25/08/2017
Harian Metro Jumaat 25 Ogos 2017.
Membaca artikel di bawah, terpanggil untuk post di page sendiri. Mengapa?
Saya mempunyai beberapa unit homestay dan saya sendiri pernah ada pengalaman menginap banyak homestay samada di dalam negara ataupun di luar negara. Alhamdulillah, segala kebersihan dan tingkahlaku kami sekeluarga dijaga mengikut adab seorang Muslim.
Saya percaya, rakyat Malaysia menuju ke arah ini. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengusaha homestay di Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia harus dipegang sesuatu kepunyaan mereka untuk menjadi lebih displin. Sebagai contoh, kami akan mengenakan security deposit semasa check in, untuk memastikan tetamu mematuhi peraturan rumah dan tata tertib mereka. Pernah juga mempunyai pengalaman dengan tidak mengenakan sebarang security deposit, tetapi lain jadinya.
Bagaimanapun, perkara ini tidak berlaku di kebanyakan rakyat Malaysia, apabila mereka menginap di homestay luar negara (kecuali bagi kes di dalam artikel 😱). Perspesi mungkin? Tidak mahu dikatakan tidak ada tatatertib oleh bangsa asing?
Pandangan peribadi saya, di mana juga kita pergi, tak kira homestay di dalam negara atau luar negara, perlu ada kesedaran sivik. Didik generasi kita untuk menjadi seorang PEMBERSIH dan MENJAGA ADAB.
Islam juga menyarankan kita menjaga kebersihan dan adab tingkahlaku sebagai tetamu kan?
Tepuk dada, tanya diri sendiri...