Rumah Banglo Mampu Milik

Rumah Banglo Mampu Milik Kami adalah kontraktor berdaftar dengan CIDB Malaysia dan menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan

Kami adalah kontraktor berdaftar dengan CIDB Malaysia dan menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan, kerja-kerja kejuruteraan civil dan membina rumah (kami Reka dan Bina - home design and build).

Harga TERES tapi dapat rumah BANGLO melalui pakej tanah lot + bina rumah.Pakej tanah lot + bina rumah lebih berbaloi. Ca...
22/11/2024

Harga TERES tapi dapat rumah BANGLO melalui pakej tanah lot + bina rumah.

Pakej tanah lot + bina rumah lebih berbaloi. Cara pembelian melalui loan bank atau LPPSA, sama seperti beli rumah dari pemaju. Tak perlu cash yang banyak untuk deposit dan boleh 100% loan bagi yang layak.

Lokasi tepi jalan utama sekitar UMPSA Pekan. Ada di 3 lokasi:
- Kg. Siong (7 min dari Pekan)
- Kg. Jalan Tegak (15min ke Pekan)
- Kg. Permatang Arang (10 minit ke Pekan)
(semua lokasi dlm lingkungan 10-15min sahaja dari Bandar PEKAN.)

Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

wasap.my/60123760974/BangloUMPSAPekan

"Eh, rumah teres dah sempit sangat ke? Asyik bergaduh je dengan anak-anak..."Aduhai, memang penat la kan bila rumah dah ...
12/08/2024

"Eh, rumah teres dah sempit sangat ke? Asyik bergaduh je dengan anak-anak..."

Aduhai, memang penat la kan bila rumah dah tak cukup besar untuk keluarga yang semakin membesar. Nak bergerak pun susah, asyik terlanggar barang je. Belum lagi cerita nak buat open house raya nanti. Mesti semua orang berselirat macam sardin dalam tin!

Tapi jangan risau. Memang la kita tak boleh halang anak-anak membesar, tapi kita boleh besarkan rumah kita!

Kami ada penyelesaian untuk anda - Tanah Lot Banglo yang sesuai untuk keluarga bahagia!
• Geran individu - senang nak urus
• Boleh dapat 100% loan bank atau LPPSA - tak perlu keluar duit cash banyak-banyak.
• Lokasi strategik - senang nak pergi mana-mana
• Luas gila beb - boleh buat rumah besar, kebun, kolam renang ke... apa-apa je!
• Harga lebih murah dari rumah teres kat bandar tu - jimat duit, dapat lebih banyak!

Harga bermula dari RM 299,800 je untuk pakej rumah + tanah. Murah kan berbanding rumah teres yang dah sempit tu?

Jom WhatsApp kami sekarang di 012-376 0974
Nanti kita boleh sembang-sembang pasal tanah lot banglo ni dengan lebih lanjut!

14/07/2024

Kontraktor Bina Rumah:
=================

Nasihat saya pada bakal owner tanah yang nak bina rumah atau renovate rumah, pilihlah kontraktor yang betul. Terutama jika anda sendiri tiada pengalaman. Walaupun anda mungkin dari golongan professional dan cerdik pandai. Ingat lah, dunia pembinaan ni banyak selok beloknya dan banyak hidden cost. Kadang tak cukup dengan kita study setakat google aje. Dan kalau boleh, jangan lah lantik tukang direct yang kata boleh jimat banyak - bos beli sendiri barang, cuma bayar upah dia saja.

Bila start kerja mula la pening. Anda mungkin banyak benda lain terutama kerja-kerja di opis sebab anda orang penting dalam organisasi. Banyak tanggungjawab lain. Tak berbaloi nak hadap isu dan masalah pembinaan rumah jika sekadar jimat 5-10-15% kos sebenar. Bila dan mula hadap banyak masalah dan pening.. Masa tu lah mula datang rasa menyesal. Tak bebaloi diri sendiri jadi site supervisor atau project manager projek gini sebab ia bukan bidang anda.

Lantik la Kontraktor berdaftar yang ahli dan arif dalam bidang mereka. Takut nanti bukan jimat yang dapat, rugi p**a yang datang sekali dengan masalah lain.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sekadar berpesan aje.

