Zamzam ukur

Zamzam ukur UKUR TANAH, PECAH LOT, PECAH SEMPADAN, PECAH BAHAGIAN SEMUA BOLEH !

Kepada semua warga ukur mari kita memeriahkan lagi kejohanan ini.
10/09/2023

Kepada semua warga ukur mari kita memeriahkan lagi kejohanan ini.

Menyulusuri laluan usang🙃
31/10/2021

Menyulusuri laluan usang🙃

16/09/2021
Buat sahabat dan saudaraku sekalian alam amik masa sejenak dan baca kelahiran saat2 Junjungan Besar kita semua dilahirka...
28/10/2020

Buat sahabat dan saudaraku sekalian alam amik masa sejenak dan baca kelahiran saat2 Junjungan Besar kita semua dilahirkan Nabi Muhammad saw.

https://www.facebook.com/1283795391/posts/10224694842220141/
28/10/2020

https://www.facebook.com/1283795391/posts/10224694842220141/

TUAN TANAH TIBA-TIBA DAPATI HILANG HAKMILIK. BAGAIMANA IA BOLEH BERLAKU?

Pernah dengar tak kes dimana seseorang tiba-tiba mendapati dia hilang hakmilik terhadap tanahnya?

Bila buat semakan di Pejabat Tanah di dapati tanah dia telah bertukar kepada nama orang lain atau didapati tanah dia tidak lagi didaftarkan atas namanya atau tiada dalam rekod pendaftaran hakmilik di pejabat tanah.

Bagiamana keadaan tersebut boleh berlaku?

Berdasarkan pengalaman saya, di sini saya kongsi kan beberapa kemungkinan bagaimana boleh berlakunya sesuatu tanah itu boleh hilang hakmilik.

Kemungkinan #1 : Unsur penipuan

Wujudnya unsur-unsur penipuan, desakan atau salah nyata daripada mana-mana pihak terhadap tuan tanah sehingga menyebabkan tuan tanah menandatangani dokumen pindah milik dan menyerahkan geran tanah asal dan lain-lain dokumen kepada pihak tersebut dan seterusnya pindah milik didaftarkan kepada nama pihak-pihak tertentu.

Kemungkinan #2 : Pemalsuan tandatangan

Wujudnya pemalsuan tandatangan tuan tanah pada dokumen pindah milik ataupun pemalsuan geran tanah atau lain-lain dokumen pindah milik yang menyebabkan pindah milik dapat didaftarkan kepada pihak-pihak tertentu.

Kemungkinan #3 : Surat kuasa wakil penuh

Tuan tanah memberikan surat kuasa wakil penuh (Full PA) kepada pihak-pihak tertentu sama ada secara mereka faham/sedar atau tidak faham/sedar sehingga memberi kuasa kepada pemegang wakil kuasa untuk memindah milikkan tanah tersebut kepada mana-mana pihak.

Kemungkinan #4 : Gadaian tanah

Tuan tanah menggadaikan tanahnya kepada mana-mana pihak seperti bank atau individu dan telah menandatangani dokumen gadaian sebagai cagaran kepada hutang yang diberikan, dan akibat kegagalan tuan tanah menjelaskan hutang tersebut, tanahnya dilelong dan seterusnya dipindahmilikkan kepada pihak lain yang berjaya dalam lelongan.

Kemungkinan #5 : Tunggakan cukai tanah

Tuan tanah gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah atau tuan tanah melanggar apa-apa syarat nyata pada tanah tersebut sehingga menyebabkan tanahnya “dirampas” oleh kerajaan (melalui pejabat tanah) dan kemudiannya diserahkan oleh kerajaan kepada pihak lain.

Kemungkinan #6 : Pecah amanah

Pecah amanah oleh pihak-pihak tertentu seperti pemegang amanah, termasuklah peguam sebagai stakeholder (pemegang pertaruhan), yang telah mendaftarkan pindah milik tersebut kepada pihak-pihak tertentu walaupun sepatutnya pindah milik tersebut tidak sepatutnya dibuat/ belum boleh didaftarkan lagi di pejabat tanah.

Kemungkinan #7 : Kesilapan teknikal

Kesilapan teknikal di pihak pejabat tanah dalam merekodkan sebarang urusniaga tanah sehingga menyebabkan tanah tersebut didaftarkan kepada nama pihak lain.

Kemungkinan #8 : Tanah diambil oleh kerajaan

Tanah anda di ambil oleh kerajaan di bawah Akta Pengambilan Tanah dan tanpa anda sedari atau mungkin disebabkan anda tidak menerima sebarang notis tentang pengambilan tersebut, tanah anda telah diserahkan kepada pihak lain atau digunakan oleh pihak lain.

Ini antara kemungkinan-kemungkinan berlakunya keadaan di mana tanah seseorang boleh hilang hakmilik tanpa disedari oleh tuan tanah.

Justeru nasihat saya, selalulah buat carian rasmi terhadap status tanah anda dari masa ke semasa.

