MQ property

MQ property Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MQ property, Real Estate, Kuala Lumpur.

04/11/2025
apakah trend emas akan meningkat tinggi dalam beberapa tahun ini setelah mencapai all Time high. jika dilihat pada tahun...
30/10/2025

apakah trend emas akan meningkat tinggi dalam beberapa tahun ini setelah mencapai all Time high.
jika dilihat pada tahun 2011 penurunan agak ketara dan mengambil masa almost 8 tahun untuk mencapai harga yg sama pada 2011.

Rumah untuk disewa Lokasi KLTS jalan Gombak kuala LumpurHOUSE FOR RENTAvailable Now‼️📍KL TRADER SQUARE JLN GOMBAK SETAPA...
25/09/2024

Rumah untuk disewa
Lokasi KLTS jalan Gombak kuala Lumpur

HOUSE FOR RENT

Available Now‼️

📍KL TRADER SQUARE JLN GOMBAK SETAPAK

🔑 950 sq. ft.
🛏️ 3+1 Bedrooms
🛁 2Bathroom
🛋 fully Furnished

Deposit :
1 Months Security Deposit
1 Month Advance Rental Deposit
0.5 Month Utilities Deposit
Tenancy Agreement Fee

Direct owner


Rebat 20%Kenapa pembeli terawal tidak mendapat rebat.. Sememangnya  perkra ini sering berlaku dekat mana2 pemaju bukan p...
09/07/2021

Rebat 20%

Kenapa pembeli terawal tidak mendapat rebat..

Sememangnya perkra ini sering berlaku dekat mana2 pemaju bukan prima je..
Semasa pelancaran katakan harga rumah rm400k

Pembeli yang terawal akan membeli dengan harga 400k and ada diskaun 10% untuk pembeli terawal..

Diskaun 10% in mana2 pemaju wajib ada..
Sebab pinjaman bank hanya 90% je .
So pembeli x perlu mengeluarkan duit sendiri untuk deposit 10%..

Selepas pemaju menilai masih kurang orang berminat untuk mebeli projek mereka.

Mereka memberikan pakej yang boleh menarik minat pembeli.
Sebagai contoh

-menaikkan diskaun kepada 20%-30%
-Memberi cash back rm 10k-50k
-free MoT
-free SPA
-pekej renovation
-free parking tambahan

Dan banyak lagi untuk menaikkan sale mereka.

Jadi pembeli terawal mungkin merasakan mereka rugi sebab mereka tidak dapat segala kelebihan sama pembeli yang baru dapat..

Inilah lumrah jika kita membeli projek under construction.
Pemaju boleh letak harga yahudi dan memberi diskaun sesuka hati mereka.

Yang rugi pembeli baru yang kurang pengetahuan tentang hartanah

Jangan ikut je cakap agent.
Memang tugas mereka menjual hartanah. Xkan nak cakap hartanah mereka jual x bagus pulak.

Sebaiknya kaji dulu sebelum membuat keputusan.
Jadilah pembeli yang bijak..


ADA TAK YANG NAK TAHU BENDA INI :1. Bila kita patut consider sebelum kita pilih untuk masuk ke AKPK, ambil moratorium at...
08/07/2021

ADA TAK YANG NAK TAHU BENDA INI :

1. Bila kita patut consider sebelum kita pilih untuk masuk ke AKPK, ambil moratorium atau masuk ke arah bankrupsi?
2. Apa process masuk ke AKPK/ moratorium / bankrup?
3. Apa akibat bila kita masuk ke AKPK/Moratorium/bankrup? Apa kesan benda ni kepada kita dan family?
4. Apa persedian yang kita perlu buat sebelum kita buat pilihan kita?
5. Apa jalan lain yang lebih baik dalam menghadapi masalah hutang atau kekurangan pendapatan?
Maaf kalau anda rasa topik ini sedikit murung tapi saya rasa kalau kita dapat bagi kesedaran kepada semua, mungkin ada beberapa individu yang kita akan dapat selamatkan sebelum mereka buat keputusan besar begini.
Agak-agak ramai tak yang belajar benda ni?

Betul ke ni???Ramai orang cakap harga rumah akan turun..Mungkin akan turun sedikit tahun ni. Disebabkan pemdemik covid 1...
08/07/2021

Betul ke ni???

Ramai orang cakap harga rumah akan turun..

Mungkin akan turun sedikit tahun ni. Disebabkan pemdemik covid 19.

tapi untuk jangka masa panjang rumah akan naik harga.