01/07/2024

Ulang baca. Sebab masih ramai yg terbeli dan nak beli lot lidi. Ada yang mesej saya bagaimana cara nak selesaikan pemilikan geran tanah mereka. Nasihat saya, ELAKKAN dari beli lot lidi yang guna Surat Ikatan Amanah ni. Jika dah TERBELI, cuba bincang dengan tuan asal atau penjual asal untuk jual balik dengan harga kos atau harga rugi sikit pun takpe. Elakkan jual kepada pembeli lain, ia umpama kita nak letakkan masalah lot lidi tu p**a pada mereka. Ya, memang sakit hati jika dah keluar duit berpuluh ribu, tapi anggaplah itu sebagai yuran 'kepandaian' kita dalam membeli hartanah yang betul.

(Artikel oleh Arwah SALKUKHAIRI ABD SUKOR)

KEDUDUKAN SURAT IKATAN AMANAH DALAM URUSAN JUAL BELI TANAH LOT LIDI. ADAKAH MELINDUNGI HAK DAN KEPENTINGAN PEMBELI?

1. Surat Ikatan Amanah (SIA) kini menjadin instrument pop**ar yang digunapakai dalam urusan jual beli tanah lot yang belum ada geran individu (lot lidi).
2. Melaui SIA tersebut, semua pembeli tanah lot lidi diminta menandatangani satu SIA yang disediakan sendiri oleh penjual atau peguam penjual, dimana melalui SIA tersebut pembeli bersetuju melantik penjual atau wakil penjual sebagai pemegang amanah yang akan bertanggungjawab menguruskan urusan permohonan tukar syarat tanah dan pecah sempadan sehinggalah hakmilik individu berstatus bangunan dikeluarkan dan dipindahmilikkan kepada pembeli.
3. Sesuatu SIA perlulah didaftarkan di Pejabat Tanah untuk membolehkan ianya dikuatkuasakan. Dan apabila telah didaftarkan di Pejabat Tanah, pindahmilik hendaklah dibuat dalam geran untuk memindahmilikkan nama penjual selaku pemilik berdaftar kepada nama penjual selaku Pemegang Amanah terhadap tanah tersebut. Barulah SIA tersebut boleh dianggap sempurna dan efektif dari segi perundangan.
4. Ada sesetengah penjual tidak mendaftarkan pun SIA tersebut di Pejabat Tanah. Apatah lagi membuat pindah milik nama penjual dalam geran daripada pemilik berdaftar kepada Pemegang Amanah. Bahkan kadangkala SIA tersebut tidak pun dimati stem oleh penjual. Bukan itu sahaja, kadangkala pembeli pun tidak pernah tengok SIA tersebut apatah lagi mendapat satu salinannya daripada penjual. Jadi bagaimanakah hak dan kepentingan pembeli akan dilindungi sepenuhnya melalui SIA tersebut?
5. Perlu difahami, dari segi perundangan, kedudukan SIA ini sama seperti Perjanjian Jual Beli (SNP) sesuatu hartanah. Walaupun perjanjian jual beli telah ditandatangani dan di mati setem, sesuatu transaksi jual beli hartanah dianggap masih tidak sempurna sehinggalah hartanah tersebut dipindahmilik kepada pembeli.
6. Begitu lah juga keadaan nya dengan SIA ini. Walaupun wujudnya SIA dalam transaksi jual beli tanah lot lidi tersebut, transaksi jual beli tersebut masih belum boleh dianggap sempurna sehinggalah hakmilik individu berstatus bangunan dikeluarkan dan pindahmilik didaftarkan kepada pembeli.
7. Selagi pindahmilik belum dibuat, hak dan kepentingan pembeli terhadap tanah lot tersebut masih tidak dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang walaupun dengan adanya SIA tersebut. Ini kerana dari segi perundangan, hak dan pemilikan seseorang terhadap sesuatu hartanah hanya diiktiraf oleh undang-undang selepas nama mereka telah didaftarkan dalam geran.
8. Masalah juga akan timbul sekiranya pemegang amanah yang dilantik tersebut meninggal dunia sebelum geran individu dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.
9. Sebaik sahaja pemegang amanah meninggal dunia, maka SIA tersebut akan dianggap terbatal. Pemegang amanah yang baru dikalangan waris penjual perlu dilantik. Untuk membolehkan SIA tersebut dikuatkuasakan, ianya perlulah melalui proses dan prsedur yang saya nyatakan di atas tadi.
10. Apa akan jadi sekiranya waris penjual tidak mahu memberi kerjasama untuk mengambil alih tugas sebagai pemegang amanah? Pasti urusan pengeluaran geran individu dan pindah milik akan tergendala dan tidak dapat disempurnakan.
11. Masalah akan menjadi lebih rumit sekiranya waris kepada penjual menuntut pusaka terhadap tanah tersebut. Bukankah itu akan menyebabkan proses penyempurnaan urusan pengeluaran geran individu dan pindahmilik akan terganggu.
12. Bagaimana p**a kalau dalam proses pengeluaran geran individu tersebut, pembeli p**a yang meninggal dunia. Bolehkan waris pembeli menuntut tanah lot tersebut sebagai harta pusaka simati dengan hanya bersandarkan kepada SIA tersebut semata-mata, sedangkan pindah milik masih belum dibuat kepada pembeli?
13. Berdasarkan pengalaman saya, dalam kes sebegini, Pejabat Pusaka Kecil ataupun Mahkamah akan melihat sama ada dalam geran tersebut ada nama pembeli atau tidak sebagai pemilik berdaftar. Jika tiada sudah pasti agak sukar untuk mereka mengesahkan bahawa tanah lot tersebut adalah harta pusaka pembeli yang boleh diwariskan kepada waris-waris mereka.
14. Selain daripada itu, SIA ini juga perlulah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan amalan guaman hartanah yang sebenar sebagaimana yang dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara (KTN). Sekiranya peruntukan undang-undag tersebut tidak dipatuhi, maka bagaimanakah SIA tersebut boleh dikuatkuasakan? Jika KTN menetapkan untuk tanah pertanian 1 ekar hanya boleh dipindahmilikan kepada satu penama sahaja misalnya, walaupun dengan adanya SIA tersebut, pindahmilik tetap tidak boleh dilaksanakan selagi hakmilik individu yang berasingan berstatus bangunan belum dikeluarkan.
15. Kesimp**annya, SIA hanyalah sekadar satu dokumen kontrak semata-mata sama seperti SNP. Ianya tidak mempunyai nilai sebagai satu bentuk urusniaga yang boleh didaftarkan (registrable dealing) di bawah Kanun Tanah Negara yang mengiktiraf hak pemilikan seseorang terhadap sesuatu hartanah.
16. Oleh itu, selagi pindahmilik tidak dibuat kepada nama pembeli di dalam geran individu berstatus bangunan, selagi itulah hak dan kepentingan pembeli tanah lot lidi tidak akan dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang. Buatlah 10 SIA sekalipun, keadaannya tetap sama.