Sebab walaupun mungkin anda masih pegang geran asal tanah anda, tidak mustahil tanah anda mungkin boleh terlepas ke tangan pihak lain tanpa anda sedari.

Jadi, berwaspada lah selalu.

Sekian, terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia (K-LITERASI)

Mohon Doa semua rakyat Malaysia.
17/10/2020

Mohon Doa semua rakyat Malaysia.

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
17 Okt 2020

Kes sembuh=302
Jumlah kes sembuh=12,561 kes
Kes baharu positif=869
(kes import=0, kes tempatan=869)
Jumlah positif=19,627 kes
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=180 kes
Kes dirawat di ICU= 91 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 30 kes

Daripada 869 kes baharu dilaporkan hari ini, 90% adalah daripada kawasan PKPD, PKPB dan juga penjara.

Bila berlaku kematian, ramai yang beranggapan setelah selesai urusan pengkebumian, maka selesailah urusan si arwah.Tidak...
23/12/2018

Bila berlaku kematian, ramai yang beranggapan setelah selesai urusan pengkebumian, maka selesailah urusan si arwah.

Tidak sebenarnya.

Ia hanya selesai setelah harta2 si mati samada harta alih atau tak alih dipindahkan atau diturunmilik kepada waris2nya yang masih hidup.

Dah selesai pembahagian harta itu, barulah selesai urusan dunia si mati.

Hanya perlu 3 langkah sahaja untuk menyelesaikan urusan si mati selepas pengkebumian.

Owh yer, pedulikan saja org kata 'kubur masih merah' dan sebagainya.

Sepatutnya sementara adik beradik masih berkumpul itulah dapatkan tandatangan waris2 si mati utk diuruskan segera.

3 langkah tersebut :

1. Pergi pejabat pusaka di mana harta tersebut terletak.

Nak tau lokasi pejabat pusaka, layari www.jkptg.gov.my. Kalau tak faham, boleh terus tanya dorg. Fon no semua lengkap dalam website tu.

2. Ambil borang A dan isikan dengan lengkap.

3. Dah lengkap isi, hantar semula ke pejabat pusaka berkenaan dan tunggu surat untuk dipanggil bicara pusaka. Anggaran tempoh 3 hingga 6 bulan.

Selesai dah peringkat awal.

Susah ke?

---

Pejabat pusaka untuk harta nilai bawah RM2 juta.
Mahkamah tinggi untuk harta nilai atas RM2 juta.

23/12/2018

Ada masalah tanah ? Tanya kami

04/08/2017

Nak tahu sempadan tanah? Kenapa kos jurukur mahal?

Dia bg 5, aku nk tambah 1 lg.
Belajaq ilmu ukuq ni silibus dia mcm killer subject.
Tara nak grad tu pecah kepala 😂
Tu xkira yg repeat paper, yg tambah sem.

Boleh kata hampir setiap hari, banyak kawan-kawan atau individu-individu yang call, whatapps atau fbm abang bertanyakan tentang nak ukur tanah mereka. Rata-ratanya berkaitan dengan permasalahan tanah mereka, ada yang gadoh dengan jiran sebelah, ada yang nak ukur buat rumah, ada yang nak beli, ada yang nak jual....dan yup, kesemuanya perlukan khidmad jurukur tanah untuk ukur balik dan tanda balik sempadan asal tanah mereka, senang cerita nak cari balik batu sempadan tanah mereka supaya jelas dan sahih sempadan tanah mereka.

Dan perkara utama yang nak abang highlight kat sini adalah, betul, UPAH JURUKUR NI MEMANG MAHAL. Sepatutnya memang macam tu lah sebab kerja ukur ni satu bidang yang profesional, dan perlu di highlightkan disini sebab ini adalah antara yang paling susah abang nak jawab, lebih-lebih lagi kalau kawan-kawan yang bertanya, atau perlukan khidmat abang. Kadang tu ada yang meremehkan kerja jurukur ni, katanya apalah sangat, takat pasang teropong, teropong sikit-sikit, gali-gali, terus jumpa batu. Kerja senang kenapa nak charge mahal-mahal sangat?

Antara yang orang ramai perlu tahu dan turut ambil peduli bila nak minta khidmad jurukur ni, yang mana menyebabkan upah ukur kami mahal ialah :

1) Tanggungjawab kami kepada kerja yang kami buat tu tinggi. Ini paling utama dan ramai yang tak terfikir benda ni. Selalunya tanggungjawab kami orang akan pegang sampai bila-bila. Kalau ada masalah, nak-nak lagi bila ada pertikaian, kami jugaklah nak kena explain sampai semua faham. Yang bergadoh, kami lah yang dok ditengah-tengah. Kerja perlu diperhalusi selalu supaya tak timbul sebarang isu dan pertikaian, atau perbalahan kelak. Ingat senang ke duduk ditengah-tengah ni nak settle korang asyik bergadoh pasal tanah? Bukan korang je sakit kepala, kami pun turut sakit kepala sama tau.

