13/01/2020
*TERBAIK* bila kau habiskan masa, tenaga dan wang, masuk seminar sana seminar sini, sebab nak kumpul harta banyak-banyak.
*TERBAIK* bila kau sedar yang 9/10 sumber rezeki datang dari perniagaan.
*TERBAIK* bila kau sedar yang memang kewajipan kau untuk jadi kaya raya supaya kau boleh bantu ramai orang lain.
Tapiiiiii *KURANG BAIK* bila kau gagal merancang dan menguruskan harta yang kau kumpulkan. Sekarang, kau guna lah akal fikiran dan buat lah pilihan bijak. Mana satu pilihan hati 👉
*HARTA PUSAKA ATAU HARTA PUAKA?*
Saya kongsikan salah satu kisah benar dari pengalaman menguruskan dan menyelesaikan masalah pusaka.
“Panjang ceritanya Puan, belum bercerita pun saya dah rasa penat. Saya pendekkan cerita ya.” keluh Abu (bukan nama sebenar).
Abu menyambung cerita. “Atok sudah meninggalkan kami sejak lebih 20 tahun yang lalu. Pada mulanya, urusan tuntutan pusaka sukar dilaksanakan. Waris-waris bergaduh, bertelingkah dan tiada kata sepakat. Namun begitu, beberapa tahun kemudian akhirnya mereka berdamai dan bersetuju melantik 2 orang dari kalangan waris sebagai pentadbir harta pusaka dan Alhamdulillah Surat Kuasa Mentadbir diperolehi”.
“Sikap acuh tak acuh, turunmilik ke atas nama Pentadbir tidak disempurnakan di dalam geran tanah sehinggalah kedua-dua Pentadbir meninggal dunia”
“Sekarang, dokumen bersepah dan ada yang sudah hilang. Waris-waris berlapis seperti kek lapis, silaturrahim tidak terjaga dan masing-masing sibuk dengan rutin harian. Waris-waris yang masih hidup tidak mahu ambil tahu dan urusan tertangguh lagi.” Tambahan Abu dalam nada kecewa.
“Abu sedar, harta kalau tak diuruskan dengan baik, boleh jadi fitnah. Ada di antara waris yang susah dan harta peninggalan sedikit sebanyak boleh membantu waris yang susah jika diekonomikan. Ada di waris lain kata Abu gila harta. Tapi Abu tak kisah sebab Abu tahu ini amanah dan tanggungjawab dunia akhirat”. Abu semakin sedih.
Setelah beberapa kali pertemuan dengan team saya dan percubaan untuk mengajak waris-waris berbincang secara baik, kurang berjaya, akhirnya keputusan dicapai untuk membawa kes ke mahkamah. Beberapa bulan berlalu dan Penghakiman Persetujuan untuk melantik pentadbir baru diperolehi. Alhamdulillah, kini hanya menanti Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan.
Selepas Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan dan jika waris-waris masih tidak bersepakat, tindakan mahkamah akan dibuat sekali lagi untuk tujuan pembahagian.
Saya percaya, ramaiiiii lagi masyarakat diluar yang mengalami situasi dan masalah yang sama. Ramai yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar, semakin bertangguh semakin rumit pengurusan harta pusaka dan semakin rapuh hubungan silaturrahim.
Konon tak nak sentuh bab pusaka kerana akan ada hati yang tersentuh. Percayalah, jika terus bertangguh akan ada lebih banyakkkk hati akan tersentuh.
Saya nak tanya, kalau waris dah berlapis-lapis dan banyak jenis kepala, agak-agak senang tak nak urus harta pusaka? Tepuk dada tanya iman…
Mahu saya bantu ada uruskan pusaka? Klik 👉 http://www.wasap.my/60163227159/HartaPusaka-Azli dan anda berpeluang untuk mendapatkan 30 minit sesi *FREE CONSULTATION* bersama pakar Harta Pusaka team saya.