Sekian, Terima kasih,

Yang benar,
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

23/06/2024

Keuntungan Membeli Tanah dan Membina Rumah 2-3 Tahun Lalu: Satu Pelaburan yang BIJAK.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran hartanah di Malaysia telah mengalami perubahan yang ketara. Bagi mereka yang telah membeli tanah dan membina rumah sekitar 2-3 tahun yang lalu, keputusan tersebut terbukti sebagai satu pelaburan yang sangat bijak. Berikut adalah beberapa sebab mengapa mereka yang bertindak awal menikmati keuntungan yang signifikan berbanding dengan kos yang semakin meningkat sekarang.

1. Kos Pembinaan yang Lebih Rendah
Sekitar 2-3 tahun yang lalu, kos bahan binaan seperti simen, besi, dan kayu masih berada pada paras yang lebih rendah berbanding sekarang. Kenaikan harga bahan binaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menyebabkan kos pembinaan melonjak tinggi. Mereka yang telah menyelesaikan pembinaan rumah mereka sebelum kenaikan harga ini tidak terkesan dengan kos tambahan yang signifikan.

2. Kos Diesel dan Tenaga Kerja
Dengan penghapusan subsidi diesel baru-baru ini, kos pengangkutan dan operasi pembinaan telah meningkat. Kos tenaga kerja juga tidak terkecuali daripada peningkatan ini, akibat daripada inflasi dan peningkatan kos sara hidup. Mereka yang membina rumah beberapa tahun lalu berjaya mengelakkan kos tambahan ini, menjadikan pelaburan mereka lebih berbaloi.

3. Peningkatan Nilai Hartanah
Tanah dan rumah yang dibeli dan dibina 2-3 tahun lalu kini telah meningkat dalam nilai. Pasaran hartanah secara umumnya mengalami kenaikan harga, terutamanya di kawasan-kawasan yang sedang membangun. Oleh itu, pemilik hartanah yang bertindak awal kini menikmati keuntungan daripada peningkatan nilai hartanah mereka, memberikan p**angan yang tinggi terhadap pelaburan mereka.