2) Peralatan kerja ukur yang kami gunakan bukan murah harganya. 1 set complete peralatan kerja kami boleh cecah rm20k paling cikai punya. Ada yang ratus-ratus ribu punya pun ada. Jadi, dengan modal sebegini banyak kami keluarkan, macam mana kami nak bagi harga rendah-rendah? Ada jugak yg bila diberitahu begini, depa cakap, "Alah tu masa mu beli dulu, la ni dah balik modal dah". Betul tuan-tuan dan puan-puan, ada yang 2 3 tahun balik modal, tapi perlu di ingat juga, peralatan ukur kami ni perlu di service juga, secara berkala paling tidak setiap 6 bulan sekali dan kosnya bukan rendah. Macam kereta tuan-tuan dan puan-puan pakai tu, tiap-tiap bulan kena hantar service jugak kan? Apa jadi kalau tak hantar service? Sendiri mau faham lah ye.

3) Berkerja dalam satu pasukan, ya pasukan disini bermaksud kami perlu berkerja dalam satu team yang paling tidak mesti 2 atau 3 orang. Bila begitu, ianya melibatkan pembayaran gaji kepada perkerja yang 2 atau 3 orang ni. Kadang-kadang tu, bila abang bagi harga, ditawar pulak sampai ke harga nak bayar gaji hari pekerja pun tak lepas, agak-agak masuk akal ke tidak? Sedih abang tau.

4) Kerja ukur ni boleh dikategorikan didalam kerja high risk. Nak-nak lagi mak aihhh korang punya tanah semak hutan tropika, atau kalau tanah kampung yang ada angsa. Korang ingat tak sakit ke kena sudi dek angsa? Belum cerita kena kejar anjing, kena sengat tebuan, atau ular senduk dah naik kembang kepala, redah paya, "air cha" (longkang) dan lain-lain yang merbahaya. Boleh kata kami jurukur satu team ni bila kerja ibarat pertaruh nyawa jugak lah. Dan agak-agak kalau risiko dah macam ni, berbaloi ke kami terima "harga kawan-kawan"?

5) Kenderaan. Ni lagi satu hal. Minyak dok naik je, korang bising. Kami pun sama jugak. Nak pi kerja nak kena isi minyak, kadang tu harga yang nak di"kaw-tim" tu lepas kira-kira tolak gaji pekerja, baki yang tinggal lepas-lepas cover duit minyak je. Tanah korang pulak jauh letaknya. Belum cerita bab service kereta lagi. Selalunya jurukur ni rata-ratanya pakai kenderaan 4WD. Maintenance memang umphhh lah kos dia.

Ok cukup 5 je abang tulis. Jadi tu lah antara penyebab dia kenapa kos ukur ni mahal, walaupun korang hanya nak cari 2 ketul batu sempadan.

Kebiasaan trick yang selalu orang gunakan, depa selalu cakap dulu panggil jurukur dulu, dia charge rm30 je seketul batu, kenapa kamu ni mahal pulak? Ni trick yang abang selalu terima lah. Selalunya, abang layankan dulu elok-elok kalau yang approach tanya elok-elok, walaupun abang dah dapat kesan unsur-unsur nak "kawtim" harga dengan cara psikologi dan menipu. Cuma kadang-kadang kalau mai yang eksyen sikit, abang jawab je panggil lah jurukur tu datang ukur. Nak cari batu 3 ketul, nak bayar rm30 seketul. Satu hari kerja dapat rm90, dengan faktor-faktor yang ditulis kat atas tu yang kami kena tanggung, adeiiiiiiiiiiii......

Dah tu kenapa ada jurukur yang bagi harga rendah? Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, kerja ukur ni keadaan persaingan dia macam orang meniaga lah, dalam kami dok pakat-pakat jaga periuk nasik kami, ada juga ORANG GILA yang buat onar. Itu lumrah dalam perniagaan apa sekalipun. Contoh kita dok beli ikan kat pasar, elok-elok kita dok jual harga standard, ada hat gila mai dok jual harga murah tak masuk akal. Pembeli ni pulak dah memang lumrah nak yang murah. Tapi dalam pada tu, pembeli ni ada dok fikir ke mana mai ikan-ikan yang dia dok jual tu? Awat yang depa jual murah sangat? Kena pulak sebab nak murah punya pasal, balik rumah nak siang tengok-tengok perut dah busuk. Haaa.....macam mana?

Ok abang dah penat baru balik kerja je ni. Tadi masa kerja terpijak tahi lembu. Satu hal pulak nak kena basuh kasut. Dah lah kerja tadi tuan tanah cakap tak sempat nak ambik duit kat bank untuk bayar, risau betul abang tau....

SILALAH SHARE kalau nak, abang tak marah.

Copy paste dari fb Arif Syazwan

Hani Ruhani Noor Jannah Mohammad Sazali upah letak batu tu mahal ok. Take note.

Batu apa ? Siapa tau..
03/08/2017

Batu apa ? Siapa tau..

Address

Kuala Lumpur
50400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zamzam ukur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zamzam ukur:

Share

Category