26/04/2019
Apa Itu Net Disposable Income (NDI)?
****************************************
****************************************
Nak dapat pembiayaan perumahan sekarang ni semakin susah jika kau tak faham aturannya. Selain faktor DSR (Debt Service Ratio) yang diambil kira oleh pihak bank, faktor NDI juga penting untuk permohonan pembiayaan perumahan yang baru.
Bank Negara Malaysia sering mengeluarkan panduan kepada pihak bank supaya rakyat Malaysia tidak terbeban dengan hutang. Supaya tidak diselubungi dengan hutang yang tidak mampu mereka bayar. Jika diikutkan oleh AKPK, purata lebih kurang 44 orang rakyat Malaysia akan bankrap/muflis setiap hari.
***
Secara ringkasnya cara pengiraan NDI adalah seperti berikut:
Pendapatan Bersih - Semua Komitmen Hutang - Komitmen hutang baru = NDI
Contohnya;
Pendapatan bersih korang lepas tolak KWSP, ada . Tolak p**a hutang kereta RM350. Dan ansuran bulanan rumah kau baru nak beli ialah .
**ansuran bulanan rumah baru nak dibeli boleh disemak anggarannya di aplikasi iMoney**
- - =
Jadi dikira ni NDI kau. Bank anggap dengan ni lah digunakan untuk keperluan hidup kau. Nak bayar sewa rumah ke, bayar bil-bil ke. Belikan awek patung beruang besar ke.
NDI ni macam cost of living, kos sara hidup, baki duit yang ada untuk buat perbelanjaan hidup selepas tolak semua komitmen bulanan nanti. Kalau takde NDI macam mana kau nak hidup kan. Kos makan minum semua tu.
Jika tolak semua komitmen tinggal je. Macam mana kau nak hidup kan? Nak tunggu gaji seterusnya lambat lagi.
*
Kategori bandar termasuklah; Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang, Petaling Jaya, Subang dan bandar yang tinggi kos hidupnya.
Antara NDI ditetapkan oleh bank ialah;
1. Maybank
Bandar: #
Luar bandar: RM1000
2. CIMB
Bandar:
Luar bandar:
3. Hong Leong Bank
Bandar:
Luar bandar:
4. Public Bank:
Bandar:
Luar bandar:
5. Bank Rakyat
Bandar: #
Luar bandar: RM1000
6. Bank Islam
Bandar:
Luar bandar:
7. Ada sesiapa/banker yang tahu mahu tambah lagi? Boleh dijadikan rujukan bersama.
**Mungkin tidak tepat 100% nilai NDI tersebut. Untuk rujukan asas sahaja. Mungkin berubah mengikut SOP bank dan juga mengikut cawangan bank juga.
*
Kau perlu mempunyai baki pendapatan sekurang-kurangnya ,500, jika tinggal di kawasan Lembah Klang, selepas tolak semua komitmen bulanan termasuk komitmen baru yang dimohon.
NDI ni kira wang untuk perbelanjaan kehidupan korang lah. Kos sara hidup. Cost of living. Kau kan s**a bergaya hidup mewah. Kakakaka.
Tapi kau janganlah risau, pihak bank akan cuba tolong kau. Yang penting dokumentasi kenalah lengkap. Ada simpanan dekat akaun bank, ASB, Tabung Haji kau kasi je tunjuk ke mereka. Tak pun parking dulu duit simpanan suami/isteri korang dalam ASB/TH kejap. Nak tunjuk kau ada simpanan juga sikit-sikit.
Kesimp**annya, jika kau berpendapatan bawah , kena lah tambah pendapatan lagi. Buat side income. Perniagaan online ke. Kena kurangkan hutang juga. Jangan risau dan kelam kabut ye. Masa itu akan tiba jika kau berada di jalan yang lurus selurus-lurusnya.
Tapi, kalau kau bergaji RM2000 dah pakai Honda City, ada kad kredit, hutang peribadi masa kahwin tak habis bayar lagi, kau janganlah cari rumah mahal-mahal atas tanah tepi KLCC ye ye. Kau cari dulu rumah apartmen. Kah!
SHARE l TAG jika manfaat 😊
P/S : Sy beri kebenaran utk share posting ini. Semoga bermanfaat kepada diri sendiri, family dan kawan2
Afiq Safeeuddin
Real Estate Negotiator
WA untuk pertanyaan : 0195227284