24/06/2021
HAKMILIK SEMENTARA (QUALIFIED TITLE) DAN HAKMILIK TETAP (FINAL TITLE)
PROSEDUR PERMOHONAN DARI HAKMILIK SEMENTARA (QT) KEPADA HAKMILIK TETAP (FT)
Pendaftaran QTFT diproses tanpa permohonan daripada individu atau pemilik tetapi menerusi fail permohonan di Unit Tanah, Pejabat Tanah dan Daerah setelah Pelan Akui (P.A) dikeluarkan dan disahkan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan.
Permohonan persendirian dari pemilik atau mereka yang berkepentingan boleh dibuat di Unit Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing dengan membawa :
1) Salinan Hakmilik Sementara
2) Pelan Hakmilik Sementara (Borang B2)
3) Salinan resit cukai tanah terkini
4) Pelan Akui (P.A) – Boleh dapat dari JUPEM
TEMPOH PROSES PERMOHONAN PENDAFTARAN
• Hakmilik Sementara (QT) telah daftar tetapi Permintaan Ukur belum dihantar kepada JUPEM
• Permintaan Ukur telah dihantar tetapi Pelan Akui belum dikeluarkan oleh JUPEM
• Pelan Akui telah diterima di PDT tetapi belum buat permohonan untuk pendaftaran FT
• Fail permohonan telah dihantar ke Unit Pendaftaran PTGS / PDT, tetapi belum diproses kerana ada urusan perserahan urusniaga dan bukan urusniaga didaftarkan ke atas Hakmilik Sementara
• Bilangan lot dalam fail permohonan yang berbeza
• Tempoh masa bagi permohonan pengeluaran Hakmilik Tetap bagi satu lot adalah sebulan
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
Pemohon boleh menyemak dengan membawa atau menyatakan nombor Hakmilik Sementara serta mukimnya atau nombor fail permohonan yang terdapat pada bahagian hadapan Hakmilik Sementara berkenaan, atau nombor hakmilik sambungan (FT) dan mukimnya. Sekiranya tarikh penerimaan fail dari PDT diperolehi, semakan menjadi lebih mudah.
Semoga bermanfaat.