti lebih RM3000.

2. IC Selangor kerja luar Selangor boleh beli.

3. IC luar Selangor, kerja di Selangor boleh beli.

4. IC luar Selangor, menetap di Selangor boleh beli.

5. Terbuka kepada rakyat Malaysia bumi dan non bumi.

6. Harga jualan RM250K dengan rebate 10% menjadikan harga nett RM225K.

7. Jika lulus 100% financing/loan maka dapat CB 10%, 9% terus dapat 1% jika complete signing SPA dalam tempoh 70 hari.

8. Jika lulus 100% financing/loan, boleh keluarkan KWSP 10%. Jika lulus 90%, boleh keluar 20%.

9. Gaji bawah RM3K tapi ada variable income yang steady 6 bulan ke atas berjumlah lebih RM3K maka boleh cuba.

10. Show unit pada awal Mac.

11. Komisen belum diberitahu developer.

12. Pasangan ada rumah di Selangor tak kisah apa2 jenis, maka pasangan satu lagi tak boleh beli sebab ada rekod di LPHS dan LHDN. Melainkan rumah tu low cost sebab rumah Bernam ini dikira sebagai upgrade/tambahbaik.

13. Kerja sendiri/berniaga boleh cuba skim SJKP.

14. Mesti guna panel banker/bank lantikan developer untuk projek ini.

15. Tempoh rumah siap 24 bulan dari tarikh SPA ditandatangani/stamped.

Ericca Property
018-297 8687
Maxxan Realty

25/01/2024

(^_^) TENTANG REZEKI;

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil, maka kita cemburukan gaji dan elaun kawan kita yang bekerja di tempat lain yang dilihat lebih besar. Kita rasa resah melihat orang lain Rezeki itu bukan sahaja di slip gaji. Kekadang kita lupa..

Dapat bos di tempat kerja yang baik pun rezeki...
Dapat kawan tempat kerja yang baik pun rezeki...
Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki...
Kerja tak pressure pun rezeki...
Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki...

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya. Jom fikir luasnya rezeki. Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki...

RUMAH SELANGORKU BERNAM JAYA, HULU SELANGOR 🔥 Price from: RM225,000🔥 Booking  : Rm 100🔥 zero depositDetails:-✅ Single St...
25/01/2024

RUMAH SELANGORKU BERNAM JAYA, HULU SELANGOR

🔥 Price from: RM225,000
🔥 Booking : Rm 100
🔥 zero deposit

Details:-
✅ Single Storey
✅ 3 Bedroom, 2 Bathroom
✅ Leasehold (Bumi-Non Bumi)
✅ saiz 20’ x 65’
✅ completion in 24month from date spa

Syarat-syarat:-
✅ 18 tahun keatas
✅ Rumah Pertama/ tidak pernah miliki rumah
✅ jika pemohon ada rumah dan ingin jual rumah lama boleh mohon
✅ Ic Selangor/menetap selangor
✅ gaji bersih 3k dah boleh mohon
✅ gaji tidak melebihi 15k

FOR BOOKING
Ericca Property
0182978687
MaxxanRealty

www.wasap.my/60182978687/bernamjayafb

11/09/2023

KEPADA YANG BERNIAGA ATAU BEKERJA SENDIRI,BUKA LA SSM DENGAN ACC BANK COMPANY UNTUK MEMUDAHKAN ANDA BUAT LOAN RUMAH🙏🏻

08/04/2023

Lepas waktu berbuka semalam terus ke putrajaya untuk bawa 2 client view rumah untuk disewa bersama Wana Kassim . Terima kasih wana🌸

Rumah cantik dan selesa😍
Balcony yang luas😍
Kalau lah rumah tu dekat kl,berebut semua orang.
Fully furnished complete‼️
Aircond setiap bilik.

Yang nak cari rumah untuk dibeli,nak jual,nak semak kelayakan,nak sewa,nak check market value sini rapat2 whatsapp2 je okay.

Ericca Property
Maxxan Realty
018-297 8687

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60182978687

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ericca Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ericca Property:

Share

Category