Sebab apa :

1 kos bahan mentah akan makin meningkat Coz inflasi
2.harga tanah makin mahal
3. Gaji makin meningkat..
4. Penduduk malaysia makin ramai
6.malaysia menuju ke negara maju

Semua hujah ni menyokong untuk harga hartanah makin meningkat.
Blh tengok negara2 maju harga hartanah memang mahal..
So tak rugi untuk melabur dalam pasaran hartanah .
Tapi nak melabur bukan main beli je rumah2 yg agen promote.

Kita kena kaji 7 kreteria.

Next sy share 7kreteria cara nak beli rumah untuk melabur.

Merdu Residensi Wilayah Setapak Rumahwip ni agak dekat dengan LRT Wangsa Maju.  RM300k (Bulanan RM1250 +-) 🛏 806sf (3R2B...
29/03/2021

Merdu Residensi Wilayah Setapak
Rumahwip ni agak dekat dengan LRT Wangsa Maju.

RM300k (Bulanan RM1250 +-)
🛏 806sf (3R2B)
🚗1 Parking Lot
Siap awal 2025

5-10 minit ke LRT Wangsa Maju.

Rumahwip banyak ada dekat KL ni. Almost semua tempat . Apa yang lebih sikit projek ni?

1) Lokasi strategik.
- 5-10 minit ke LRT Wangsa Maju (Saya duduk di Wangsa Maju 27 tahun saya boleh tunjukkan jalan sekali ke LRT

- Akses jalan utama
+ Jalan Genting Klang. Ke kanan boleh ke MRR2. Ke kiri untuk ke Bandaraya KL

- Berdekatan susur masuk DUKE

2) Kawasan matang
Semua benda yang anda perlukan untuk menjalani kehidupan seharian ada dekat sini. Kedai, hospital, sekolah, kedai makan, masjid surau semua dah lengkap

3) Bersebelahan Service Apartment Mh Platinum.

Rumawip ni satu kawasan dengan Service Apartment. Jadi anda akan ada akses ke kedai2 di ground floor service apartment. Hanya turun lift dan jalan sikit je.

4) Harga.
Kadar sewa dekat kawasan ni:

- Flat Wangsa Maju 2 bilik = 800-900
- Apartment 3 bilik (parking open, tak ada facility) = 1000-1200.

Jadi anda beli Rumawip ni dengan bulanan lebih kurang kadar sewa. Tapi anda bayar rumah tu adalah rumah anda sendiri.

Dengan kadar yang sama anda dapat parking berbumbung dengan 14 facility.

Bayar rumah kepunyaan sendiri + parking berbumbung + fasiliti

Sesuai untuk yang mencari rumah pertama untuk duduk. Siapa lagi 3 tahun lebih jadi ada masa lagi untuk buat saving.

Unit dah boleh pilih. Jadi lagi cepat kita jumpa dekat Sales Gallery lagi tinggi peluang anda dapat unit yang elok2.

Klik link ni ya http://wasap.my/60193567300/MerduMH

Pejawat Awam Boleh Miliki Minima 4 Buah Rumah Saya kongsikan lagi kerana ramai yang bertanya soalan sama. Walaupun penja...
19/03/2021

Pejawat Awam Boleh Miliki Minima 4 Buah Rumah

Saya kongsikan lagi kerana ramai yang bertanya soalan sama.

Walaupun penjawat awam banyak kelebihan tapi ramai saya jumpa tak tahu pun kelebihan yang dimiliki mereka.

Ramai yang hanya ingin guna pembiayaan LPPSA sahaja. Jom kita lihat kelebihan mereka.

1. Rumah 1 - 100% Pembiayaan bank dengan Skim Rumah Pertama.

2. Rumah 2 - Pembiayaan bank 90% (cari 10% bawah pasaran dan boleh dapat pinjaman penuh.

3. Rumah 3 -100% Pembiayaan LPPSA

4. Rumah 4 - 100% Pembiayaan ke-2 LPPSA. Bila rumah no 3 dah naik harga dan hutang dah kurang, refinance ke bank dan gunakan kuota ke 2 LPPSA untuk beli rumah ke 4.

Bayangkan kalau suami isteri penjawat awam?

1. Boleh pencen dengan 7+1 buah rumah.

2. 7 buah rumah disewakan. 1 buah rumah duduk sendiri.

Itu kelebihan penjawat awam. Kita kalau bukan penjawat awam jangan dengki dengan mereka.

Itu rezeki mereka.

Tak salah miliki lebih dari 1 buah rumah. Tak ada istilah ambil hak orang. Berpuluh ribu unit rumah tak terjual setiap tahun.

Kita tak beli. Orang lain tetap beli juga. Kita beli banyak rumah bukan untuk kaya. Tapi untuk anak bini kita.

Bila kita 'pergi', ini hadiah kita untuk mereka. Tiada orang lain yang akan tanggung ahli keluarga kita.