4. Kadar Faedah yang Rendah
Beberapa tahun lalu, kadar faedah pinjaman perumahan berada pada paras yang lebih rendah. Pemilik rumah yang telah mengunci kadar faedah yang lebih rendah ini menikmati bayaran balik pinjaman yang lebih rendah, sekaligus menjimatkan kos keseluruhan pembelian dan pembinaan rumah mereka.
Bertindak Sekarang: Peluang untuk Masa Depan
Walaupun kos pembinaan dan hartanah telah meningkat, bertindak sekarang masih menawarkan peluang yang berpotensi untuk keuntungan dalam 2-3 tahun akan datang. Terdapat beberapa faktor yang menyokong pandangan ini:

1. Peningkatan Permintaan Hartanah
Dengan pop**asi yang semakin meningkat dan urbanisasi yang berterusan, permintaan untuk hartanah dijangka terus meningkat. Ini akan menyebabkan harga tanah dan rumah terus naik. Melabur dalam hartanah sekarang boleh memberikan keuntungan jangka panjang apabila nilai hartanah meningkat.

2. Kemungkinan Kenaikan Kos yang Berterusan
Trend peningkatan kos bahan binaan dan tenaga kerja dijangka akan berterusan. Oleh itu, melabur sekarang dapat mengunci kos yang lebih rendah sebelum kenaikan harga seterusnya berlaku. Ini dapat mengelakkan pembeli daripada terpaksa membayar lebih tinggi di masa hadapan.

3. Kelebihan Kadar Faedah Semasa
Walaupun kadar faedah mungkin tidak serendah beberapa tahun lalu, ia masih berada pada tahap yang kompetitif. Mengambil pinjaman perumahan sekarang dapat memberikan peluang untuk menikmati kadar faedah yang masih relatif rendah sebelum sebarang kenaikan kadar yang mungkin berlaku.

Kesimp**an
Keputusan untuk membeli tanah dan membina rumah 2-3 tahun yang lalu telah terbukti sebagai satu pelaburan yang bijak, terutamanya dengan peningkatan kos pembinaan dan nilai hartanah sekarang. Bagi mereka yang mempertimbangkan untuk bertindak sekarang, peluang untuk keuntungan masih ada, dengan pertimbangan terhadap kenaikan harga yang berterusan dan permintaan hartanah yang meningkat. Pelaburan dalam hartanah sentiasa mempunyai potensi untuk memberikan p**angan yang baik, terutamanya dengan perancangan dan tindakan yang tepat pada masanya.

Kredit: BINAZRIN GROUP

Eh korang anak Pekan, Pahang!Dah lama kot berangan nak rumah banglo sendiri? Tapi ingat susah nak dapat? Jangan risau da...
23/06/2024

Eh korang anak Pekan, Pahang!
Dah lama kot berangan nak rumah banglo sendiri? Tapi ingat susah nak dapat? Jangan risau dah!

Kami ada pakej bina rumah banglo best gila beb kat Pekan ni. Bayangkan la, korang boleh buat rumah besar macam kat TV tu. Luas gila, anak-anak boleh main bola tau!

Apa yang best pasal lot tanah banglo ni:
• Geran individu , freehold (Pegangan selama-lamanya)
• Boleh pinjam bank atau LPPSA - senang je!
• Dekat dengan kedai, sekolah, semua ada - tak payah pening kepala
• Luas gila kot - nak buat kolam renang pun boleh!
• Harga? Murah la berbanding rumah teres yang sempit pemaju jual tu.

Berapa? Start dari RM 299,800 je. Harga teres@SemiD kat Pekan pun dah nak sama harga ni tau!

Nak tahu lagi? Jom WhatsApp kami sekarang 012-376 0974.

Jangan tunggu dah! Nanti orang lain ambik p**ak, menyesal p**ak bila dah abih promosi.

Harga Banglo Setingkat vs Rumah Teres Setingkat di Pekan (2024)Yang mana lagi berbaloi untuk wang anda??Namun kami faham...
25/05/2024

Harga Banglo Setingkat vs Rumah Teres Setingkat di Pekan (2024)

Yang mana lagi berbaloi untuk wang anda??

Namun kami faham, ada orang sukakan rumah taman ada jiran kiri kanan. Bising sikit pun takpe, asalkan ada teman/jiran untuk sembang-sembang.

