13/11/2018
JOM BELAJAR SAME2
*FREEHOLD*
Apakah maksud hartanah jenis pegangan milik bebas (freehold)?
Dalam kata yang mudah, pegangan milik bebas bermaksud pembeli adalah pemilk hartanah itu, tanpa ada kekangan untuk sebarang tempoh (maksudnya, ia adalah hakmilik kekal si pembeli).
Kalau nak lagi jelas, pegangan milik bebas tak perlu risau hartanah yang dibeli itu dip**angkan semula kepada pihak kerajaan. Tapi, ia bergantung sebab ada juga kes pengambilan balik tanah freehold oleh kerajaan, namun ia jarang berlaku.
Dalam dokumen hakmilik muktamad (atau panggilan lainnya, final title), hartanah freehold dikenali sebagai Geran. Ia juga ada 2 nama berlainan, sama ada Geran sahaja atau dipanggil Geran Mukim.
1.Geran-Merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri.
2. Geran Mukim-Merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah.
*LEASEHOLD*
Apakah p**a maksud hartanah jenis pajakan (leasehold)?
Pegangan jenis leasehold p**a adalah jenis pegangan ke atas sesuatu hartanah untuk tempoh masa yang telah ditetapkan.
Tempoh pajakan yang biasa kita akan dengar untuk leasehold adalah selama 99 tahun.
Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita mungkin akan jumpa tempoh pajakan yang lebih lama. Manakala untuk jenis hakmilik lama atau tujuan selain kediaman, kita mungkin akan dapat tempoh pajakan untuk tempoh selama 30 atau 60 tahun.
Tanah ini akan kembali jadi hakmilik kerajaan negeri apabila dah tamat tempoh pegangan.
Namun, ia perkara yang jarang berlaku. Biasanya, pemilik tanah leasehold ini akan diberi peluang untuk memperbaharui (atau panjangkan) tempoh pajakan ini.
Pemilik perlu membayar sejumlah premium mengikut kadar nilai semasa yang telah ditetapkan.
Untuk memperbaharui tempoh pajakan ini, tak perlu tunggu sehingga tamat tempoh, baru kita boleh buat.
Kita boleh sahaja memohon untuk panjangkan tempoh ini apabila ia jadi semakin pendek tempohnya (sekitar 30 atau 50 tahun). Kita boleh buat perkara ini di Pejabat Tanah.
Petugas di Pejabat Tanah akan maklumkan jumlah premium yang perlu dibayar, dan buat bayaran sebelum ia diluluskan.
Di negeri Selangor (sekitar tahun 2011), pemilik yang nak terus tinggal di hartanah leasehold hanya perlu bayar RM1,000 sahaja, berbanding jumlah premium mengikut nilai pasaran semasa (sehingga pemilik jual hartanah itu).
Jumlah ini sangat kecil dan ia adalah tindakan yang baik daripada kerajaan negeri Selangor.
Adakah dokumen leasehold lain daripada freehold?
Dokumen pegangan jenis pajakan juga ada pengenalan tersendiri mirip hakmilik freehold. Ia bergantung kepada status Pajakan atau Pajakan Mukim, sama seperti hartanah freehold.
Adakah banyak projek perumahan sekarang berstatus freehold?
Secara am, tanah yang digunakan untuk projek perumahan pada masa ini memegang status Pajakan. Ini sebab tanah yang ada sekarang dipinjamkan kepada oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan. Hanya projek perumahan terdahulu yang tanah itu dimiliki oleh individu sahaja yang memiliki status freehold.
*Nilai freehold vs leasehold*
Apakah perbezaan antara hartanah jenis freehold dan leasehold dari sudut nilai?
Dari segi nilai p**a, hartanah dengan ciri-ciri yang sama (tak kira rumah jenis landed, apartment, semi-d, atau sebagainya) mempunyai nilai yang lebih tinggi untuk pegangan freehold berbanding leasehold.
Selain itu, faktor lain yang akan mempengaruhi nilai hartanah adalah seperti permintaan (demand) hartanah.
Ia juga bergantung kepada tempoh pindahmilik yang lebih panjang untuk hartanah leasehold, dan ini perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk kerja pindahmilik yang boleh makan masa sehingga 1 tahun.
Apa p**a maksud pegangan jenis Hakmilik Sementara?
Seperti yang dah dijelaskan sebelum ini, dokumen hakmilik muktamad akan gunakan nombor pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, atau Pajakan Mukim.
Untuk pegangan jenis ini, nombor pengenalan yang mungkin korang pernah lihat adalah seperti H.S (D) 1234, atau H.S (M) 1234. Huruf pengenalan H.S ini merujuk kepada Hakmilik Sementara, dan huruf (D) dan (M) ini p**a merujuk kepada Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah.
Ia boleh dijelaskan begini:
D (Daftar): Pejabat Pendaftar Negeri, dan
M (Mukim): Pejabat Tanah Daerah.
Ramai yang keliru dengan menganggap Hakmilik Sementara sama seperti hartanah leasehold.
Ini adalah 2 perkara yang berbeza. Ia boleh jadi pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold), dan ia boleh dirujuk dalam dokumen hakmilik.
Walaupun Hakmilik Sementara bukan dokumen hakmilik muktamad, ia tetap sah digunakan menurut segala butiran yang tercatit dalam dokumen itu, sehingga hakmilik muktamad dikeluarkan.
Hakmilik muktamad adalah hakmillik yang berdasarkan ukuran akhir (atau sebenar) daripada pihak Pejabat Tanah. Ada kemungkinan saiz ini akan sedikit berbeza daripada saiz dalam dokumen Hakmilik Sementara sebelum ini.
*Tanah Rizab Melayu*
Apakah Ia?
Adalah satu kesilapan biasa apabila mentafsirkan Tanah Rizab Melayu sama dengan Lot Bumiputera. Faktanya, dua jenis tanah ini adalah berbeza. Tanah Rizab Melayu adalah tanah, yang hanya boleh dimilik oleh Melayu.
Tidak seperti Lot Bumiputera, Tanah Rizab Melayu adalah hampir mustahil untuk diubahmilik kepada bukan melayu. Untuk menukarmilik, hartanah yang sama nilai dan saiz perlu diumumkan sebagai ganti. Sebelum ini dapat dilaksanankan, pihak exco akan memeriksa kawasan sedaerah untuk tanah yang sesuai.
Beberapa ciri tambahan yang membezakan Tanah Rizab Melayu dengan Lot Bumiputera adalah:
1.Pemilik bumiputera tidak dibenarkan menyewa hartanah diatas Tanah Rizab Melayu kepada Bukan Melayu.
2.Semua perniagaan yang dijalankan di atas Tanah Rizab Melayu mestilah dimiliki oleh orang melayu.
3.Syarikat yang diniagakan secara awam mestilah memiliki pemegang saham melayu sahaja.
*International Lot*
International lot adalah sebuah hartanah yang boleh diberikan kepada semua kaum dan warga negara. Ianya boleh dijual dan dimiliki oleh semua kaum termasuk Bumiputra, cina dan india. International lot juga boleh dijualkan kepada bukan warga negara seperti warga singapura, China, Thailand atau lain-lain dan kerajaan telah menetapkan syarat bagi yang bukan warga Negara Malaysia untuk memiliki hartanah di Malaysia dengan harga yang ingin dibeli melebihi 1 juta dan keatas.
Sebagai pelaburan anda boleh memilih mana-mana status yang anda inginkan sebagai pelaburan hartanah anda.