Ini hanya perancangan yang kita boleh capai. Rancang dari awal. Tak semestinya semua wajib ikut.

RUMAH UTK DISEWA!!!Teratai Mewah Apartment Setapak Kuala Lumpur Blok 19 Tingkat 11MAKLUMAT RUMAH:- 3 Bilik Tidur - 1 Bil...
20/02/2021

RUMAH UTK DISEWA!!!

Teratai Mewah Apartment Setapak Kuala Lumpur

Blok 19 Tingkat 11

MAKLUMAT RUMAH:
- 3 Bilik Tidur
- 1 Bilik Air
- Not Furnished ( Hanya ada peti ais )
- Kabinet Dapur
- + 1 Lot Parking kereta ( tepi lift )
- Security Guard

KAWASAN RUMAH:
- HKL 4.2 km
- Uptown Danau Kota 1.6 km
- JPJ Wangsa Maju 3.4 km
- Platimium Walk 1.6 km
- Berhampiran dengan kedai makan 24jam,hardware, supermarket dan lain - lain.

======================================================================
Rm950 /month



22/12/2020

LPPSA Penjawat Awam

Antara keistimewaan sebagai penjawat awam , tuan tuan boleh menikmati pembiayaan perumahan melalui LPPSA.

LPPSA ini amat berguna kerana :

1️⃣Pembiayaan penuh 100% - anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli rumah.

(Maksimum pembiayaan bank hanya 90% untuk rumah pertama & kedua. Rumah ketiga dan seterusnya anda masih layak mendapat sehingga 80-85% berdasarkan bank yang dipilih).

2️⃣Kelulusan pembiayaan lebih mudah kerana kelulusan hanya berdasarkan komitmen dalam penyata gaji sahaja. Mana-mana komitmen luar yang tiada di dalam penyata gaji tidak diambil kira eg personal loan, car loan, credit card etc.

(Pembiayaan bank lebih sukar untuk diluluskan kerana faktor DSR (debt service ratio) & credit score yang berbeza - contoh dalam situasi pandemik harini pembiayaan untuk pekerja industri oil & gas , tourism , airline lebih sukar untuk diluluskan berbanding pekerja industri lain.

3️⃣ Tiada progressive payment sehingga rumah siap dibina atau 36 bulan pertama yang mana dahulu jika membeli rumah ‘underconstruction’. Oleh itu ia juga tidak muncul di dalam ctos sehingga loan disbursement.
(Pembiayaan bank perlu bayar ‘progressive interest’ sebaik sahaja s&p ditandatangani sehingga rumah siap dibina)

4️⃣ Maksimum pinjaman selama 35 tahun atau sehingga umur 90 tahun (yang mana dahulu) - jadi jangan bimbang jika masih tidak menggunakan lppsa walaupun umur anda telah mencecah awal 50an.

5️⃣ Perlindungan MRTA/MRTTA sehingga umur 90 tahun atau selama mana pinjaman masih aktif. Perlindungan adalah 100% lulus tanpa mengira apa penyakit sekali pun yg dihidapi oleh peminjam.
Eg. Kelulusan untuk Penghidap kanser tahap 4 juga adalah diterima (auto acceptance) selagi mana masih berkhidmat sebagai penjawat awam.

(Perlindungan pinjaman bank adalah bergantung kepada keputusan medical check up pemohon jika pinjaman melebihi RM 400k atau umut melebihi 40 tahun)

6️⃣ Permohonan juga boleh diluluskan jika ia dibuat sekurang kurangnya 1 tahun se

Tinggal di apartment / bangunan tinggi wajib membayar duit maintenance fee & sinking fund setiap bulan.Bayaran bergantun...
20/12/2020

Tinggal di apartment / bangunan tinggi wajib membayar duit maintenance fee & sinking fund setiap bulan.

Bayaran bergantung pada keluasan rumah dan kemudahan yang disedia kan oleh apartment berkenaan seperti kolam renang, pengawal keselamatan, gimnasium , dewan serbaguna , dewan sukan dan lain2 kemudahan.

Jangan terkejut kalau bayaran bulanan ni mencecah harga seperti bayar kereta myvi setiap bulan..

Sebagai contoh
Maintanance fee & sinking fund = 0.35sen / kaki persegi.

Keluasan ruman 1400 kaki persegi.
Cara pengiraan :
0.35x 1400 =rm 490

Rm 490 harga yang patut pemilik tersebut membayar setiap bulan..

Bayaran ini boleh meningkat tinggi lagi kerana kos penyelenggaran semakin meningkat dari tahun ke tahun..

Bagi yang belum kenal istilah ini, ketahui apa ia, bagaimana ia dihitung, mengapa pemilik unit kediaman bangunan tinggi perlu membayarnya.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MQ property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category