22/05/2024
1. Mana yang lebih baik - gunakan duit untuk melabur atau bayar hutang?
2. Jawapan pendeknya – jika pulangan daripada sesuatu pelaburan itu lebih tinggi daripada kadar faedah hutang anda, langkah yang lebih baik ialah untuk melaburkan wang itu. Jika faedah hutang lebih tinggi daripada pulangan pelaburan tersebut, lebih baik anda bayar hutang anda.
3. Statemen ini applicable untuk semua hutang, ya – hartanah, kereta, kad kredit, personal loan, hire purchase, PTPTN, Along.
4. Tetapi mengapa tidak ramai pakar pelaburan – saham, unit amanah, kripto – yang bercakap tentang kebaikan membayar hutang?
5. Jawapannya ialah kerana jika anda bayar hutang, wang yang tinggal untuk membuat pelaburan berkurangan! Jadi kuranglah jualan mereka! Itu sebabnya mereka tak banyak bercakap tentang bayar hutang.
Sumber: Azizi Ali Mentor Wang