Namun ada orang yg pentingkan ketenangan, keamanan dan ketenteraman. Nak p**ak lepas penat kerja seharian. Balik rumah nak healing-healing dan tenang aje. Nak p**ak tanah/laman luas ada yg buat kolam ikan, ada pokok pokok bunga. Malah ada yang buat mini pool untuk anak-anak.

Jadi kami berikan pilihan, untuk harga mampu milik anda boleh capai semua impian ini.

Tinggal 2 unit sahaja untuk harga promosi ni.

Hubungi kami segera untuk info lanjut:

wasap.my/60123760974/banglo299k

Kami uruskan semua untuk anda.
- Panel lawyer
- loan bank / LPPSA
- cash/tunai
- Pengeluaran KWSP

wasap.my/60123760974/banglo299k
wasap.my/60123760974/banglo299k

Dah makin nampak rupa.Banglo setingkat. Konsep minimalis.Apa yg penting, rumah sendiri dan tanah sendiri. Kecik pun takp...
12/05/2024

Dah makin nampak rupa.

Banglo setingkat. Konsep minimalis.

Apa yg penting, rumah sendiri dan tanah sendiri. Kecik pun takpe. Boleh reno kemudian.

Jom bina rumah impian anda bersama kami.
Semua kami uruskan A-Z.

✅Pelan bangunan dan Arkitek
✅Submission ke PBT
✅Loan bank / LPPSA / Tunai
✅Panel peguam
✅Jaminan kualiti (defect liability) 12bln
✅Bina siap sampai dapat CCC@CF

Wasap.my/60123760974/binarumah
Wasap.my/60123760974/binarumah
Wasap.my/60123760974/binarumah

Apa???? Banglo 4 bilik, luas tanah lebih 7000sqft harga bawah 300k??? Status tanah Freehold p**ak tu...Biar betul...ada ...
06/05/2024

Apa???? Banglo 4 bilik, luas tanah lebih 7000sqft harga bawah 300k??? Status tanah Freehold p**ak tu...

Biar betul...ada lagi ke harga macam ni?

"Hmm..rumah berkembar kat Pekan ni pun biasanya pemaju jual dalam lingkungan harga RM320k-330k....betul ke ni..?"

Ya, ada tuan tuan dan puan puan, cikgu cikgu semua.. mana² yg kerja kerajaan tu boleh mari tengok. Loan senang² boleh dapat 100%. Tak lama lagi naik gaji kan.. jangan lepaskan peluang ni.. jarang² datang, unit pun tak banyak.

Kenapa boleh jual lebih murah dari harga rumah berkembar? Sebab boleh. Tanah ni milik kami sendiri, jadi kami boleh jual murah sikit. Biar untung tak banyak takpe, janji dapat bantu tuan puan miliki rumah idaman pada harga yang berbaloi.

Yang kerja swasta nak buat loan bank under skim SKJP pun boleh dapat 100%, jika layak. Janji gaji cukup dan tiada status blacklisted.

*Bayaran bulanan (anggaran) cuma RM 1300 je!*

Lokasi? Tepi jalan utama jalan Pulau Jawa - Kg Marhum. 6 min je dari Hotel Ancasa.

⚠️ Unit Terhad ⚠️

👉🏼Boleh loan LPPSA
👉🏼Boleh loan bank
👉🏼Boleh cash/tunai (bayaran berperingkat)

✅Bayaran Muka Rendah
✅Kos Guaman kami tanggung (untuk Perjanjian Jual Beli shj)

📍PM Lokasi Sekarang

wasap.my/60123760974/rumahbanglo300k

Rumah berkembar siap 100%. Tempoh siap bina 7 bulan. (Sekarang sedang tunggu CCC)Pemilik guna LPPSA bina rumah atas tana...
22/04/2024

Rumah berkembar siap 100%. Tempoh siap bina 7 bulan. (Sekarang sedang tunggu CCC)

Pemilik guna LPPSA bina rumah atas tanah sendiri. Satu disewakan, satu tinggal sendiri. Pemilik bijak, hasil sewa boleh guna untuk bayar pinjaman.

Kami ada tanah lot banglo, boleh bina rumah macam ni guna loan bank/LPPSA. Boleh beli tanah sekali bina rumah. Nak untung, buat semiD, hutang bank rumah kita nanti penyewa yang bayar.

Berminat nak tau lanjut, boleh hubungi:
Wasap.my/60123760974/binarumahloan

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 21:00

Telephone

+60123760974

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Banglo Mampu Milik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share